Showing posts with label catatan hidupku. Show all posts
Showing posts with label catatan hidupku. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Cuti dan belajar...

Beberapa hari kebelakangan ni baru dapat rasa mood cuti sekolah walaupun beberapa hari sahaja lagi yang tinggal untuk sekolah dibuka bagi sesi tahun hadapan.... sebabnya dah terasa boring sangat kat rumah...huhu... memang takde can dah nak jenjalan cuti ni... asyik sibuk mengadap buku jah... bila habis exam, selain duk urus kerja rumah, dah tak tau nak buat apa pulak... adusss...

Terima kasih tak terhingga pada abi yang korbankan 10 harinya untuk bersama-sama umi di UUM. Abi bersusah payah jaga nuruddin dari 8.00 pagi sampai 6 petang setiap hari.. kadang-kadang dilanjutkan ke malam sebab umi ada discussion dan assignment... terharu umi dengan pengorbanan besar abi... thanx so much abang!

Tiada kata-kata yang lebih indah apabila kita menemui kekasih hati yang boleh bersama-sama kita dalam suka dan duka... sabar melayan kehendak dan kerenah kita yang entah apa-apa... bertolong bantu mengurus rumahtangga, memasak dan sebagainya... sangat memahami kita... berlemah lembut dengan kita... erm..cukup la tu, nanti tak mandi pulak abi... Ya ALlah berkatilah hubungan kami dan tetapkan kami dalam ikatan suci ini hingga ke syurgaMu... ameen...

Bulan ni masuk 2 tahun ikatan kami sebagai suami isteri... baru 2 tahun... masih jauh dan panjang ranjau dan duri yang menanti... entah bagaimana perjalanan yang di hadapan itu... moga ALlah permudahkan segalanya...

Ops.. cerita pasal nuruddin pulak, alhamdulillah 10 hari diasuh oleh abi, akhirnya nuruddin dah boleh terima FM... memang umi sedih jugak x dapat teruskan BF, tapi demi kebaikan anak yang kat dalam, anak yang kat luar dan kondisi umi yang dah bertambah tanggungjawab dan jadual lain, terpaksa umi korbankan dengan berat hati.... cuma kadang-kadang umi bagi jugak BF bila nuruddin nampak sedih sangat...

Di UUM, kami menetap di rumah tamu kolej, mujur ada sahabat ex-UTM yang jadi lecturer kat sana, ingat tak pada Presiden MPM 2004, Kamarul Irwan (Kem).. dia la yang menguruskan pasal penginapan.. alhamdulillah sangat selesa... thanx Kem! Abi pun ada teman 2 orang lagi suami yang turut sama mengasuh anak mereka yang sebaya nuruddin di rumah.. jadi abi taklah stress sangat sebab masih ada yang senasib dengannya... ;)

Kat Kedah, kami dapat kumpul ngan sahabat-sahabat UTM di rumah Yusuf... isteri dia masak spesial malam tu... Azrul Hisham pun sempat belanja kami di Kuala Perlis... terima kasih pada semua sahabat yang membantu dan meraikan kami di Kedah baru-baru ni... inilah fungsi nya sahabat seperjuangan... even takde family kita di mana-mana kita jatuh, insyaALlah masih ada sahabat sahabiah kita yang ALlah sediakan untuk membantu...

Tuesday, November 24, 2009

Sambung belajar... Nuruddin?

Alhamdulillah umi berkesempatan membuat Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di UUM bermula 5 Disember ini... kursus ini dibuat selama setahun sahaja dan selain di UUM, hujung minggu belajar di Coconut Village, PCB, Kelantan... doakan umi dapat menyudahkan pengajian dengan baik insyaALlah... ameen..

Bila belajar ni, tentu dah banyak masa cuti tidak lagi bersama Nuruddin... kalau hujung minggu sahaja, umi kena belajar dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang... kalau time cuti panjang, umi kena belajar di UUM... umi tak prepare sangat untuk tinggalkan Nuruddin... so stok EBM pun takde langsung dah sekarang... banyak direct feeding sahaja.... Nuruddin sekarang dah setahun 3 bulan...so, umi terpaksa buat keputusan untuk perlahan-lahan ajar nuruddin minum susu formula... dan hasilnya nuruddin reject susu-susu tersebut... tak tau dah nak buat macamana... kena try pelbagai susu lagi kot.. ada suggestion?

Hopefully segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALlah...

Friday, June 19, 2009

Suami, isteri dan perjuangan...


Di ketika abi sedang bertugas di Manik Urai dan bermalam di sana dengan meninggalkan kami di rumah demi satu perjuangan iaitu untuk memenangkan Islam, umi pula sedang berusaha memujuk hati sendiri... baru kini dapat umi selami dan kini umi akur betapa sukar untuk melawan kehendak dan kepentingan peribadi kita...

Di waktu inilah benar-benar diuji dengan praktikal apa yang kita ucap sewaktu di kampus dahulu dengan penuh tegas dan yakin dalam bait-bait usrah, meeting muslimat dan perjumpaan muslimat bahawa kitalah srikandi yang akan menjadi bukan sahaja sayap kiri perjuangan malah akan membantu sedaya mungkin untuk memastikan suami kita berada di saf hadapan dalam perjuangan...

Semasa berteori di kampus, kita merasakan dapat melaksanakan semuanya... menghantar suami ke pintu yang belum pasti waktu pulangnya... memberi semangat dan dorongan apabila dirinya hilang punca... memberi pandangan untuknya keluar dari kebuntuan... berkorban harta kita untuk perjuangan... memberi jiwa kita untuk Islam... mentarbiyah anak-anak sebagai perkaderan.. memupuk biah solehah dalam rumahtangga... memastikan baitul muslim yang dibina berjaya dunia dan akhirat...subhanallah! Namun hakikatnya itu semua bukanlah mudah...

Sebagai manusia biasa, sesungguhnya sukar sekali untuk kita melakukan sesuatu yang nafsu tidak suka... melapangkan dada untuk melepaskan suami pergi meninggalkan kita dengan sendirian mengurus rumah dan anak... ditambah lagi apabila anak tidak sihat dan pelbagai kerja rumah yang ada... perginya pula tidak menentu, dan kadang-kadang hanya dapat berjumpa sekejap sahaja dalam sehari.... di waktu ini, iman dan muhasabahlah perlu ditingkatkan... jangan sampai kita menggunakan senjata tangisan dan pujuk rayu yang boleh melemahkan mereka... jika salah seorang tidak kuat, maka sia-sialah pertarbiahan kita di kampus apabila gagal dalam peringkat amal yang kedua iaitu pembinaan baitul muslim dalam harakah Islamiyyah...


Antara cita-cita abi dan umi dalam membina baitul muslim bersama mereka yang satu fikrah dan perjuangan ini adalah untuk menetapkan hati-hati kami agar terus di atas jalan dakwah ini serta memudahkan bagi kami lalui jalan yang penuh liku dan berduri ini... di waktu inilah dapat dinilai pentingnya memilih pasangan yang boleh memahami kerja buat dan taklifan yang telah diletakkan di pundak muslimin... tetiba umi dapat sedikit jawapan tentang kebarangkalian sahabat-sahabat yang ghuyub.... nauzubillah!

Moga abi dan umi dapat bergerak dengan baik secara serentak untuk semua peringkat amal dalam konsep harakah islamiyah yang diperkenalkan oleh asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna iaitu pembinaan individu muslim, baitul muslim, mujtama' islamiyyah dan daulah islamiyyah... insyaALlah! Semoga Allah merahmati ikatan ini dan menempatkan kami bersama di syurgaMu... ameen..

Last... jom sama-sama renungkan intipati komik di bawah ni...

Thursday, June 11, 2009

Cuti Ini Dalam Sejarah...

Cuti sekolah kali ini telah menjadi sejarah bagi umi apabila umi berjaya drive sendiri dengan anak ke kampung untuk yang pertama kalinya tanpa abi....keputusan ini dibuat setelah kami puas berbincang dan umi meminta izin pulang dahulu ke Terengganu dengan mengajak seorang anak sedara menemani incase nuruddin tetiba boring dan meragam sebab terlalu lama duduk dalam car seat dia...

Umi memang confident untuk drive jauh sorang diri cuma bila bersama anak kecil kita perlu consider pelbagai perkara... dek kerana umi dah tak sabar sangat nak jumpa nenek ngan tokki, abi pula masih ada program yang perlu dihandle selain kena bekerja... terpaksa la umi gagahkan diri jua...


Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari KB... alhamdulillah nuruddin okey je sepanjang perjalanan sehinggalah di Besut dia merengek lapar... kami berhenti rehat di rumah Ayoh Sir jam 5.30 petang dan kereta bergera
k semula jam 7.00 malam... nuruddin dah mula mengantuk dan akhirnya tidur... walaupun sebenarnya tak elok bagi anak tidur waktu Maghrib, tapi kali ni umi terpaksa biarkan kerana itulah yang terbaik untuk umi memandu dengan aman...

Nuruddin terjaga apabila kami berhenti untuk membeli keropok lekor Sukaramai di Batu rakit... dan terus terjaga dan bermain dengan gembira sehinggalah di Kuala Ibai, dekat dah nak sampai kampung nenek barulah dia mula meragam dan nangis nak umi... terpaksa la sepupu dia, abang Khuzaifah pujuk... dan akhirnya selamat juga sampai rumah nenek ngan tokki di Chendering malam tersebut... alhamdulillah!


Umi bercuti di rumah nenek 5 hari sahaja... hari Selasa abi datang ke KT dan esoknya, kami sekeluarga berangkat pula ke KL untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat... inilah pertama kali umi dapat menghadirinya, alhamdulillah! memang seronok... sambil menyelam minum air... dapatlah kami jalan-jalan dan makan angin di KL 5 hari juga... antara lain tujuannya abi nak beli handset baru sebab dopod PDA abi dah rosak... survey di Sungei Wang Plaza xde, akhirnya ketemu juga di Low Yat Plaza yang dicari iaitu HTC Touch Dual yang second hand je... dan bahagian umi kenalah ada juga barulah adil... umi berjaya memujuk abi untuk merembat satu beg Sembonia di Sogo... thanx abi!
http://www.mobilestopic.com/images/mobile/htc-touch-dual-3.jpg

Time pulang kami mengambil keputusan untuk melalui jalan ke Cameron
Highland on d way balik ke KB... jalan-jalan seharian di Cameron memang memenatkan namun seronok sebab boleh pergi sendiri tanpa ikut rombongan... boleh drop sesuka hati kedai-kedai mana yang kita nak... rupanya bahang kepanasan yang kita rasa di bawah ini sama juga di Tanah Tinggi Cameron yang berhawa sejuk itu... bezanya angin yang bertiup di sana menyamankan jadi xde la terasa sangat panas tu...

Sepanjang di KL kamera asyik duk terperap dalam beg laptop abi dalam kereta... asyik lupa je nak bawak keluar bersama gi jalan-jalan... cuma di Cameron kami ingat nak bawa kamera... so yang boleh snapnya hanya gambar-gambar di Cameron.. so, layan je la ye...


Kehijauan daun teh...


Time ni baru sampai di Cameron Valley Bharat Tea...


Nuruddin dan abi berlatar belakangkan ladang teh...


Nuruddin dan umi di kedai bunga-bungaan... suka sungguh nuruddin boleh jalan-jalan...


nuruddin teruja melihat kecantikan bunga...


di kedai tea Bharat lagi...


pokok cactus yang indah di belakang kami... nuruddin dah penat dan tertido...

Thursday, May 28, 2009

Guru dan Daie

Esok bermulanya cuti penggal pertama persekolahan... perancangan asal pihak sekolah SMU (A) Tarbiah Mardhiah ialah ingin menganjurkan Sambutan Hari Guru pada hari ini, namun terpaksa ditangguhkan kerana tingkatan 5 masih ada paper yang tertunda... jadi kami guru-guru mengambil peluang marking paper pelajar yang bertimbun...

Alhamdulillah, umi dah berjaya selesaikan paper 1 Science from 3 untuk keenam-enam kelas iaitu lebih 200 pelajar... tinggal lagi paper 2... inilah cabaran guru... walaupun cuti, masih ada kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah...

Tahun ini masuk tahun ke-5 umi bergelar guru... bermula dari panggilan cikgu, ustazah, muallimah dan kini teacher... pelbagai subjek dikongsi bersama pelajar... Mathematics, Ekonomi, Akhlak, English, Komputer, Sirah, ICT, Additional Mathematics, Geografi dan terkini Science...

Walaupun bukan bercita-cita sebagai guru pada awalnya, namun setelah grad umi rasakan kerjaya guru inilah yang paling sesuai dengan jiwa dan paling dekat di hati umi untuk diapply... dan ianya bukanlah last choice kerjaya... mungkin jiwa ingin berkongsi dan bekerja dengan manusia yang menjadi pilihan umi setelah 5 bulan pengalaman bekerja dengan komputer yang bisu dan ternyata sangat boring...

Sememangnya cabaran guru cukup besar, bukan hanya memenuhi credit hour di dalam kelas, apa yang perlu difikirkan juga adalah pengisian dan kefahaman yang jelas berhubung fikrah, dakwah dan kepimpinan untuk mad'u... Gurulah yang berperanan menyuluh terang segala yang kelam dan menyingkap segala yang tersirat...

Oleh kerana still on May, umi harap masih belum terlambat untuk umi wish "Selamat Hari Guru" kepada semua yang pernah menyampaikan walaupun 1 ayat....

Last... umi nak kongsi satu daripada sms Hari Guru yang umi suka baca...

" Jika hari ini Sultan membisu tak bersuara,
Jika hari ini pemimpin BN gila kuasa,
Jika hari ini Hakim buat kerja macam orang gila,
semua ini bukan salah guru mendidik mereka,
kerana guru hanyalah insan biasa..."

Happy Teacher's Day!

Saturday, May 23, 2009

Malin yang jahat...

Sangat lama umi menyepi dari menulis entry baru... mood untuk mencoretkan sesuatu tiada lantaran sibuk melayan nuruddin yang dah semakin aktif (umi dah payah nak ngadap pc sekarang) dan juga kerana hampir dua minggu line internet putus dek 2 kali kejadian kabel telefon di hadapan rumah jiran sebelah kami kena potong oleh pencuri yang kurang asam... baru telekom siap pasang kabel baru, then 2, 3 hari lepas tu kena kebas balik... dan terus telekom buat tiang baru di luar kebun abah... jahat tul pencuri!


inilah keadaannya...

Semenjak dua menjak ni isu samun, curi, ragut dan seangkatan memang menjadi-jadi... sampai naik gerun jugak bila selalu ditinggalkan berdua je ngan anak kecik... otak dah mengandaikan macam-macam.. kecut perut sungguh...

Umi ada cerita pasal pencuri masuk rumah...
Pada suatu hari, umi ditinggalkan sorang-sorang kat rumah (time ni nuruddin masih dalam perut umi)... ma, abah dan abi baru je keluar gi solat maghrib kat masjid... sambil duk lepak depan pc.. tak lama bunyi mangga diikuti pintu grill beserta sliding door dibuka... umi buat selamba sebab rasa maybe ada adik beradik yang balik rumah (walhal mereka semua jauh di KL nun)... dan akhirnya langsir bilik umi dikuak... umi just tanya tanpa tengok muka dengan jelas... "abang amir ke?" (xtau nape rasa nak sebut nama abang ipar yang paling sulung).. dan pencuri tu siap jawab..."erm..."...

Tapi lepas tu dia pergi dan umi pun terfikir... takkan lah abang amir kut... bukan time cuti pun... dan umi keluar tinjau sekejap je tapi rasa pelik dan terus kembali ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam... umi dah nekad untuk tunggu sehingga abi pulang dan incase dia cuba bukakkan pintu bilik, umi akan jerit kuat-kuat... bayangkan dalam rumah sebesar tu, umi berseorangan berhadapan dengan pencuri lelaki... fuh, tak dapat nak dibayangkan..

Dalam bilik umi doa banyak-banyak... tak lama, dengar lagi sekali pintu grill dibuka... dan pintu bilik umi diketuk... umi pastikan dahulu suara orang di luar, dan alhamdulillah abi dah balik... rupa-rupanya pencuri itu dah lama keluar dalam keadaan pintu sliding door dan grill masih terbuka sedikit... tiada kecurian berlaku.. kami menjangkakan dia rasa masih ada orang lain di tingkat atas kerana lampu atas dibuka... dan yang pasti Allah telah mencampakkan rasa takut dalam hatinya menyebabkan dia terus keluar semula... alhamdulillah!


Lagi kisah pencuri yang pernah umi alami dan ceritanya di sini...

Disebabkan kejadian itu, ma dan abah dah tukar mangga yang lebih besar dan sliding door juga dikunci... Moral of the story, jangan mengadap pc waktu maghrib... banyakkan beribadah dan mengaji al-Quran...
dan kepada semua pencuri, insaflah kerana barang yang kamu ambil adalah haram untukmu dan takutlah kerana sudah pasti kamu akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak! Moga Allah memberi hidayah kepada kamu dan kepada kita semua... ameen..

Monday, April 13, 2009

Kesyukuran...

Pertama-tama dan selama-lamanya syukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat masa, kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan lebih-lebih lagi nikmat agama yang Allah beri... tanpa keizinan dari ALlah, siapalah kita sebagai hamba yang serba lemah dan hina ini untuk melakukan sesuatu... sehinggakan untuk menyatakan syukur serta melahirkan rasa syukur itu juga adalah dengan izin Allah... Alhamdulillah!

Sebagai melahirkan rasa syukur umi sempena umi dah dapat kerja goverment Kelantan dan telah merasai gaji pertama baru-baru ini... umi dan abi telah menjemput ma, abah dan Nuruddin ke Hotel Raudhah untuk makan malam bersama-sama...

Tambahan pula ma dan abah telah banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada kami sekeluarga... syukur kepada Allah dikurniakan ibu dan bapa mertua yang sangat baik... moga umi juga dapat menjadi menantu yang menyenangkan dan mengembirakan mereka... ameen...

Sesungguhnya menyatakan syukur dengan lidah itu sangat mudah tetapi untuk menjadikan tindak tanduk seharian kita sebagai tanda bahawa kita adalah hamba yang bersyukur kepada Yang Memberi itu sangat sukar... "Ya Allah, berikan aku kekuatan"...

Sebagai tanda kenangan, umi sempat mensnap beberapa gambar pada malam tersebut...


yang dirai.. ma dan abah...


seronoknya Nuruddin malam tu...


Tengah syok makan baby bites... nuruddin kuat mengiri... kalau bagi tangan kanan pun sekejap je tukar kiri balik... kidal ke ek?

ayu kan my MIL... hehe...

p/s : anyway thanx ma and abah kerana sudi menerima undangan yang tak seberapa daripada kami...

Tuesday, March 31, 2009

Birthday Sultan Kelantan

Hari Ahad petang bebaru ni tetiba abi muncul di tingkap bilik kami... "Assalamualaikum umi!" wah... terkejut umi... "Waalaikumusslam abi!"... abi wat surprise kat umi dengan tetiba balik dari Perak rupanya... umi gembira la... dan rupa-rupanya juga abi balik kejap je sebab kena amik baju yang nak dipakai Pemuda di Perak... satu van penuh berisi baju ( xde can la ummi nak tumpang naik van ke Bukit Gantang jugak...huhu...) dan hari Isnin iaitu esoknya abi dah nak ke Perak semula... sedih balik... isk..isk...

Oleh kerana esoknya kami akan berpisah sementara lagi, ummi pun ajak la abi berjalan-jalan malam tu tengok lampu yang berwarna warni di Kota Bharu sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang disambut oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan... meriah sungguh! Kenderaan dan manusia pun ramai yang keluar malam tu...

Sempat la umi snap gambar melalui handset umi... (umi beli handset baru... Nokia 5320 Express Music sebab Cik Arah a.k.a Sarah kerosakan handset, jadi umi kasik handset umi kat dia) dan umi terpaksa beli Nokia gak sebab nak yang 'smart phone' dengan harga yang agak murah... kalu Samsung smart phone harga mau capai 4 angka... sedih kan.... terpaksa dengan sebab...

Inilah cahaya-cahaya yang menyimbah bandar Kota Bharu malam tersebut...




Dah penat jalan-jalan (sebenarnya x berjalan pun... meronda dalam kereta je)... kami pun singgah di restoran yang baru dibuka dekat Wakaf Che Yeh dan ni la first time Nuruddin duduk dalam high chair... muka pun cam takut-tajut je... xpe, ma tok kata nak cari kerusi rotan camni satu untuk Nuruddin... boleh la Nuruddin makan sama-sama kami lepas ni...


Last.. untuk abi yang bertugas di Perak sekarang... teruskan perjuangan.. moga Islam menang di seluruh kawasan! ameen...

Cahaya Islam Yang Bersinar... Allahuakbar!!!

Sunday, March 22, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi...

Cuti sekolah penggal pertama selama seminggu baru berlalu... hari ni dah mula persekolahan kembali... walaupun cuti ummi seminggu, ummi ada kursus guru dari hari Sabtu sampai hari Selasa... jadi tinggal hanya 4 hari cuti sekolah untuk ummi iaitu Rabu sampai Sabtu... dan tempoh masa yang ada tu ummi dan abi gunakan sebaik-baiknya dengan membawa nuruddin bercuti di KT... jumpa nenek ngan tokki... rindu betul kat mereka... ye la dah hampir 2 bulan kami x berjumpa...

Dalam meraikan cuti2 Malaysia di Terengganu, kami sekeluarga bersama adik beradik yang berkebetulan free iaitu family K.Har, family K.Dah, family K.Loo dan Sarah sempat berkelah di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang pagi Jumaat bebaru ni... dan inilah baru kali pertama Nuruddin mandi air terjun pada usia hampir 7 bulan... walaupun yang mandi bahagian kaki je...haha...

ummi : best kan nuruddin...
nuruddin : best tapi sejukkkkkkkkkkkk la ummi...
abi : yo lo ko... hehe...


Kesempatan kami balik ke Kuala Terengganu juga, kami dapat menghadiri majlis perkahwinan Zaim dan Salmiah (ex-junior UTM) di Pasir Panjang dan ziarah anak sulong Yasmin dan Fuad (satu batch UTM), Aisyah Humaira di Rusila... ops terlupa pulak nak snap gambar mereka semua... xde rezeki nak berkongsi wajah2 kegembiraan insan2 tersebut ngan sahabat2 yang jauh... sori ye!

Sehari sebelum balik KT, ummi, abi dan pok Ja (Zakiri) sempat menjengah perkahwinan Yusof (junior UTM) dan pasangannya di Selising, KB... waktu kami datang jam dah 6.30 petang, so pengantin pun dah tukar uniform kahwin diorang... tapi time ni kami sempat bergambar... boleh la sahabat2 nak kenal wife usop ni... orang Besut yang masih belajar di Kedah...

Kepada adik-adik lain yang berkahwin dan menjemput kami terutama Musfirah Mespuan dan Durratul Khair Khairullah yang mana tarikh perkahwinan mereka juga dalam cuti sekolah, Kak Mun dan Abg Adib mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadiri majlis kalian... memang asalnya kami bercadang nak ke KL tarikh tu tapi kebetulan pula ada kursus guru yang kak mun wajib hadir, jadi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan... maaf ye...

Doa kami untuk pengantin....
"Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan dan keberkatan dunia akhirat...ameen..."

TAHNIAH!!!

Monday, March 2, 2009

Owh sekolahku begituku rindu....

Baru menghampiri 3 minggu aku di tempat kerja baru iaitu SMU (A) Tarbiah Mardhiah Pancor Kemumin KB... dan aku masih dalam proses mengenal sedikit demi sedikit pengurusan dan bertaaruf dengan sahabat2 pendidik yang seramai hampir 80 orang itu... Aku diberi tugas mengajar subjek Science form 1,3 and 4 beserta Geografi form 1... walaupun option aku Matematik / Matematik Tambahan, tapi sekolah tu dah ramai cikgu Math and tiada subjek Add Math...

Sekolah yang menempatkan 1000 lebih pelajar ini sebenarnya banyak mengimbau kenangan aku sewaktu zaman2 persekolahah dahulu... terlalu banyak suasana yang membawa aku ke zaman
remajaku kerana sekolah ini banyak persamaannya dengan sekolahku dahulu... 5 tahun aku di sekolah agama bawah kerajaan negeri juga iaitu SMA Marang Terengganu... bermula 1995 hingga 1999... walaupun sekolah tersebut bukanlah sekolah elit tetapi di situlah aku telah menimba pelbagai ilmu dan menjalin persahabatan... serta perlahan-lahan mengenal erti perjuangan... dan kenangan manisnya juga, di situlah aku telah dilakarkan sebagai pelajar terbaik SPM...

Kini, sewaktu aku melihat gelagat pelajar yang melintas di hadapanku ataupun aksi pelajar di dalam kelas, selalu yang aku terbayang adalah wajahku di tempat mereka... juga sewaktu aku mengajar, wajah dan gaya guru2ku yang mengajar kepadaku dahulu me
njengah... dari guru2ku di form 1 sehinggalah di form5... dan yang bagusnya hampir semua subjek yang aku pelajari di sekolah aku suka... hehe... rindunya aku pada saat-saat itu... zaman remaja yang menyeronokkan!!!

Aku ingin sekali sampaikan salam rinduku pada guru-guru dan kengkawan ex-SMAM terutama batch aku di Tingkatan 5A... alhamdulillah kami masih lagi keep in touch sebab selalu ada reunion... yang rajin menganjurkannya tak lain tak bukan tentulah Mr Fairuz... Aku mempunyai group kamcing setiap tahun tapi group yang paling menyentuh hati dan kekal hati2 kami berpaut sampai sekarang adalah team 5 orang iaitu Aku, Nurul, Karimah, Rozila dan Ayu... alhamdulillah 3 dari daripada kami sudah 'selamat'... tinggal lagi 2... insyaAllah tak lama lagi la tu... ameen...

Yang mengharukan aku, walaupun sudah 7 tahun meninggalkan sekolah, time kahwinku 2 tahun lepas, cikgu-cikgu ex-sekolahku ada yang datang meraikan hari bahagiaku... terima kasih cikgu dan ustazah! Moga aku juga dapat menjadi pendidik seperti kalian yang tidak jemu2 memastikan kejayaan anak didiknya dunia akhirat... Moga Allah membalas segala jasa kalian dengan balasan yang sebaik-baiknya... ameen...


Bersama cikgu Hasnah yang mengajar aku Sejarah semasa form 3 di SMAMT...


My best friends... dari kiri, Karimah Najihah, Rozila, Munirah (aku), Suharoziatul Nidayu dan Nurul Syadiah..

Saturday, February 28, 2009

Satukan hati2 kami di atas jalan ini...



p/s : Gambar2 ini disnap sewaktu program Family Day Pemuda PAS Kota Bharu di Sudara Beach Resort hujung tahun lepas...

Sunday, February 8, 2009

Perasankah?

Erm... terasa begitu lama blog ini menyepi... aku kini perasan sibuk dengan kerja2 aku... kerja apa ek? erm... sekarang ni nuruddin dah agak aktif... selalu nak bermain je... walaupun diri sedang mengantuk ataupun dah lapar, main tetap main... nuruddin pun dah kurang tidur (syukur la malam tidur lama)... semua ni menyebabkan banyak masa aku diperuntukkan bersamanya... jadi aku pun dah jarang sekali dapat lepak depan pc lama2... except untuk baca berita dari malaysiakini atau ikuti perkembangan blog sahabat2... nak bukak email, layan ym, facebook dan friendster pun selalu tak sempat jer...

Jadi entry kali ini aku selitkan beberapa cerita...


Perak...


Perasaan bercampur baur (sedih yang banyak) bila berlaku peristiwa bersejarah dalam Malaysia sekarang... memang apa yang dilakukan pembangkang kini satu tindakan yang sangat berani (bahaya gak sebenarnya) ... bagi aku pakatan dah jadi macam hero Nordin Ahmad dalam cerita dulu2... "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"... walaupun dalam cerita tu dia akhirnya dibunuh juga padahal hero mana boleh mati... harapnya tiadalah tragedi diISAkan mereka2 yang berkenaan...

Aku agak malas nak cerita panjang2... sebab semua pun dah tahu situasinya... siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ni masing2 mentafsir perlembagaan tersebut ikut kefahaman sendiri... jadi la macam ni... apapun sepatutnya sultan tak perlu t
ergesa2 bagi aku...kan dah jadi macam ni... sape yang susah...

Nuruddin...


Alhamdulillah masih fully breastfeeding (walaupun ada cubaan mengajar untuk dia merasa serba sedikit makanan seperti kurma, pisang, kismis, air masak... tapi belum sepenuhnya makan)... so, tinggal lagi 2 minggu lebih sebelum nuruddin dapat menikmati solid food... erm, menurut doktor nuruddin, untuk permulaan ni kena bagi satu atau dua rasa je dahulu untuk biasakan perut dia menerima contohnya bagi nasi blend dengan carrot...


Perkembangan nuruddin xde sangat, masih lagi di takat berguling-guling dan berpusing-pusing ikut putaran yang dia suka... cuma dia dah tak suka duduk... selalu nak orang buat dia berdiri je (nak berjalan kot)... oleh sebab tu atok kasi hadiah walker untuk nuruddin (terima kasih atok!)... tapi untuk waktu ni kena sendal dengan bantal sebab pinggang dia tak kuat lagi... seronok gak dia dalam tu tapi tak boleh lama... nanti dia boring sebab dia pandai menolak kaki dia je dan walker tu asyik ke belakang... tensen...haha...



Memasak...

Kek or kuih muih diberhentikan sementara kerana bekalan gula sangat terhad di rumah... adoiii... pergi la mana2 kedai or supermarket... tempat gula pasti kosong... tunggu la apa keputusan kerajaan sama ada jadi nak naikkan harga gula or tak... sementara tu sorokkanlah dulu gula2 tu ye wahai pembekal...


Tetapi oleh kerana aku yang dah perasan rajin sikit ni wat la jugak resepi yang tak pakai gula... antara yang special, spegheti krim
putih (guna gak tapi sikit je), macaroni cheese dan salad kentang... anyway macaroni cheese rupanya sangat muak sebab terlalu cheesy... lepas ni sure dah tak buat dah.. gambar pun aku lupa nak amik... tapi salad kentang terpaksa dibuat ulangan sebab best sangat....huhu..



Spegeti dibuat sebab A.Amir dan K.Na ada balik dari KL, jadi untuk mengembirakan Najmi dan adik2nya, Che De (aku) wat la spegeti krim putih kegemaran mereka ni... Abe mi makan menambah-nambah... sedap sangat katanya...hehe...



Gambar terkini...

Inilah keadaan Nuruddin yang umi paling suka sebab umi boleh relaks a.k.a. rehat... yes!



EBM...

Semua stok EBM aku terpaksa dibuang sebab dah nak lebih 3 bulan... rugi jugak rasanya tapi nak buat camna... since aku duk rumah ni memang bagi direct je lah... nak kasik kat orang lain pun sape? Apapun syukur alhamdulillah berjaya bagi sepenuhnya susu ibu untuk nuruddin selama 6 bulan penuh (insyaALLAH) walaupun cabarannya sangat besar...


Antaranya ada gak suara2 luar yang memarahi mengatakan aku menzalimi anak sebab sampai sekarang tak bagi dia makan lagi.... kesian budak tu... asalnya aku terpengaruh gak, tapi bila tanya K.Ha (Chik), nasihatnya mencukupkan 6 bulan itu penting untuk memastikan baby dapat sepenuhnya keperluan dari khasiat susu ibu... dan memang nuruddin kuat menyusu bila dia betul2 lapar dan terus tertidur... moga Allah mudahkan penerusan susu ibu sehingga 2 tahun insyaAllah... ameen...


Perkembangan aku...


Masih still housewife... tunggu gak panggilan YIK dan GSST untuk area Kelantan... YIK kekosongan setakat ni hanya untuk dinniyyah sahaja, akedemik belum ada lagi... GSST plak dah panggil 30 orang dan belum rezeki aku... katanya akan ada lagi panggilan selepas ini... mudah2an ada rezeki untuk aku... ameen... KPLI dan DPLI memang aku tak mintak sebab my hubby tak kasi keje luar kelantan...


Yang pasti aku tak rasa menyesal langsung berhenti keje sebelum sure dapat offer keje lain... satu, sebab fikiran aku lebih tenang, lapang dan gembira sekarang compare ngan waktu bekerja tahun lepas, ketensionan di tempat keje sehingga balik keje... kedua, aku dapat sepenuhnya memberi tumpuan dan menjaga nuruddin sendiri... ketiga, aku dapat fully breastfeeding nuruddin tanpa ada masalah nuruddin taknak minum guna botol... apapun syukur alhamdulillah... pasti ada hikmahnya...


Aku dan hubby sekarang tengah duk usha2 jugak untuk terlibat dengan satu bisnes pertanian... nak tanam apa? hehe... tunggu dan lihat... moga dimudahkan...

Pertandingan
...

Aku ada nak masuk satu pertandingan ni... sangat menarik...

BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

tunggu ye ibu... aku teringin benar untuk turut serta merebut hadiah beg comel tu...


Okey... itu sahaja coretanku kali ni... see you!

Wednesday, December 10, 2008

Korban dan aqiqah

Episod Hari Raya Aidiladha 1429H di kampungku, Chendering Kuala Terengganu...


Bergambar di hari raya...


Suasana di pagi raya... selepas solat Eidiladha... acara makan2...che wat nasi minyak dan k.har wat nasi himpit kuah kacang... makan jangan tak makan...


Selesai makan, jom gi tengok lembu yang bakal dijadikan korban dan aqiqah untuk tahun ni... Kelihatan Tok Ki dan abi bersama lembu yang telah berjaya direbahkan...


ummi dan nuruddin pun nak tolong gak... tolong tengok dan bagi semangat kat abi...


"Owh...aku tak rela..."- adegan yang tak ingin kita lihat-


abi membersihkan perut lembu... caya la...


nuruddin berbaju melayu... hensemnyer...


petang selepas asar, majlis berzanji dan mencukur jambul beramai2 bersama sepupu (tahun ni nenek ngan tok ki dapat 5 orang cucu) dan dua pupu nuruddin (anak sabariah mok cik dan manisah cik manis)...


selepas selesai majlis...


snap gambar pemandangan on d way balik ke Kota Bharu petang raya kedua... cantik kan? Subhanallah..


Tambahan: actually ada video semasa penyembelihan lembu dan majlis berzanji.. tapi software untuk edit video sedikit ber'onar', jadi lain kali la kami upload insyaAllah...

Wednesday, December 3, 2008

1st anniversary....

2/12/2007 tarikh yang sangat bermakna dalam hidupku.... di ketika usia 25 tahun, aku selamat menjadi isteri kepada seseorang... Haji Adib Faisal Bin Haji Yaacob....

Di tarikh keramat ini, fikiran banyak mengimbau kenangan2 di mana titik mula kami bertemu...

Beliau kukenali semasa tahun kedua aku di UTM Skudai lagi... namun kenal sekadar kenal sahaja... berprogram sekali sebagai peserta... jauh sekali kami pernah berbual mesra ataupun berjumpa untuk tempoh masa yang lama... kecuali jika ada perkara rasmi seperti meeting atau usrah atau program yang melibatkan kedatangan kami berdua....

Kami satu batch dan sama umur, namun kursus kami berbeza... engineering dan komputer... Kedua2 kami pernah memegang pos yang penting sewaktu di Univesiti namun takdir tidak menentukan kami satu sesi ataupun satu port folio... kecuali hanya sempat satu waktu semasa masih junior sama2 memegang port folio tarbiah dengan mewakili kolej masing2...

Kami banyak berbeza pandangan... pernah sekali aku menegur tulisan email yang diforward kurang sopan sewaktu menumpang keretanya... alhamdulillah rupa-rupanya pemuda berjiwa pejuang ini begitu mudah menerima teguran... namun tidak pernah terfikir di fikiran ini sepanjang aku mengenali beliau bahawa pemuda ini bakal menjadi imamku suatu hari nanti...

Akhirnya aku meninggalkan UTM pada November 2004 dan membina kerjaya... kerja...kerja dan kerja... perancangan hidupku banyak meliputi kejayaan sebuah kerjaya bersama kehidupan bonda dan ayahanda tersayang...

Hinggalah pada April 2006 aku ditakdim... solat istikharah... solat hajat.... solat istikharah... solat hajat.... dan ianya mengambil masa selama seminggu untuk memastikan result sebenar keluar... alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan kami bertaaruf serta menjaga dengan sebaiknya ikatan sementara ini agar diberkati olehNya... sehinggalah kami disatukan apabila hati kami benar2 mantap dan bersedia untuk membina BAITUL MUSLIM pada tarikh 2 Dec 2007...

Alhamdulillah sudah setahun kami melayari bahtera rumahtangga ini dan Allah telah mengurniakan seorang putera kepada kami, Adib Nuruddin, 3 months old... ummi kandungkan Nuruddin tak sampai 9 bulan rupanya... apapun syukur semuanya selamat.... moga ALlah kurniakan yang terbaik untuk kami sekeluarga dunia akhirat....

Apa yang pasti lebih manis mengenang saat bercinta selepas kahwin kerana detik2 itulah kami mula mengenali sedikit demi sedikit watak, hati dan budi masing2... dan di waktu inilah dibolehkan mencurah sepenuhnya kasih sayang kerana telah berada di landasan yang sebenarnya...

Sebagai tanda menghargai saat2 manis dan juga kegembiraan hati kami terhadap tarikh ini, kami bertiga sempat gi dinner malam tadi... walaupun asalnya nak makan kat secret recipe... di saat akhir kami terasa nak makan McD plak... jadi hanya membeli kek di secret recipe dan makan burger di McD... walaupun memilih tempat yang xde la special sangat tapi cukup untuk kami bertiga rasa bahagia dan gembira...

On da way ke tempat usrah ummi dan meeting abi sebelum dinner di KB Mall...


Kek blueberry cheese pilihan abi dan yogurt cheese pilihan ummi...


2 set McD yang diorder... set Nuruddin sekali ngan ummi... ummi tolong makan ek...


Dah selesai makan, Nuruddin pun bangun... alhamdulillah anak ummi pandai bagi can privacy untuk ummi dan abi... kat secret recipe tadi menangis je... rupanya nak tido kat McD...

p/s : terima kasih abang kerana memilih mun untuk menjadi suri hidup abang... moga kita saling melengkapi dan moga baitul muslim yang dibina ini diberkati oleh Allah.... ameen...

Mangsa Banjir...

Setelah menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa ternyata lebih sukar mencuri masa untuk mengadap pc berinternet.... pelik kan... erm... mayb disebabkan kami antara ribuan mangsa banjir yang melanda pantai timur sekarang...

Ekoran hujan lebat tak berhenti malam Isnin bebaru ni, paras air 180mm... kami sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu ke bilik atas disebabkan kebanjiran yang melanda bilik kami... sekarang masih menetap di bilik sementara memandangkan operasi mengemas sedang dilakukan beransur-ansur...

Sebenarnya mengikut cerita suami, sudah lebih 10 tahun setiap kali monsun timur laut datang, air tidak akan masuk ke dalam rumah... ujian Allah untuk kami... Alhamdulillah, di KB sekarang sudah kelihatan matahari dan paras air sudah berada di takat yang selamat....

Inilah rupa bilik kami ketika dimasuki air malam kejadian ;)...

Tuesday, November 18, 2008

Allah Selamatkan Abi....


"Allah selamatkan abi...
Allah selamatkan ummi...
Allah selamatkan abiku dan ummiku sayang...
Allah selamatkan abi dan ummi..."

Lagu yang dinyanyikan oleh Nuruddin sempena birthday abinya yang ke 26... anyway Happy Birthday abang... moga nikmat umur, kesihatan, rezeki dan banyak lagi yang dianugerahkan Allah diberkatiNya...

Ingatkan dapat sambut birthday abang di KL... boleh celebrate tempat best2 sikit... tapi x dapat sambung cuti nak wat camna... sedis... kami sambut ala kadar je petang semalam... bersama kek coklat bulat2 yang best, cookies dari famous amos beserta hadiah perfume istimewa untuk abang...

Nuruddin kasi apa untuk abi?

Owh.. nak jadi anak yang soleh, mujahid, pintar, bagi kegembiraan dunia akhirat untuk abi dan ummi nanti, insyaAllah...

ameen... ameen... ameen... abi dan ummi doakan moga menjadi kenyataan...

Apa yang penting di tarikh lahir kita adalah muhasabah tentang bertambahnya umur yang Allah beri moga2 selari dengan pertambahan amal kita... dan semoga birthday pertama sebagai suami ini benar2 memberi makna dalam hidup abang...

Cuti Sekolah???

13 November merupakan tarikh terakhir persekolahan... hati aku pun dah mula berbunga-bunga ceria... pelbagai tempat dirancang untuk menghabiskan cuti... rumah che di Chendering? jalan2 ke KL? memenuhi undangan ke Perlis? lawatan ke Langkawi yang diurus oleh sekolah? Erm... rupa-rupanya cuti kami tak lama... hari Ahad sahaja, hari Isnin minggu depan dan seterusnya masih bekerja seperti biasa... ingatkan cikgu pun boleh cuti sama macam pelajar, rupa-rupanya kami semua (baca :mualim dan muallimah) masih perlu ke sekolah sehingga habis bulan November ini...

Hasil mesyuarat keluarga, kami memutuskan untuk ke Kuala Lumpur... alasan pertama, hubbyku ada meeting alumni UTM di Kuala Lumpur dan tambahan alasan adalah untuk menziarahi adik beradik dan bapa saudara kami memandangkan ada adik beradikku yang masih tidak mengenali hubbyku kerana kami jarang sekali dapat bersua... sambil2 tu dapat la kami mengenali rumah mereka... walaupun tempoh 4 hari 3 malam tidak cukup untuk memenuhi kedatangan semua rumah adik beradik kami di KL, namun memadai la untuk satu permulaan kepada pengenalan yang lebih jauh selepas ini... bayangkan, aku ada 3 orang abang dan 2 orang kakak di KL manakala hubbyku ada 3 orang abang dan sorang kakak serta sorang bapa saudara di KL... jumlah semuanya 10 kelurga... mana sempat... (maaf pada abang2 dan kakak2 yang kami tidak sempat jumpa tempoh hari)...

------------------------------------------------------------------

Sedikit laporan perjalanan kami ketika di Kuala Lumpur...

Khamis, 13 November jam 3.00 petang bertolak dari sekolah terus ke Kuala Lumpur... sampai jam 12 malam di rumah Abe Amir dan Kak Na di Shah Alam... aktiviti borak2 dan tidur....

Jumaat, 14 Nov jam 12 tengahari keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur... gi Midvalley Megamall sampai petang... terus ke rumah Abe Yeh dan Kak Nor di Puchong... oleh kerana jalan jem, 8.30 malam baru sampai... seperti biasa, aktiviti borak2 dan tidur...

Sabtu, 15 Nov jam 10 pagi bertolak ke tempat meeting di Puchong... selesai meeting jam 1 tengahari terus ke Sungai Merap Kajang, rumah Abe 'Ad dan Kak Zah... makan masak tempoyak ikan patin temerloh... borak2 dan rehat2 sementara tunggu Kak Ha yang baru habis on call tapi tak muncul2 juga... then jam 6 petang kami terus bergerak ke rumah Kak Lah di Kajang untuk bermalam di sana... aktiviti borak2 dan tidur...

Ahad, 16 Nov sepatutnya ada meeting di Serdang tetapi telah dibatalkan... kami ubah jadual, jam 9 pagi kami ke rumah Pok Su Im dan Mok Su Ze di Putrajaya, aktiviti mengenal menantu (walaupun agak terlewat)... then pukul 11 pagi ke Alamanda dan round2 Putrajaya... jam 2 petang bergerak ke destinasi terakhir, ke rumah abang Pie dan Kak Syam di Cheras Baru... pukul 3.30 petang baru tayar kereta bergolek pulang ke Kota Bharu kembali... 12 tengah malam selamat tiba di Kampung Kota, Kota Bharu...

---------------------------------------------------------------------

Esoknya Isnin, kembali bertugas...

Monday, November 10, 2008

Kerjaya yang sejahtera...

Semalam dipanggil oleh pengetua untuk mengesahkan bahawa adakah aku benar-benar ingin berhenti dari terus berkhidmat di sekolah ini atau tidak...dan seperti nekadku...dengan gembira aku lafazkan..."ya ustaz, saya confirm berhenti..." sedikit perbualan selepas itu dan aku tenang keluar dari biliknya... Walaupun aku belum confirm dapat mana2 tawaran lain, namun aku sudah sebulat hati memang ingin meninggalkan sekolah yang hampir setahun kukenali ini... sebenarnya nak berhenti lagi awal tapi terikat dengan kontrak setahun... kalau dilanggar kena bayar RM1000...

Pertama kali dalam hidupku aku merasakan pengalaman kerja paling 'hampeh' sebigini... sepanjang tahun aku alami perasaan ketidakgembiraan ini... setiap hari aku dapat merasa kemalasan ke sekolah walaupun pengangkutan tidak sesusah dahulu.... dahulu aku cuma merempit motosikal honda EX5 yang dibeli waktu di UTM untuk ke sekolah tapi sekarang aku dapat drive Waja hari2.... namun apabila hati dah tak best tu tak best jugakla...huhu.... Namun mujur la masih tercetus rasa gembira dapat mengajar anak bangsa terutamanya subjek fovouriteku, add math...

Aku tidak pernah ada pengalaman lain dalam bekerja... sepanjang belajar langsung aku tidak berpeluang menimba pengalaman dalam apa-apa pekerjaan... hanya setelah grad November 2004 aku start memohon kerja... Januari 2005 aku dapat mengajar sebagai guru dan pegawai IT di Maahad Tahfiz Tok Jiring... selama 8 bulan di sana, aku dipanggil untuk satu interview guru di Kuantan, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (sekolah tempat kakak aku mengajar), hari tu jugak dapat jawapan, aku diterima... oleh kerana gajinya lebih tinggi, aku terus memohon untuk berhenti dengan sekolah lama... Penaung sekolah, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik memujuk juga agar berfikir lebih jauh berkenaan perjuangan yang masih panjang.... namun aku nekad untuk menimba pengalaman baru di tempat baru...

3 bulan aku di Kuantan aku dipanggil lagi untuk interview lecturer di kolej Swasta di Melaka, selesai interview aku dapat jawapan bahawa aku diterima juga... esoknya aku maklum ke sekolah untuk berhenti... tetapi telah dipujuk oleh pengetuaku yang tersayang...Ustaz Mohd Shukry Bin Jusoh... aku berfikir lama untuk tawaran kali ini... dan akhirnya aku membuat keputusan untuk stay sahaja di Al-Irsyad memandangkan aku baru je memberi khidmat dan hatiku juga sudah jatuh cinta ke sekolah ini...

Mulalah perjalanan hidupku di Kuantan selama 2 tahun 4 bulan....aku telah mendapat bermacam2 pengalaman menarik di sini...walaupun cabarannya tetap ada dan pernah juga beberapa kali air mata ini tumpah di bumi Al-Irsyad namun aku gembira dengan tautan kuat dan indah yang terbina di sini... komitmen aku dengan parti juga bertambah baik... macam2 suka duka dan kenangan tercipta yang masih segar di memori ini... aku rindu untuk berjumpa sahabat2 di sana....yang dianggap seperti keluarga...ada ayah yang baik... mak yang garang dan yang pasti ramai kakak2 yang best.... tak lupa sahabat2 rumah sewaku yang sporting...bahagia kami menghabiskan waktu di sana...

Di Al-Irsyad ramai yang sanggup berkorban dan terkorban.... kita juga akan terheret dalam pengorbanan yang mengembirakan ini.... sampaikan kita akan jumpa mereka yang sudah belasan tahun bekerja di sana bermula dengan gaji yang sangat rendah... namun oleh kerana kefahaman yang jelas tentang perjuangan untuk apa sekolah itu dibina, segala keperitan dibalas dengan senyuman yang indah... semangat ibu bapa yang sukar untuk kita jumpa di mana2 sekolah juga ada di Al-Irsyad... roh kekuatan Al-Irsyad dibina dengan kerjasama yang erat oleh semua pihak yang ingin melihat kelangsungan tarbiyyah yang jelas dan sejahtera...

Aku dengan hati yang berat (walaupun waktu tu gembira sebab nak kahwin)... meninggalkan Al-Irsyad dengan segala memori sebuah kerjayaku di kembaraan kehidupan ini... namun sms, call, chatting, email, dan berblogging menjadikan hubunganku tidak putus dengan mereka yang masih di sana, malah masih juga keep in touch dengan bekas2 pelajarku... alhamdulillah ramai yang berjaya menjadi insan yang seperti kita semua harapkan... yang penting jalan tarbiyyah ini akan terus berjalan dan berjalan seperti mata rantai yang sentiasa bersambung.....

Sekarang... aku di sini... di Kota Bharu Bandaraya Islam Kelantan... membina dunia baru bersama suami tercinta dan alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang anak kepadaku... moga kerjayaku selepas ini lebih baik dan lebih bersinar dari sebelumnya.... ameen...sahabat2 doakan aku juga ye....terima kasih....

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers