Showing posts with label tags. Show all posts
Showing posts with label tags. Show all posts

Monday, May 25, 2009

Tag from K.Baiti

dapat tag wallpaper ni from K.Baiti... sori akak, baru perasan tag ni sebab lupa nak tukar address baru akak di blog kita... maaf ye!

Arahannya mudah sahaja...

1 - You have to printscreen the wallpaper you are using now..no cheating!

Ini dia wallpapernya....

2 - Tell why you love having it as your wallpaper?

Actually, wallpaper ni dari pc abi kat dalam bilik kami... dan gambar ni pun abi yang setkan jadi wallpaper... kiranya ini wallpaper pilihan abi la... dan sememangnya umi pun suka wallpaper ni sebab gambarnya cantik...

Gambar ni diambil oleh Uncle Raja Arif sewaktu program reunion alumni
KSPro Batch 82 UTM Skudai di Sungai Congkak, KL 1 Mei baru-baru ni... Lagi nak tengok gambar-gambar program di sini...

3- Tag 10 people..

ramainya... erm sape ek...

Dr. Faizah Hanim, bakal Dr. Nabila Hanis, Dr. Nasuha, Teacher Nabilah Mayyidin, Muallimah Raudhah, Ammar UM, Safwan KUIS, Sanaa, Muhasabiey and Ridwanto...

Saturday, May 23, 2009

Tag- the 6th Sense

Ummi dah lama hutang tag oleh 2 orang untuk tag yang sama iaitu from Sanaa dan Kak Baity... jadi untuk tidak mengecewakan mereka, ummi nak jawab juga tag ni... instructions untuk tag ni mudah je, tengok kat bawah ni:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.

So, ummi bukak la My Pictures dalam PC abi ni dan bukak folder yang ke-6... ummi pun upload gambar tersebut di entry ini...

dan... inilah gambarnya... nama folder gambar ni, Asbabul Nuzul..nape ntah abi pilih nama folder camtu, agaknya untuk nyatakan sebab turunnya kereta ini ke bawah kut...

Sadis sungguh gambar ni kan?... ex - sahabat-sahabat seperjuangan di UTM mesti cam gambar kereta ni...

Banyak sungguh jasa DR 1445 ini untuk jemaah Islam di kampus... sehinggakan saat-saat akhirnya di UTM pun hancur dalam perjalanan ke tempat program jemaah... moga Allah membalas segalanya dengan balasan yang sebaik-baiknya...

Ummi kisahkanlah sedikit berkenaan tragedi yang menimpa kereta abi yang telah diguna pakai olehnya semasa pengajian di UTM satu ketika dahulu... (ummi pun sempat la merasa beberapa kali naik kereta ni... tapi time tu kami tiada apa-apa relationship istimewa lagi... walaupun ummi tak nafikan perbualan spontan dalam kereta ini menyebabkan abi tak boleh lupakan ummi... haha...)

Kejadian berlaku sekitar tahun 2004... sahabat abi, Piye Nordin (bukan nama sebenar) meminjam kereta abi untuk dibawa ke program di sekitar Sedili... dalam perjalanan yang membawa 4 orang anak usrahnya itu, kereta yang dipandu terbabas dan telah menjunam ke dalam parit ... kereta terpaksa di tarik ke workshop dan didapati kerosakan teruk pada enjin dan bahagian-bahagian lain... namun syukur semua nyawa di dalam kereta tersebut selamat....

Abi tidak terlibat dalam kemalangan ini kerana hanya memberi pinjam keretanya untuk digunakan... abi telah berusaha untuk memulihkan sepenuhnya DR namun gagal... dan memandangkan keadaan DR masih lagi kurang baik walaupun setelah dibaiki, ma abah dan abi bermesyuarat untuk menjual sahaja DR tersebut... maka, saat itulah berakhirnya kelibat DR dari UTM dan juga rumah di KB ini....

Walaupun DR telah tiada, namun nama DR kekal harum di bumi UTM dan juga masih menjadi sebutan dan kenang-kenangan yang indah untuk kami kerana selain sumbangannya terhadap gerak kerja jemaah, DR jugalah yang telah membawa kepada pertemuan fillah ummi dan abi yang menjadi putik kepada Baitul Muslim yang sedang umi dan abi bina hari ini (untuk pengetahuan nuruddin)...

Itu sahajalah sedikit penerangan berkenaan gambar tersebut... dan untuk akhirnya, berikut adalah 6 orang yang ummi nak tag :

1. kak wid

2. kak su

3. najwa


4.
kak raudhah

5. kak faizah


6. mok su

Friday, April 3, 2009

Tag : Hajat a.k.a. Whistlist

Dah lama perasan tag dari k.Wid ni tapi tak sure kalau-kalau k.Wid ada ramai kawan nama Mun...hehe... tq k.Wid.. tag best nih... so, suka nak jawab...huhu...

Memandangkan birthday tak kunjung tiba lagi dan memandangkan abi pun berada di Perak sekarang... boleh la nak wat whistlist ni... untung-untung ada barang yang datang time birthday... tak pun time abi kelik dari Perak nanti... kan abi kan...

But... cam K.Widayu kata jugak, sebenarnya banyak dah yang Allah bagi kat kita... syukur sangat atas segala nikmat yang Allah bagi, Alhamdulillah...

Dah memang sifat manusia cam kita semua ni terutama umi la... x pernah puas dengan apa yang kita ada.... dan memang selalu kita berdoa ngan ALlah minta macam-macam... yang pasti tak salah meminta dariNya kerana sememangnya Allah menyuruh kita bermohon kepadaNya kerana hanya ALlah yang berkuasa atas segalanya... Subhanallah!
"Ya Allah, aku tidak ada daya dan kekuatan... melainkan daya dan kekuatan yang Engkau pinjamkan padaku dan Engkau boleh mengambilnya bila-bila yang Engkau mahu... ampunkan hambaMu dan jadikan aku hambaMu yang bersyukur..."

Panjang pulak celoteh umi sebelum sampai kepada maksud senarai whistlist umi ni... kalau memang dah tertulis rezeki umi untuk dapat semua ni pasti dapat insyaALlah...

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours

So, jom layannnnnnnn whistlist umi....

1. menunaikan Haji ke Mekah (abi dah pergi, jadi tolong jaga Nuruddin ek... hehe... biar umi lak gi haji waktu usia masih muda ni.... tapi sebenarnya lagi seronok gi ngan suami sendiri tapi sape nak jaga nuruddin? huhu...)

2. nak gi melancong ke Bandung ( bila ek kita nak gi abi?)

3. nak gi Pulau Redang lagi... (tapi yang ni nak tunggu Nuruddin setahun la best sikit sebab dah boleh jalan...)

4. nak sangat bread maker supaya senang nak wat roti sendiri, roti pizza, pau dan macam-macam roti lagi... nak menguli doh cam leceh... lagipun ma, abah dan abang suka sangat roti... hari-hari duk beli roti... kalu boleh wat sendiri cam best pulak...

5. nak handbag baru... sekarang pakai yang hantaran... dia nyer kiut sangat jadi xleh nak sumbat2 barang nuruddin banyak2 dalam tu... jadi nak yang besar sikit tapi biar la berkualiti cam Sembonia or Bonia gak.. Carlorino pun ok juga... hehe..

6. nak netbook yang boleh muat letak dalam handbag umi.... wat searh internet dan keje2 sekolah... abi tolong servey yang paling bagus ek... hehe...

7. nak gelang tangan (pelaburan bentuk emas) yang ada design nama kita berdua... (yang ni nak pakai duit hantaran abi kasik umi hari tu ok jugak... x guna pun lagi except tambah pelaburan dalam Public Mutual Islamic Fund sahaja...)

8. nak abi berjaya dalam tanaman fertigasi... ameen...

9. nak jadi isteri yang solehah, dikurniakan suami yang soleh serta anak-anak yang soleh dan solehah... ameen...

10. last... dan inilah yang paling utama sekali yang kita kena pastikan dapat iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat kita... moga Allah memberkati hidup kita semua dunia akhirat... ameen...

Selain1, 9 dan 10... yang lain-lain tu banyak yang dunia je... hehe...


10 friends yang umi nak tag... kak raudhah, kak faizah, kak suhaila, kak zahrah, sanaa, durratul khair, k.baity trg, fauziah apau, ridwanto dan muhasabiey...

Actually whistlist ni umi tuju khas untuk abi a.k.a abang tersayang.... tapi kalau ada sesiapa yang rasa nak bagi hadiah kat atas tu time birthday umi nanti ke, boleh juga... ;)

Sunday, March 15, 2009

Tag First Born from K.Widayu

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!


keadaan ummi seminggu sebelum bersalin...

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
erm... rancang yang menjadi iaitu 'bunting pelamin'...haha...

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
of course la..

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
suka sangat-sangat...

4. HOW OLD WERE YOU?
umur ku kawin... 25 years old..

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
period x datang after married... dah dapat agak dah...dan test sendiri kat rumah pepagi buta lepas abang belikan pregnancy test kat KL (sebab kebetulan ada kerja kat KL time tu)... dan alhamdulillah +ve... then gi check kat klinik lagi sekali nak confirmkan... excited sungguh!

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
my hubby la... terus kejutkan abang dari tidur untuk bagitau berita best tu...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
yes.. supaya senang nak ready untuk persiapan kelahiran dia... dan memang perasaan kuat mengatakan yang anak sulong ni laki2...

8. DUE DATE ?
September 5, 2009

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
August 24, 2008

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.24kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
tak sangat... cuma muntah sikit lepas gosok gigi tetiap pagi...

12. WHAT DID YOU CRAVE?
banyak sangat... mintak je ngan abang mesti dapat... (taktau la mengidam betul2 ke idak...haha)

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE M OST?
asyik batuk je sepanjang pregnant terutama malam... perit jugak rasanya sebab menekan rahim... lepas beranak je batuk pun hilang...

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
A boy

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
no

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
area 9kg

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
no

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
-

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Masalah rahim jatuh masa awal2 pragnant... 2,3 bulan lepas tu gi check balik alhamdulillah dah ok...
Pagi sebelum bersalin tu
ada turun darah sikit.... then terus gi HUSM... rupanya jalan dah terbuka 4cm...

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Universiti Sains Malaysia, KB

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
lebih kurang 6hours.. masuk 9 pagi lebih kurang, 3.14 petang nuruddin melihat dunia...

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My Hubby..

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Hubby, Dr pompuan and 2 orang nurse...

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
natural...

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
takde... cuma dr pelatih masukkan air supaya cepat bersalin...

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Adib Nuruddin bin Adib Faisal

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
6 months, 2 weeks, and 5 days old..

28. Kawan2 yang ummi nak tag..
kak zah
kak zahrah
sanaa
kak suhaila
kak raudhah
nak tau gak pengalaman first born dari kalian... jawab la tag ni kalu free ye..


saat2 selepas selamat melahirkan nuruddin...

Sunday, March 8, 2009

Tag Muhasabah Boikot


Sori K.Baity sebab lambat plak jawab tag ni... internet tetiba beronar kat rumah... sekarang baru ok... jom kita sama2 jayakan!!! Tag ni berkenaan tajuk entry di atas.... dan perkara2 yang perlu dibuat adalah...

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ni bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan pada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda dan lihat : jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Caltex


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 product yang saya dah boikot :
1.
Nokia – sekarang pakai Samsung... itupun selepas N70 dicuri... tapi rasanya cam Nokia gak lagi best...huhu...
2. Nestle (Nescafe/Milo/Maggie – dah tukar ke Indocafe, Vico dan Mamee)

3. Colgate (pakai Halagel)

4. Kotex (tukar ke Intimate...best..)

5.
Intel (dah lama pakai AMD..)

5 produk yang saya dah cuba boikot :
1.
Mc D, KFC, Pizza (sangat memerlukan ketinggian mujahadah....mujur abi kuat gak sikit...haha)
2.
Procter and Gamble - syampoo Pantene ye jugak ek? apapun dah cuba berjinak-jinak ngan Sunsilk lurus menawan... best gak...
3. Danone - biskut Jacobs dan yogurt...
4. Tisu Scott, Scottex dan Kleenex under Kimberly-Clark - banyak lagi alternatifnya...

5.
Gillette - cari jenama lain... berlambak lagi kan...

5 produk yang sukar diboikot :
1.
Star Wars - games dan buku cerita yang digemari abi... mujahadah abi.. jom!
2. Kraft Cheese - selalu beli keju jenis ni sebab lagi best dan ianya dijamin halal... ada cadangan?
3.
Johnson & Johnson - suka guna shower form dia... bedak dah tukar ke Pureen..
4. Oral-B - berus gigi dia bagus sangat... suka guna..
5. Glade dan Ambi Pur - susah nak cari alternative pewangi kereta yang tahan lama dan best bau macam jenama ni...

5 Orang Yang Saya Nak Tag :
1. Kak Baiti
2.
Kak Widayu
3.
Sanaa
4.
Nabila Hanis
5.
Kak Zah

Sekarang ummi dan abi sedaya mungkin cuba mengelak yang mana termampu insyaAllah.... selebihnya kalau dah terpaksa jugak (boleh guna perkataan ni ke?), pejam mata sahaja la nampaknya... ampunkan hamba-hambaMu ini
ya Allah...

Semoga ianya benar-benar membantu usaha kita dalam menentang kezaliman Israel. Amiin...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers