Tuesday, November 24, 2009

Sambung belajar... Nuruddin?

Alhamdulillah umi berkesempatan membuat Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UUM bermula 5 Disember ini... kursus ini dibuat selama setahun sahaja dan selain di UUM, hujung minggu belajar di Coconut Village, PCB, Kelantan... doakan umi dapat menyudahkan pengajian dengan baik insyaALlah... ameen..

Bila belajar ni, tentu dah banyak masa cuti tidak lagi bersama Nuruddin... kalau hujung minggu sahaja, umi kena belajar dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang... kalau time cuti panjang, umi kena belajar di UUM... umi tak prepare sangat untuk tinggalkan Nuruddin... so stok EBM pun takde langsung dah sekarang... banyak direct feeding sahaja.... Nuruddin sekarang dah setahun 3 bulan...so, umi terpaksa buat keputusan untuk perlahan-lahan ajar nuruddin minum susu formula... dan hasilnya nuruddin reject susu-susu tersebut... tak tau dah nak buat macamana... kena try pelbagai susu lagi kot.. ada suggestion?

Hopefully segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALlah...

Monday, November 16, 2009

Pengasuh sebagai Murabbi

Umi nak kongsi satu perkara dengan teman-teman tentang pengasuh yang diamanahkan menjaga anak-anak kita...

Umi sama seperti ibu-ibu lain yang bekerja juga... terpaksa membuat keputusan besar iaitu memberi kepercayaan kepada orang lain untuk mengasuh anak kita dalam tempoh kita pergi bekerja... walaupun sebenarnya jika diberi pilihan, tentulah umi akan memilih untuk menjaga, mengasuh dan mendidik sendiri anak-anak di rumah...

Isu menghantar anak di rumah pengasuh atau nurseri terpulang kepada individu untuk menilainya... Umi memilih untuk menghantar Nuruddin bermula umur 2 bulan di rumah pengasuh... Sebenarnya bukan mudah untuk mencari pengasuh yang terbaik... pengasuh yang kita suka dan yakin dengan suasana rumahnya, cara didikannya, bahasa pertuturannya, kawalannya, makanannya dan macam-macam lagi...

Alhamdulillah, sebenarnya umi sangat berpuas hati menghantar nuruddin di rumah pengasuhnya kerana dapat sebuah keluarga yang islamic, sangat menyayangi nuruddin, tak berkira bagi nuruddin makan apa-apa yang dimasak, anak-anaknya pun suka kat nuruddin, umi pun dah anggap pengasuh tu macam keluarga... memang suka dan sayang la kat pengasuh tu...

Cuma ada satu perkara yang umi tak berapa berkenan dan umi agak risau apabila setiap kali umi datang untuk ambil nuruddin, tayangan di rumahnya selalu pada channel VEE iaitu siaran Astro untuk cerita Hindustan atau Tamil... umi tak suka bila tengok Nuruddin dibiasakan melihat tarian-tarian Hindustan yang pakaian dan nyanyiannya yang ntah apa-apa tu...

Kesian Nuruddin kan...di rumah pun kami jarang sangat menonton walaupun Ma Tok awal-awal lagi dah ambil siaran kartun astro untuk nuruddin... padahal yang minat kartunnya adalah abi... huhu...

Inilah cabaran ibu-ibu yang bekerja harus tanggung apabila meletakkan anak-anak di rumah pengasuh.... Oleh itu, sama-samalah kita mencari pengasuh yang terbaik untuk anak-anak kita agar minda dan fikirannya bersih untuk pembelajaran yang lebih sihat dan bermanfaat... dan apa yang lebih penting adalah untuk membentuk peribadi dan akhlaknya yang baik... moga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan bermanfaat untuk agama insyaALlah... ameen...

Sunday, November 15, 2009

Dream, Hope & Change

Assalamu'alaikum Warahmatullah. .Salam Perjuangan..

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi..

Pemimpin datang dan pergi silih berganti, tidak pernah putus walau semusim. Yang lama pergi meninggalkan kenangan dan pengalaman, yang baru datang membawa impian dan harapan.

Meluruskan Impian

Setiap insan mempunyai impian. Ada yang mempunyai impian yang kecil, ada yang mempunyai impian yang besar. Insan yang tidak memiliki impian, adalah insan yang tiada harapan.

Impian inilah yang akan memandu jalan kehidupan. Impian inilah yang akan menentukan setiap keputusan. Sekiranya impian ini terpesong daripada landasan Islam, maka kehidupan seseorang itu juga akan terpesong dan jatuh ke lembah kesesatan.

Oleh itu, wajib bagi setiap insan meluruskan impian mereka agar selari dengan fitrah dan tujuan manusia dijadikan oleh Allah S.W.T, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Untuk meluruskan impian ini, setiap muslim perlu bertanya kepada diri masing-masing, Apa erti saya menganut Islam?

Begitu juga impian setiap ahli sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi sebuah jemaah Islam, perlu diluruskan. Apa tujuan saya menyertai persatuan/jemaah ini?

Meluruskan sebuah impian bukanlah suatu yang sukar, kerana impian yang lurus terhasil daripada Aqidah yang lurus. Paksi kepada Aqidah yang lurus adalah ilmu yang benar.

Ilmu yang benar adalah ilmu yang bersumberkan wahyu yang sahih. Sumber kepada wahyu ada 2, iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah (al-Hadith).

Al-Qur'an sudah dijamin oleh Allah S.W.T akan keasliannya, namun As-Sunnah tiada jaminan secara langsung daripada Allah S.W.T namun telah diilhamkan kepada para alim ulama' untuk merangka suatu sistem bagi menjamin keaslian sesuatu Sunnah itu, benar-benar ada 'asal'nya daripada Rasulullah S.A.W..Lalu lahirlah apa yang dikenali sebagai ilmu Mustholah Hadith.

Oleh itu, bagi meluruskan sebuah impian, maka perlu dipastikan ilmu yang menjadi sumber kepada impian itu adalah benar2 sahih daripada wahyu.

Menguruskan Harapan

Setiap daripada insan juga memikul harapan, sama ada harapan itu adalah daripada diri sendiri, kerabat terdekat, sahabat handai dan yang paling penting harapan daripada Sang Pencipta, Allah Azzawajalla.

Begitulah halnya juga di dalam jemaah. Setiap ahli memikul harapan. Harapan yang datang daripada segenap sudut. Harapan yang menyesakkan minda sekiranya ingin dihitung satu persatu.

Dan harapan ini harus diuruskan dengan baik agar ianya dapat dilunasi. Sabar dan teliti adalah kuncinya manakala gopoh dan cuai adalah musuhnya.

Memulakan Perubahan

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."

Perubahan perlu dimulakan di dalam diri. Jika diri tidak berubah untuk menjadi lebih baik, maka harapan dan impian untuk mengubah orang lain mungkin tidak akan berjaya.

Sesebuah jemaah itu sendiri perlu dimantapkan organisasi dan pengurusan dalamannya, barulah segala perancangan untuk menyampaikan dakwah, mengkaderkan ahli dan membina pengaruh akan berjaya.

Pengurusan yang cincai dan caca-merba hanya akan melahirkan tindakan yang sambil lewa. Ibarat melepaskan batuk di tangga.

Objektifnya perlu jelas, Sasarannya/Mad' unya perlu tepat, Konsepnya/Pengisian nya/Aturcaranya perlu selari, Bajetnya perlu mencukupi.

Ini adalah elemen yang penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sebuah organisasi. Sekiranya elemen ini diabaikan atau dianggap karenah birokrasi yang menyusahkan, maka tunggulah sahaja saat dimana organisasi tersebut akan jatuh atau pemimpinnya akan dijatuhkan.

Kesimpulan

Seorang pemimpin adalah orang yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.

Antara kunci kejayaan seorang pemimpin adalah dia faham apa tanggungjawabnya, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Saya kongsikan di bawah 21 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemimpin. Wallahua'alam.

1. KARAKTER : Anda Perlu Cekal Seperti Batu

2. KARISMATIK : Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi

3. KOMITMEN : Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan

4. KOMUNIKASI : Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri

5. KECEKAPAN : Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut

6. KEBERANIAN : Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti

7. KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan

8. FOKUS : Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda.

9. BERMURAH HATI : Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain.

10. INISIATIF : Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah.

11. MENDENGAR : Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda.

12. KEGHAIRAHAN : Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda.

13. SIKAP POSITIF : Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh.

14. MEYELESAIKAN MASALAH : Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah.

15. HUBUNGAN YANG BAIK : Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka Akan Mengikut Anda.

16. BERTANGGUNGJAWAB : Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin.

17. BERPENDIRIAN TEGUH : Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri.

18. DISIPLIN : Kecekapan Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri.

19. SEDIA BERKHIDMAT : Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain.

20. KEMAHUAN HENDAK BELAJAR : Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin.

21. VISI : Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat.


- catatan : Adib Faisal Bin Yaacob

Wednesday, November 4, 2009

Wajah baru...

Untuk yang kedua kalinya, maaf pada sahabat-sahabat yang mengingati dan bertanya khabar dari jauh... banyak perkara nak dikongsi namun tak sempat dicoretkan di dalam personal blog ni...

Untuk pengetahuan, blog ni hanyalah sampingan untuk umi coretkan sesuatu jika ada kelapangan waktu sebagai kenangan untuk detik-detik berharga itu diimbas kembali... amatlah mahal sebuah pengalaman kerana tak semua pengalaman yang kita alami mampu untuk kita ingat kembali dengan mudah...

Oleh kerana dah lama sangat umi biarkan blog ini bersawang, jadi umi tukar template baru untuk dapatkan mood berblog semula... tapi tak pasti la mood ni tahan lama mana...huhu... mujur la abi rajin remind dan kasi semangat...

Banyak nak kongsi...

cerita pasal nuruddin yang dah besar, boleh berjalan time ramadhan baru-baru ni... dah pandai sebut nak, mi, bi, fish, dap (sedap), apa lagi ek... pandai dah salam, babai dan macam2... suka betul bermain dengan dia... sebab tu dah tak endah kat blog ni lagi... dan alhamdulillah masih fully BF...

pasal bonda yang tersayang telah kembali ke rahmatullah... al-fatihah... moga Allah tempatkan bonda bersama para solehin... sedih sangat sebab bonda pergi tiba-tiba tanpa sakit apa-apa... betul-betul rasa kehilangan...

pasal kereta yang dilanggar pelajar bermasalah di sekolah... haru sungguh!

pasal ramadhan yang penuh tragis... musibah berlaku pada kami semua ahli keluarga... namun semua itu ujian dariNYA...

pasal raya aidilfitri yang amat berbeza... sebab semua sibuk berbincang menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang luar terhadap keluarga kami...

pasal nuruddin yang dah nak dapat adik... alhamdulillah... tapi lambat lagi... hehe...

dan macam-macam pasal lagi...

InsyaAllah coretan-coretan tu semua hanyalah ingatan umi pada perkara-perkara penting yang telah berlaku... umi takkan cerita semuanya di sini kerana penapisan itu perlu...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers