mok su : "sheikh nuruddin, gigi dah berapa batang tumbuh?"
nuruddin : "ha... ni nuruddin nak tunjuk kat mok su... kira la..."
yang ni nampak satu je kat bawah... tumbuh masa cuti sekolah baru-baru ni di rumah nenek chendering... time ni demam kejap je pagi tu tapi yang perasannya dia tak berselera nak makan nasi... asyik duk main gusi dan gigi tu dengan lidahnya... mujurla tak meragam... agaknya seronok dapat bermain dengan kawan-kawan (sepupunya) di kampung nenek...

sampai terdongak nak tunjuk gigi yang kat atas tu baru tumbuh sikit... itupun tak berapa nampak sangat kan...

"senyum macam ni baru boleh nampak kan umi..."
kadang-kadang nuruddin suka lagakan kedua-dua batang gigi atas dan bawahnya tu sebab berbunyi... kruk kruk kruk...
Biasanya kita tengok bayi tumbuh dua batang gigi bawah atau dua batang gigi atas dahulu (macam gigi arnab), tapi kes nuruddin ni tumbuh bahagian bawah dahulu sebatang dan atas pula sebatang... huhu...
Kata orang, biasanya bahagian gusi yang banyak dia gunakan akan tumbuh gigi dahulu... Kadar tumbuh cepat dan lambat gigi tu tak tau pulak kenapa? ada sapa-sapa yang tahu?
p/s : Umi ada tips nak kongsi untuk ibu-ibu yang mengalami masalah anak menggigit B kita bila dia dah tumbuh gigi... cara ni umi tanyakan kakak umi (Che Ngah a.k.a K.Ha) yang berpengalaman breastfeed semua anak-anaknya seramai 7 orang itu... caranya ialah apabila anak kita start menggigit, kita sembamkan B kita ke mukanya (jangan lama sangat), jadi dia akan berasa agak lemas dan lepaskan gigitan (sebab nak bernafas)... bila kita buat macam tu selalu, dia akan rasa bahaya menggigit sebab boleh lemas.. hehe.. setakat ni ilmu tu umi pakai untuk nuruddin dan alhamdulillah berjaya... so, untill now umi still breastfeeding nuruddin tanpa FM milk... syukur alhamdulillah... tinggal lagi setahun 2 bulan insyaAllah... ameen..
Kata orang, biasanya bahagian gusi yang banyak dia gunakan akan tumbuh gigi dahulu... Kadar tumbuh cepat dan lambat gigi tu tak tau pulak kenapa? ada sapa-sapa yang tahu?




































