Showing posts with label aktiviti luar. Show all posts
Showing posts with label aktiviti luar. Show all posts

Saturday, May 23, 2009

Laporan Nisa Indoor Games...



Ops... lupa pulak pasal Nisa Indoor Games hari tu... walaupun dah basi, umi nak laporkan jugak... umi hanya mampu memberikan Kelantan tempat keempat daripada keseluruhan negeri yang bertanding... pada mulanya umi dah berada pada kedudukan yang selesa selepas 3 papan umi menang, dan untuk papan yang keempat, umi bertemu junior KTC dan UTM umi iaitu makcik Uyun yang mewakili Johor... terus umi kalah... kakak kena mengalah pada adik untuk kasik dia menang.. haha.. jangan marah Uyun...

Walaupun mata umi lebih selesa daripadanya, lebihan papan yang dimenangi membuatkan umi kalah jua...
Tak kisahlah, yang penting abi menang dua kali acara dart dan chess melalui walk in individu.. kira berbaloi juga abi teman umi ke sana... dan lebih mengembirakan bertemu sahabat-sahabat Nisa' dari Pahang, Johor, Selangor dan Terengganu yang telah lama tidak bersua...

Last... terima kasih pada k.Sarah yang memberi kami rumah sebiji dan kereta sebiji untuk digunakan sepanjang kami berada di KL time tu... dan tahniah dapat baby girl... tak sempat jumpa Maryam... len kali insyaALlah...


jalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam..

Thursday, April 23, 2009

Memori Nisa' Games...

InsyaAllah jam 2.30 petang esok, ummi, abi dan nuruddin bersama-sama kontinjen dari Kelantan akan bertolak ke Shah Alam, Selangor untuk menyertai Nisa Indoor Games 2009 di sana... ummi dihantar sebagai wakil peserta peringkat dewasa negeri Kelantan untuk pertandingan catur... sememangnya kalau boleh ummi nak menang... namun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana apa yang lebih penting adalah pengalaman yang ingin dikutip disamping mengambil peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat Nisa' dari Pahang, Terengganu dan Selangor khususnya...

Pada mulanya agenda hujung minggu ini telah dirancang lama oleh ma dan abah untuk membawa kami bersama-sama pasangan pengantin baru, Ayoh Zu dan Che Ja ke Pulau Redang... nuruddin pun dah seronok nak pergi... tetiba ummi dimaklumkan Nisa Indoor Games jatuh pada tarikh yang sama... memang ummi serba salah juga kerana kedua-dua program ini ada valu
enya yang tersendiri... dan abi memberi peluang kepada ummi untuk membuat keputusan yang ummi inginkan... setelah puas ummi berfikir, akhirnya ummi membuat keputusan untuk menyertai Nisa Indoor Games... abi menyokong sepenuhnya... thanx abi...

Imbas tentang kenangan 2 tahun yang lalu pada 17 Februari, Nisa Games 2007 telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan... ummi pada waktu itu mewakili kontinjen Pahang dan menjadi pemain bola tampar... abi juga terlibat secara langsung sebagai krew Kelantan TV... sempatla kami berselisih secara kebetulan sebelum ummi menuju ke kereta K.Ida untuk pulang ke Terengganu malam terakhir program... dan relationship itu tetap menjadi rahsia kami dari pengetahuan sahabat-sahabat sehinggalah surat kahwin siap dicetak dan diedar 9 bulan selepas itu...
maaf semua!

Jom imbas kenangan-kenangan yang tercipta di Nisa Games 2007...



Kontinjen Terengganu membuat perarakan...


Pasukan Pahang mengibarkan kain rentang setelah diumum pasukan terbaik keseluruhan... yahoooo!

abi bersama krew Kelantan TV bergambar dengan Ruqqaya Al Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun 2006...

“Saya juga berharap atlet iltizam dengan pakaian Islam serta menutup aurat walau di mana sahaja berada, termasuk ketika bersukan, sebab ia jelas tidak menghalang seseorang itu aktif dalam sukan,” -Ruqayya Al Ghasara

Wednesday, February 25, 2009

Nisa Indoor Games...

Sabtu bebaru ni di Perkarangan Medan Usahawan menyaksikan pertandingan Catur Terbuka Nisa Indoor Games untuk mewakili Kelantan bagi Nisa Indoor Games di Kuala Lumpur bulan April nanti... banyak acara permainan indoor ni antaranya congkak, catur, carom, dam aji, dart dan macam-macam lagi... kami bahagikan pertandingan by kawasan... dan Nisa' Kota Bharu ditugaskan menganjur pertandingan catur...



Oleh kerana aku salah seorang AJK yang terlibat iaitu sebagai Ketua Pertandingan dan juga merangkap salah seorang peserta peringkat dewasa, jadi aku teruja untuk mencoretkan sesuatu di sini sebagai kenangan... Lebih-lebih lagi aku telah menang sebagai johan peringkat dewasa dan bakal berentap di peringkat pusat nanti...


Tahun 2006 Nisa' Malaysia telah mengajurkan Nisa' Games di Kelantan dan aku sempat mewakili negeri Pahang sebagai pasukan bola tampar.... manakala tahun 2009 ini pula Nisa' Malaysia menganjurkan Nisa Indoor Games di Kuala Lumpur dan aku dapat turut serta sebagai pemain catur pula...


Walaupun my hubby bertindak sebagai hakim pertandingan ni... namun keputusan diadili dengan saksama... main catur mana boleh ngelat-ngelat... kan abi kan.. nuruddin pun ada untuk memberi sokongan pada ummi... thanx to both of u...



Inilah antara gambar yang sempat dikongsi sepanjang program berlangsung.... tunggu Kuala Lumpur... aku akan turun ke sana bulan April nanti!!!

Sunday, January 18, 2009

Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu

Alhamdulillah... akhirnya PAS menang di Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu... takbir! Allahuakbar!!!

Aku pulang ke Chendering hari Selasa lagi untuk bersama2 melihat kemeriahan menghadapi Pilhan Raya di kuala terengganu... dan kami sekeluarga (baca:che ayah dan adik beradik) semua mengundi di Sekolah Menengah Chendering bagi Dun Batu Buruk pada 17 hb, semalam...

Di tempat membuang undi, seperti biasa aku akan berjumpa semula kawan2 sepermainan sewaktu kecil2 dahulu... sememangnya beginilah setiap kali adanya pilihan raya kerana pilihan
raya ibarat reunion kecil yang tidak disangka2... biasanya kawan2 sekolah rendahlah yang ramai dijumpai...

Berbalik kepada pilihan raya, memang diakui hati agak ragu2 untuk merasa kemenangan bakal menjadi milik PAS kerana melihat kepada gaya kempen yang melampau2 oleh puak BN dan UMNO... kampung aku memang kubu kuat BN, jiran2 yang biru mata hitamnya ini siap mengibarkan bendera UMNO dan BN di sekitar rumah... dan mengkhabarkan pelbagai barang dan beratus2 duit mereka perolehi dari BN hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi...


Kumpulan2 BN juga sering kelihatan membuat kempen bergerak (gash) dari rumah ke rumah beserta hadiah2... suasana yang tidak pernah aku jumpai ketika menghadapi pilihan raya sebelum2 ini... hebat sungguh kempen dan duit yang mereka habiskan! Namun, keluargaku yang sudah diketahui umum tidak berpihak kepada mereka sememangnya tidak mendapat apa2 langsung dari parti dacing senget sebelah itu...

Mujur juga ada sekali lagi pilihan raya ini, selain PAS mendapat kerusi Parlimen, kami adik beradik dapat berkumpul beramai2... riuh rumah che ayah di Chendering... memang rindu nak merasai suasana bergembira bersama adik beradik yang ramai ini sebab kami sudah jarang sekali dapat berkumpul begini selalu... selain hari raya (itu pun 2 tahun sekali sebab ikut giliran), masa seperti inilah yang dicari... beginilah resam adik beradik setelah masing2 berkahwin dan berkeluarga... sesekali dapat berkumpul bersama seperti zaman2 semua orang masih bujang dan bersekolah dahulu alangkah seronoknya!

Kami sempat snap gambar sekitar Pilihan Raya... jom layan....








Monday, December 1, 2008

Family Day Nisa' Kota Bharu

Pada 27 dan 28 Nov bebaru ni, kami sekeluarga sempat menyertai family day dan rehlah Nisa' Kota Bharu di Hasbullah Chalet Bachok... walaupun program di tepi pantai tetapi aktiviti mandi laut adalah dilarang sama sekali... ombak amat menakutkan waktu ini...

Walaupun program Nisa', zaujun2 yang datang ramainya di kalangan pemuda, jadi mereka dah mengenali satu sama lain menjadikan program lebih meriah dan suasana tidak janggal...

Alhamdulillah jika ramai yang memilih pasangan yang satu jemaah membawa lebih mata untuk membina baitul muslim yang terlibat dalam perjuangan... zaujah bersama Nisa' atau muslimat dan zaujun bersama pemuda...

Program 2 hari 1 malam ini cukup memberi makna pada kami semua... kepada ketua Nisa', Kak Haslinie dan barisan AJK Nisa' KB yang berusaha, buat lagi ye tahun hadapan ;)... Arigato gozaimas!

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers