Tuesday, November 24, 2009
Sambung belajar... Nuruddin?
Bila belajar ni, tentu dah banyak masa cuti tidak lagi bersama Nuruddin... kalau hujung minggu sahaja, umi kena belajar dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang... kalau time cuti panjang, umi kena belajar di UUM... umi tak prepare sangat untuk tinggalkan Nuruddin... so stok EBM pun takde langsung dah sekarang... banyak direct feeding sahaja.... Nuruddin sekarang dah setahun 3 bulan...so, umi terpaksa buat keputusan untuk perlahan-lahan ajar nuruddin minum susu formula... dan hasilnya nuruddin reject susu-susu tersebut... tak tau dah nak buat macamana... kena try pelbagai susu lagi kot.. ada suggestion?
Hopefully segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALlah...
Monday, November 16, 2009
Pengasuh sebagai Murabbi
Umi sama seperti ibu-ibu lain yang bekerja juga... terpaksa membuat keputusan besar iaitu memberi kepercayaan kepada orang lain untuk mengasuh anak kita dalam tempoh kita pergi bekerja... walaupun sebenarnya jika diberi pilihan, tentulah umi akan memilih untuk menjaga, mengasuh dan mendidik sendiri anak-anak di rumah...
Isu menghantar anak di rumah pengasuh atau nurseri terpulang kepada individu untuk menilainya... Umi memilih untuk menghantar Nuruddin bermula umur 2 bulan di rumah pengasuh... Sebenarnya bukan mudah untuk mencari pengasuh yang terbaik... pengasuh yang kita suka dan yakin dengan suasana rumahnya, cara didikannya, bahasa pertuturannya, kawalannya, makanannya dan macam-macam lagi...
Alhamdulillah, sebenarnya umi sangat berpuas hati menghantar nuruddin di rumah pengasuhnya kerana dapat sebuah keluarga yang islamic, sangat menyayangi nuruddin, tak berkira bagi nuruddin makan apa-apa yang dimasak, anak-anaknya pun suka kat nuruddin, umi pun dah anggap pengasuh tu macam keluarga... memang suka dan sayang la kat pengasuh tu...
Cuma ada satu perkara yang umi tak berapa berkenan dan umi agak risau apabila setiap kali umi datang untuk ambil nuruddin, tayangan di rumahnya selalu pada channel VEE iaitu siaran Astro untuk cerita Hindustan atau Tamil... umi tak suka bila tengok Nuruddin dibiasakan melihat tarian-tarian Hindustan yang pakaian dan nyanyiannya yang ntah apa-apa tu...
Kesian Nuruddin kan...di rumah pun kami jarang sangat menonton walaupun Ma Tok awal-awal lagi dah ambil siaran kartun astro untuk nuruddin... padahal yang minat kartunnya adalah abi... huhu...
Inilah cabaran ibu-ibu yang bekerja harus tanggung apabila meletakkan anak-anak di rumah pengasuh.... Oleh itu, sama-samalah kita mencari pengasuh yang terbaik untuk anak-anak kita agar minda dan fikirannya bersih untuk pembelajaran yang lebih sihat dan bermanfaat... dan apa yang lebih penting adalah untuk membentuk peribadi dan akhlaknya yang baik... moga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan bermanfaat untuk agama insyaALlah... ameen...
Sunday, November 15, 2009
Dream, Hope & Change
Assalamu'alaikum Warahmatullah. .Salam Perjuangan..
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi..
Pemimpin datang dan pergi silih berganti, tidak pernah putus walau semusim. Yang lama pergi meninggalkan kenangan dan pengalaman, yang baru datang membawa impian dan harapan.
Meluruskan Impian
Setiap insan mempunyai impian. Ada yang mempunyai impian yang kecil, ada yang mempunyai impian yang besar. Insan yang tidak memiliki impian, adalah insan yang tiada harapan.
Impian inilah yang akan memandu jalan kehidupan. Impian inilah yang akan menentukan setiap keputusan. Sekiranya impian ini terpesong daripada landasan Islam, maka kehidupan seseorang itu juga akan terpesong dan jatuh ke lembah kesesatan.
Oleh itu, wajib bagi setiap insan meluruskan impian mereka agar selari dengan fitrah dan tujuan manusia dijadikan oleh Allah S.W.T, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Untuk meluruskan impian ini, setiap muslim perlu bertanya kepada diri masing-masing, Apa erti saya menganut Islam?
Begitu juga impian setiap ahli sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi sebuah jemaah Islam, perlu diluruskan. Apa tujuan saya menyertai persatuan/jemaah ini?
Meluruskan sebuah impian bukanlah suatu yang sukar, kerana impian yang lurus terhasil daripada Aqidah yang lurus. Paksi kepada Aqidah yang lurus adalah ilmu yang benar.
Ilmu yang benar adalah ilmu yang bersumberkan wahyu yang sahih. Sumber kepada wahyu ada 2, iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah (al-Hadith).
Al-Qur'an sudah dijamin oleh Allah S.W.T akan keasliannya, namun As-Sunnah tiada jaminan secara langsung daripada Allah S.W.T namun telah diilhamkan kepada para alim ulama' untuk merangka suatu sistem bagi menjamin keaslian sesuatu Sunnah itu, benar-benar ada 'asal'nya daripada Rasulullah S.A.W..Lalu lahirlah apa yang dikenali sebagai ilmu Mustholah Hadith.
Oleh itu, bagi meluruskan sebuah impian, maka perlu dipastikan ilmu yang menjadi sumber kepada impian itu adalah benar2 sahih daripada wahyu.
Menguruskan Harapan
Setiap daripada insan juga memikul harapan, sama ada harapan itu adalah daripada diri sendiri, kerabat terdekat, sahabat handai dan yang paling penting harapan daripada Sang Pencipta, Allah Azzawajalla.
Begitulah halnya juga di dalam jemaah. Setiap ahli memikul harapan. Harapan yang datang daripada segenap sudut. Harapan yang menyesakkan minda sekiranya ingin dihitung satu persatu.
Dan harapan ini harus diuruskan dengan baik agar ianya dapat dilunasi. Sabar dan teliti adalah kuncinya manakala gopoh dan cuai adalah musuhnya.
Memulakan Perubahan
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."
Perubahan perlu dimulakan di dalam diri. Jika diri tidak berubah untuk menjadi lebih baik, maka harapan dan impian untuk mengubah orang lain mungkin tidak akan berjaya.
Sesebuah jemaah itu sendiri perlu dimantapkan organisasi dan pengurusan dalamannya, barulah segala perancangan untuk menyampaikan dakwah, mengkaderkan ahli dan membina pengaruh akan berjaya.
Pengurusan yang cincai dan caca-merba hanya akan melahirkan tindakan yang sambil lewa. Ibarat melepaskan batuk di tangga.
Objektifnya perlu jelas, Sasarannya/Mad' unya perlu tepat, Konsepnya/Pengisian nya/Aturcaranya perlu selari, Bajetnya perlu mencukupi.
Ini adalah elemen yang penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sebuah organisasi. Sekiranya elemen ini diabaikan atau dianggap karenah birokrasi yang menyusahkan, maka tunggulah sahaja saat dimana organisasi tersebut akan jatuh atau pemimpinnya akan dijatuhkan.
Kesimpulan
Seorang pemimpin adalah orang yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
Antara kunci kejayaan seorang pemimpin adalah dia faham apa tanggungjawabnya, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Saya kongsikan di bawah 21 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemimpin. Wallahua'alam.
1. KARAKTER : Anda Perlu Cekal Seperti Batu
2. KARISMATIK : Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi
3. KOMITMEN : Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan
4. KOMUNIKASI : Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri
5. KECEKAPAN : Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut
6. KEBERANIAN : Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti
7. KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan
8. FOKUS : Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda.
9. BERMURAH HATI : Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain.
10. INISIATIF : Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah.
11. MENDENGAR : Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda.
12. KEGHAIRAHAN : Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda.
13. SIKAP POSITIF : Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh.
14. MEYELESAIKAN MASALAH : Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah.
15. HUBUNGAN YANG BAIK : Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka Akan Mengikut Anda.
16. BERTANGGUNGJAWAB : Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin.
17. BERPENDIRIAN TEGUH : Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri.
18. DISIPLIN : Kecekapan Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri.
19. SEDIA BERKHIDMAT : Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain.
20. KEMAHUAN HENDAK BELAJAR : Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin.
21. VISI : Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat.
- catatan : Adib Faisal Bin Yaacob
Wednesday, November 4, 2009
Wajah baru...
Untuk pengetahuan, blog ni hanyalah sampingan untuk umi coretkan sesuatu jika ada kelapangan waktu sebagai kenangan untuk detik-detik berharga itu diimbas kembali... amatlah mahal sebuah pengalaman kerana tak semua pengalaman yang kita alami mampu untuk kita ingat kembali dengan mudah...
Oleh kerana dah lama sangat umi biarkan blog ini bersawang, jadi umi tukar template baru untuk dapatkan mood berblog semula... tapi tak pasti la mood ni tahan lama mana...huhu... mujur la abi rajin remind dan kasi semangat...
Banyak nak kongsi...
cerita pasal nuruddin yang dah besar, boleh berjalan time ramadhan baru-baru ni... dah pandai sebut nak, mi, bi, fish, dap (sedap), apa lagi ek... pandai dah salam, babai dan macam2... suka betul bermain dengan dia... sebab tu dah tak endah kat blog ni lagi... dan alhamdulillah masih fully BF...
pasal bonda yang tersayang telah kembali ke rahmatullah... al-fatihah... moga Allah tempatkan bonda bersama para solehin... sedih sangat sebab bonda pergi tiba-tiba tanpa sakit apa-apa... betul-betul rasa kehilangan...
pasal kereta yang dilanggar pelajar bermasalah di sekolah... haru sungguh!
pasal ramadhan yang penuh tragis... musibah berlaku pada kami semua ahli keluarga... namun semua itu ujian dariNYA...
pasal raya aidilfitri yang amat berbeza... sebab semua sibuk berbincang menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang luar terhadap keluarga kami...
pasal nuruddin yang dah nak dapat adik... alhamdulillah... tapi lambat lagi... hehe...
dan macam-macam pasal lagi...
InsyaAllah coretan-coretan tu semua hanyalah ingatan umi pada perkara-perkara penting yang telah berlaku... umi takkan cerita semuanya di sini kerana penapisan itu perlu...
Wednesday, September 9, 2009
Lamanya tak jumpa...
Alhamdulillah dipilih memasuki alam tarbiyyah di bulan Ramadhan...
Terima kasih kepada teman-teman yang sudi membuka blog bertanya khabar... maaf sebab memang lama tul x update... selain modem dan line telefon rosak, kekangan masa bersama anak juga menjadi faktor malas untuk mengupdate blog...
InsyaAllah apabila masa tenang, lapang dan rajin itu datang lagi umi akan update blog ni...
Harapnya tak jauh sangat dari tarikh hari ini - 9hb 9 2009...
Last... moga Ramadhan kali ini dapat menghapus segala dosa dan kesilapan kita yang telah lalu... ameen..
Saturday, May 23, 2009
Happy Mother's Day!
Wahai kaum ibu...
Alangkah lemahnya kita... kadang-kadang begitu menderita dengan ujian, kadang-kadang pula begitu bangga dengan nikmat... kadangkala terlalu berani dan kadangkala alangkah takutnya... kadang-kadang gigih dan kuat, kadang-kadang sangat malas dan jemu... kadang-kadang begitu penyayang, sering pula pemarah dan tidak sabar... kadangkala bijak membuat keputusan, namun sering jua tewas dengan kebodohan... kadang-kadang ingin sekali menjadi baik, namun tidak kuat melawan nafsu dan syaitan... alangkah lemahnya kita!
Namun ketahuilah... wanita umpama jantung di dalam rumahtangga.. jika jantung diserang penyakit, akan terganggulan kelancaran perjalanan rumahtangga... apa lagi kalau jantung itu tidak boleh berfungsi... akan pincanglah sesebuah rumahtangga...
Moga Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t sentiasa bersama kita... diampunkan segala dosa-dosa kita dan dimudahkan segala urusan hidup dan mati kita... semoga kita dan semua kaum ibu berbahagia di dunia dan di akhirat...
"Selamat Hari Ibu"...
p/s : hopefully masih belum terlambat... still dalam bulan May kan... actually umi agak berkelapangan dan mood agak baik malam ni, so ambil peluang post mana-mana entry yang umi nak di ketika anakanda sedang lena dan abinya ada program MSK di PCB 2 hari...
Malin yang jahat...

Umi ada cerita pasal pencuri masuk rumah...
Pada suatu hari, umi ditinggalkan sorang-sorang kat rumah (time ni nuruddin masih dalam perut umi)... ma, abah dan abi baru je keluar gi solat maghrib kat masjid... sambil duk lepak depan pc.. tak lama bunyi mangga diikuti pintu grill beserta sliding door dibuka... umi buat selamba sebab rasa maybe ada adik beradik yang balik rumah (walhal mereka semua jauh di KL nun)... dan akhirnya langsir bilik umi dikuak... umi just tanya tanpa tengok muka dengan jelas... "abang amir ke?" (xtau nape rasa nak sebut nama abang ipar yang paling sulung).. dan pencuri tu siap jawab..."erm..."...
Tapi lepas tu dia pergi dan umi pun terfikir... takkan lah abang amir kut... bukan time cuti pun... dan umi keluar tinjau sekejap je tapi rasa pelik dan terus kembali ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam... umi dah nekad untuk tunggu sehingga abi pulang dan incase dia cuba bukakkan pintu bilik, umi akan jerit kuat-kuat... bayangkan dalam rumah sebesar tu, umi berseorangan berhadapan dengan pencuri lelaki... fuh, tak dapat nak dibayangkan..
Dalam bilik umi doa banyak-banyak... tak lama, dengar lagi sekali pintu grill dibuka... dan pintu bilik umi diketuk... umi pastikan dahulu suara orang di luar, dan alhamdulillah abi dah balik... rupa-rupanya pencuri itu dah lama keluar dalam keadaan pintu sliding door dan grill masih terbuka sedikit... tiada kecurian berlaku.. kami menjangkakan dia rasa masih ada orang lain di tingkat atas kerana lampu atas dibuka... dan yang pasti Allah telah mencampakkan rasa takut dalam hatinya menyebabkan dia terus keluar semula... alhamdulillah!
Lagi kisah pencuri yang pernah umi alami dan ceritanya di sini...
Disebabkan kejadian itu, ma dan abah dah tukar mangga yang lebih besar dan sliding door juga dikunci... Moral of the story, jangan mengadap pc waktu maghrib... banyakkan beribadah dan mengaji al-Quran... dan kepada semua pencuri, insaflah kerana barang yang kamu ambil adalah haram untukmu dan takutlah kerana sudah pasti kamu akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak! Moga Allah memberi hidayah kepada kamu dan kepada kita semua... ameen..
Friday, May 22, 2009
Why?
Review dan renew niat...
Hasrat mula-mula aku berblog adalah memanjangkan minat menulis aku terutama tulisan berbentuk dakwah dan juga menulis tentang diari cinta kami iaitu coretan tentang perjalanan hidup kami... dengan itu wujudlah blog yang diberi nama "Dunia Kami"...
Blog bagi aku salah satu medium berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan semua orang... walaupun pernah terfikir untuk menutup blog ataupun menjadikannya private, namun terlintas juga tentang pentingnya berkongsi pengalaman dan maklumat kerana pengalaman merupakan guru yang sangat berharga dan tidak boleh dibeli... mungkin tidak berlaku pada kita tetapi ia merupakan pengajaran untuk semua... sangat mahal!
Apa yang pasti juga, apabila kenangan-kenangan kami yang tercoret di blog ini dibelek dan dibaca kembali, seronok rasanya dalam mengenang segala yang pernah dilalui walaupun tidak semua ditulis... cukuplah sedikit sebanyak sahaja sebagai kenangan... terutama kepada suamiku yang tercinta, adik-beradik, teman-teman lama, rakan blogger yang baru berkenalan, pasti kita ingin selalu keep in touch... dan ini salah satu medium yang boleh digunakan... selamat berblog!
Last... moga Allah rahmati selalu kerja buat dan hidup kita... moga semuanya kerana Allah... ameen...
Sunday, March 22, 2009
Cuti Sekolah Datang Lagi...
Dalam meraikan cuti2 Malaysia di Terengganu, kami sekeluarga bersama adik beradik yang berkebetulan free iaitu family K.Har, family K.Dah, family K.Loo dan Sarah sempat berkelah di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang pagi Jumaat bebaru ni... dan inilah baru kali pertama Nuruddin mandi air terjun pada usia hampir 7 bulan... walaupun yang mandi bahagian kaki je...haha...
nuruddin : best tapi sejukkkkkkkkkkkk la ummi...
abi : yo lo ko... hehe...
Kesempatan kami balik ke Kuala Terengganu juga, kami dapat menghadiri majlis perkahwinan Zaim dan Salmiah (ex-junior UTM) di Pasir Panjang dan ziarah anak sulong Yasmin dan Fuad (satu batch UTM), Aisyah Humaira di Rusila... ops terlupa pulak nak snap gambar mereka semua... xde rezeki nak berkongsi wajah2 kegembiraan insan2 tersebut ngan sahabat2 yang jauh... sori ye!
Sehari sebelum balik KT, ummi, abi dan pok Ja (Zakiri) sempat menjengah perkahwinan Yusof (junior UTM) dan pasangannya di Selising, KB... waktu kami datang jam dah 6.30 petang, so pengantin pun dah tukar uniform kahwin diorang... tapi time ni kami sempat bergambar... boleh la sahabat2 nak kenal wife usop ni... orang Besut yang masih belajar di Kedah...
Doa kami untuk pengantin....
"Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan dan keberkatan dunia akhirat...ameen..."
TAHNIAH!!!
Sunday, February 8, 2009
Perasankah?
Jadi entry kali ini aku selitkan beberapa cerita...
Perak...
Perasaan bercampur baur (sedih yang banyak) bila berlaku peristiwa bersejarah dalam Malaysia sekarang... memang apa yang dilakukan pembangkang kini satu tindakan yang sangat berani (bahaya gak sebenarnya) ... bagi aku pakatan dah jadi macam hero Nordin Ahmad dalam cerita dulu2... "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"... walaupun dalam cerita tu dia akhirnya dibunuh juga padahal hero mana boleh mati... harapnya tiadalah tragedi diISAkan mereka2 yang berkenaan...
Aku agak malas nak cerita panjang2... sebab semua pun dah tahu situasinya... siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ni masing2 mentafsir perlembagaan tersebut ikut kefahaman sendiri... jadi la macam ni... apapun sepatutnya sultan tak perlu tergesa2 bagi aku...kan dah jadi macam ni... sape yang susah...
Nuruddin...
Alhamdulillah masih fully breastfeeding (walaupun ada cubaan mengajar untuk dia merasa serba sedikit makanan seperti kurma, pisang, kismis, air masak... tapi belum sepenuhnya makan)... so, tinggal lagi 2 minggu lebih sebelum nuruddin dapat menikmati solid food... erm, menurut doktor nuruddin, untuk permulaan ni kena bagi satu atau dua rasa je dahulu untuk biasakan perut dia menerima contohnya bagi nasi blend dengan carrot...
Perkembangan nuruddin xde sangat, masih lagi di takat berguling-guling dan berpusing-pusing ikut putaran yang dia suka... cuma dia dah tak suka duduk... selalu nak orang buat dia berdiri je (nak berjalan kot)... oleh sebab tu atok kasi hadiah walker untuk nuruddin (terima kasih atok!)... tapi untuk waktu ni kena sendal dengan bantal sebab pinggang dia tak kuat lagi... seronok gak dia dalam tu tapi tak boleh lama... nanti dia boring sebab dia pandai menolak kaki dia je dan walker tu asyik ke belakang... tensen...haha...
Memasak...
Kek or kuih muih diberhentikan sementara kerana bekalan gula sangat terhad di rumah... adoiii... pergi la mana2 kedai or supermarket... tempat gula pasti kosong... tunggu la apa keputusan kerajaan sama ada jadi nak naikkan harga gula or tak... sementara tu sorokkanlah dulu gula2 tu ye wahai pembekal...
Tetapi oleh kerana aku yang dah perasan rajin sikit ni wat la jugak resepi yang tak pakai gula... antara yang special, spegheti krim putih (guna gak tapi sikit je), macaroni cheese dan salad kentang... anyway macaroni cheese rupanya sangat muak sebab terlalu cheesy... lepas ni sure dah tak buat dah.. gambar pun aku lupa nak amik... tapi salad kentang terpaksa dibuat ulangan sebab best sangat....huhu..


Inilah keadaan Nuruddin yang umi paling suka sebab umi boleh relaks a.k.a. rehat... yes!
EBM...
Semua stok EBM aku terpaksa dibuang sebab dah nak lebih 3 bulan... rugi jugak rasanya tapi nak buat camna... since aku duk rumah ni memang bagi direct je lah... nak kasik kat orang lain pun sape? Apapun syukur alhamdulillah berjaya bagi sepenuhnya susu ibu untuk nuruddin selama 6 bulan penuh (insyaALLAH) walaupun cabarannya sangat besar...
Antaranya ada gak suara2 luar yang memarahi mengatakan aku menzalimi anak sebab sampai sekarang tak bagi dia makan lagi.... kesian budak tu... asalnya aku terpengaruh gak, tapi bila tanya K.Ha (Chik), nasihatnya mencukupkan 6 bulan itu penting untuk memastikan baby dapat sepenuhnya keperluan dari khasiat susu ibu... dan memang nuruddin kuat menyusu bila dia betul2 lapar dan terus tertidur... moga Allah mudahkan penerusan susu ibu sehingga 2 tahun insyaAllah... ameen...
Perkembangan aku...
Masih still housewife... tunggu gak panggilan YIK dan GSST untuk area Kelantan... YIK kekosongan setakat ni hanya untuk dinniyyah sahaja, akedemik belum ada lagi... GSST plak dah panggil 30 orang dan belum rezeki aku... katanya akan ada lagi panggilan selepas ini... mudah2an ada rezeki untuk aku... ameen... KPLI dan DPLI memang aku tak mintak sebab my hubby tak kasi keje luar kelantan...
Yang pasti aku tak rasa menyesal langsung berhenti keje sebelum sure dapat offer keje lain... satu, sebab fikiran aku lebih tenang, lapang dan gembira sekarang compare ngan waktu bekerja tahun lepas, ketensionan di tempat keje sehingga balik keje... kedua, aku dapat sepenuhnya memberi tumpuan dan menjaga nuruddin sendiri... ketiga, aku dapat fully breastfeeding nuruddin tanpa ada masalah nuruddin taknak minum guna botol... apapun syukur alhamdulillah... pasti ada hikmahnya...
Aku dan hubby sekarang tengah duk usha2 jugak untuk terlibat dengan satu bisnes pertanian... nak tanam apa? hehe... tunggu dan lihat... moga dimudahkan...
Pertandingan...
Aku ada nak masuk satu pertandingan ni... sangat menarik...
BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!
tunggu ye ibu... aku teringin benar untuk turut serta merebut hadiah beg comel tu...Okey... itu sahaja coretanku kali ni... see you!
Friday, January 9, 2009
Uncle???
Dapat la 2 sahabat (atas, 2 orang dari kiri) lepak2 bersama malam tadi... ingatkan bila Presiden dan SU KSPro ni berjumpa banyak la dapat berbincang pasal perkembangan kelab tapi nampaknya suasana KL juga yang banyak memberi inspirasi untuk perbincangan ke arah itu...
Dalam gambar ni x kelihatan nuruddin sebab dia tengah syok tidur, malas nak angkat dia, sian pulak sebab awal2 pagi lagi depa ni dah nak beransur2 bertolak, jauh Pulai Condong dan KB sekitar 45 minit perjalanan juga...
Kepada adik asyrul, moga menjadi al-hafiz yang cemerlang!ameen...
Thursday, August 14, 2008
Bingkisan Buat Generasiku...
Dahulu…tempat kami di sini
Kini…kalian pula datang mengganti
Dahulu…
Meskipun diiringi rasa kerdil dan hina diri
Akan kemampuan diri sendiri
Namun tetap kami gagahi
Demi perjuangan suci ini
Kami pernah dulu merasai
Kami jualah yang mewariskan beban ini
Kepada generasi hadapan yang kami kasihi
Maafkanlah kiranya terdapat kekurangan
Andai masih ada ketidakpuasan
Kerana meninggalkan kalian dengan
Segala kelemahan…
Terutama sekali dalam hal tarbiyyahan
Percayalah wahai saff kepimpinan masa depan
Meskipun tiada lagi sebarang jawatan disandang
Perjuangan ini akan tetap kami teruskan!
Kini kami berikan kalian satu peluang
Janakanlah tarbiyyah! Gerakkan Islah!
Moga inikan menjadi permulaan langkah...
Menuju Daulah Islamiyyah!!
Abang Adib dan Kak Mun
Surat Cinta Untuk Sahabat...

Sahabatku2 yang dikasihi.....
Di rimbunan pohon Islam ini, kita hulurkan salam perjuangan. Kita elak segala sengketa dan prasangka untuk membina keharmonian dalam persaudaraan. Kita dipilih dan dikumpulkan di sini adalah untuk mengutip sebanyak mana ilmu sebagai bekalan jiwa dan panduan hidup, dalam menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi pada alaf mendatang. Kita bagaikan digelar satu keluarga. Ketika kita duduk berkumpul, berbincang bersama, sapa menyapa, saling berbalas senyum; namun belum tentu terbit rasa ukhuwah, apatah lagi berkasih sayang. Ada yang boleh bergurau senda bagai nak rak, ketawa berdekah-dekah, tapi hati di dalam, renggang bagai retak menanti belah. Sedikit tersentuh, meledaklah marah. Lalu, dilupakanlah segala kebaikan kawannya itu. Mengapa perkara ini terjadi?
Sahabatku,
Insan hanya dapat disatukan setelah hati-hati kita berpegang kuat dengan tali keTuhanan. Sama-sama mengingati Allah dengan berserah diri pada-Nya. Sama-sama menyintai Allah dengan menegakkan kalimah-Nya. Sama-sama takut akan Allah dengan mentaati syariat-Nya. Pertautan yang lahir dari ingatan rasa takut dan cinta kepada Yang Satu itu pasti akan membentuk ikatan ukhuwah yang padu, bersatu tujuan dan selaras kefahaman. Kerana Allah, kita akan cintakan kebajikan, hati akan mampu berbelas kasih kepada mukmin yang lain, seumpama mengasihi diri sendiri. Kerana Allah juga, kita akan mudah bermaafan dan hati akan rela berkorban. Kita juga akan sanggup mengenepikan segala kepentingan peribadi. Kesatuan seperti inilah yang akan memakmurkan bumi. Lebih-lebih lagi dalam dunia kita yang kecil ini. Inilah yang kita rindu dan impikan…dunia harmoni dan aman damai.
Oleh itu sahabatku, marilah kita hidupkan kasih sayang. Wujudkan rasa kita saling memerlukan. Ini sesuai dengan asal kejadian kita yang sama. Kita semua dicipta oleh Allah dalam keadaan yang hina, serba kekurangan dan tiada daya upaya.Rasa itu perlu supaya kita nantinya dapat saling bahu-membahu dalam menunaikan amanah Ilahi. Insaflah, adanya perbezaan taraf pemikiran yang Allah aturkan adalah sebagai Rahmat-Nya menjadikan kita…saling memberi, saling mengisi dan sumbang- menyumbang. Kita perlu saling menghormati dan saling mengasihi kerana kita sebenarnya memang saling memerlukan. Kerana itulah, bila ditanya oleh Saidina Muaz : “Bagaimanakah untuk selamat pada hari hisab nanti?” Rasulullah menjawab : “Engkau mengasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri”.
Mudah-mudahan kita semua memperolehi keredhaan Allah di dunia dan di akhirat…amin. Sekian dahulu, sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.
~moon~
Tuesday, August 12, 2008
Kaitan Cinta Dalam Hidup
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul. Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita memandang pintu yang telah tertutup terlalu lama itu hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram, carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimipi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia, selalu bayangkan diri anda dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga, kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik, mereka hanya membuat yang terbaik dalam apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda akan tersenyum. Teruskan hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikanlah pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka. I don’t know … but I believe....
Sunday, August 3, 2008
Mencari Bahagia...
Malam tadi tatkala diri ini sedang keasyikan diurut oleh bidan kampung, tetiba handsetku berbunyi menandakan satu massage telah masuk ke inboxku...dari luar handset tertera nama pengirimnya....tutttttt....aku sangat malah amat sangat mengenali pengirim itu...kubuka kotak massage, maka terteralah, "Sorg lelaki. Ia terperangkap dalam hidupnya. Punyai wife yang 'sakit'. Jika ia melepaskan diri, maka terbukalah peluang utk ia mulakan hidup baru utk mencari kebahagiaan. Tapi ia xmau melepaskan diri demi kebahagiaan anak2nya. Tahun berlalu harapan tinggal harapan. Lelaki ini makin stess! Siapakah yang sudi berkongsi kebahagiaan?"Aku merasa sangat kasihan sbb kisah ini sudah kudengari bertahun2 lamanya tatkala kami memang menjadi bestfriend sejak dulu....7 ke 8 tahun yang lalu, telinga inilah yang selalu mendengar luahan perasaan seorang suami terhadap isterinya yang agak 'pelik'....dan setiap kali diceritakan padaku, air mata ini akan mengalir kesedihan....di waktu itu juga aku merasakan teramat TAKUT untuk berkahwin kerana dapatkah aku mengembirakan suamiku dan tidak sesekali mengguris hatinya seperti hati sahabatku yang kupanggilnya Abang Z yang bukan sahaja terguris malah hancur berkecai sekeping-sekeping...sakitnya untuk mencantumkan kembali hati yang sudah berdarah itu....
Oleh kerana aku sangat keletihan malam tadi, pagi ini baru kusempat mereply massage tersebut..."Hidup adalah pelayaran dimana kebahagiaan disini dan di sana yang kita cari...Ikhtiar la bahagia untuk dirimu agar kamu bahagia jua di sana...Jika sudah merasakan jalan bahagia itu terlalu sukar dan jalan susah itu yang terbaik untukmu dan familymu, maka REDHAlah menempuh hidup ini. Moga Allah membalas balasan yang lebih baik di masa hadapan lantaran tingginya kesabaranmu...."
Namun massage spontan itu aku rasakan tidak cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang lara, maka aku panjangkan dalam coretan ini supaya dapat dia membacanya dan moga2 dpat memberi sedikit ketenangan kepadanya....ameen...
Abang Z,
memang indah menjadi suami yang dicintai isteri. Inilah yang menjadi impian para suami. Tetapi indah bukan janji tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal abang Z. Kerana itulah aku berani berkata bahawa jika cinta isteri gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita buru adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat dan seronok sangat jika suami isteri saling cinta mencintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti yang kita mahu, pastilah ada sesuatu yang ingin diberikan Allah kepadamu.
Abang Z,
Bila engkau memandang sgalanya dari Allah, yang mencipata segala-galanya...yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang...pasti akan damailah hatimu. Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALlah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan lebih dekat dan akrab dengan-Nya....
Abang Z,
Isterimu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripadamu. Suatu masa nanti, engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah... Dan jika sakitnya terlalu menusuk, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu. Katakan bukan engkau tidak redha tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan dan kekuatan dariNya...
Sesungguhnya sepanjang aku mengenalimu, engkau sememangnya insan yang sangat tinggi kesabarannya....aku pun tidak tahu di mana letak dudukku jika aku di tempatmu....Moga Allah memudahkan urusanmu dalam mengejar kebahagiaan yang engkau cari...Moga dirimu benar-benar akan mengecapi BAHAGIA yang dinanti-nanti...
Sekian dariku,
Munirah
Wednesday, July 23, 2008
Adakah Aku Ikhlas?
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa2 amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.Antaranya:-
*Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
*Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
*Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
*Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
*Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
*Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
*Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
*Di dlm organisasi/jemaah,tdk teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
*Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
*Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, krn amanah bkn dr manusia ttp dari Allah).
Begitulah antara perkara2 yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yg baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:
’Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini, keazaman di dalam hidayah, tolonglah kami mengingatiMu, menyebut namaMu, mensyukuri nikmatMu, baik ibadat kepadaMu.‘
"Ya ALlah ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahlah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengurnia".
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...
Tatkala kerinduan pada AL-Irsyad menjelma...

Assalamualaikum...............
Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang begitu bersih menjejakkan kaki ke Irsyad. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang soleh dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.
Bermulalah satu episod baru dalam hidup kalian... kalian mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya.
Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta. Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya!
Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namun kalian masih thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan KEPIMPINAN dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan muallim dan muallimah yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan GEROMBOLAN DAKWAH di mana saja kita berada. Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman baru kalian di Universiti dan tempat BELAJAR masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar SISWA\I. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan akhawat di tempat baru kalian.… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 5 tahun kalian bersama tidak sia-sia!
Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba tahun demi tahun dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di dalam kelas, usrah, tamrin, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar.
Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak inginkan pahala dari kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.
Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian telah menjadi tenaga professional Islam. Jadilah doktor, peguam, pensyarah, akauntan, programmer, businessman yang berjaya atau apa sahaja, yang pasti antum semua jangan lupa menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya dari kalian.
p/s: diedit dari catatan seorang sahabat dalam mailboxku...hehe...
Wednesday, July 9, 2008
Empat perkara keluarga bahagia


- Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah unsur suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.
- Pasangan suami isteri perlu persefahaman menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Sikap saling memahami dapat mengelak rasa curiga dan prasangka.
- Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami isteri bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga.
- Suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan kepada akibat buruk.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
(Surah al-Rum, ayat 21).
The Mirror
I looked into the mirror I wanted to see myself, as I am nothing more and nothing less, like a sensible mirror would serve me, but I saw a distorted image, because the mirror was a bit different, and I wonder why? I went and tried to look into another mirror I found myself in this mirror, a bit funny, and a bit different from the way myself should be in the mirror, I saw my feet were a bit short and my face no longer oval, had I changed that much? I went to another mirror, hoping to find a good reflection, not that I want to be pretty, I just want to be me. But this mirror made me looked plump, and chubby. Oh No! Not that it’s not pretty, the problem is, it’s not me! I went on, trying my best looking into mirrors upon mirrors, some make me look ugly, oh! Some did make me look pretty, sometimes prettier than I should be, I should be happy with that, only that I did not because I don’t want to be pretty, I just want to be me. I was tired but I had to find one. So I searched for another mirror to look in, and I found one. Oh, it was a tiny bit broken on the side, probably someone had not been careful before, but it showed me the real reflection my face, my eyes, my nose, everything like I know it to be. So I was satisfied, and look no more, for I found the mirror I need, to see myself so clearly....
And... the best mirror for me is... MY HUBBY... thanx a lot! ;)









