Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, January 28, 2009

Birthday Ma Tok

30 Januari merupakan birthday ma tok yang ke 60... biasanya setiap kali birthday ma, K.Nasuha (K.Ha) akan celebrate makan2 di New Horizon Garden... tapi tahun ni diawalkan kerana berkebetulan kak ha, abe yeh dan kak nor ada pulang, jadi berpakat la mereka nak wat surprise birthday untuk ma di rumah sahaja dengan membeli chocolate indulgence cake di secret recipe...


Selepas sama2 berdoa dan ameenkan doa yang dibaca oleh abah, ma pun potong kek sambil dibantu oleh Zofri yang paling excited hari tu... macam birthday dia plak sebab punyalah Zofri teruja, hadiah ma tok pun dia yang tolong bukakkan... hehe...


Ma berkongsi kegembiraan dengan suami tercinta, abah bersama hadiah dari anak2...


Atok, Ma Tok, Nuruddin dan Chik (K.Ha)... sian nuruddin xleh makan pun kek tu... meleleh-leleh air liur tengok sume orang duk makan...


Kak Ha masak spaghetti bolognese petang tu sambil dibantu oleh aku (sambil2 belajar....lepas ni boleh wat sendiri...)

dan aku cuma buat puding roti mixed fruit malam tadi...


"Happy Birthday ma!!! Moga diberkati umur yang lalu dan akan datang... ameen...", dari mun, abe cha dan nuruddin...

Friday, January 9, 2009

Uncle???



Kedatangan pakcik asyrul dan keluarganya ke rumah ma abah di Kota Bharu bebaru ni... sebabnya adik asyrul (depan, baju putih) akan melanjutkan pelajaran di Sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong untuk kemasukan tingkatan 1... mereka sekeluarga bermalam di rumah kami sebelum mendaftar pagi esoknya...

Dapat la 2 sahabat (atas, 2 orang dari kiri) lepak2 bersama malam tadi...
ingatkan bila Presiden dan SU KSPro ni berjumpa banyak la dapat berbincang pasal perkembangan kelab tapi nampaknya suasana KL juga yang banyak memberi inspirasi untuk perbincangan ke arah itu...

Dalam gambar ni x kelihatan nuruddin sebab dia tengah syok tidur, malas nak angkat dia, sian pulak sebab awal2 pagi lagi depa ni dah nak beransur2 bertolak, jauh Pulai Condong dan KB sekitar 45 minit perjalanan juga...

Kepada adik asyrul, moga menjadi al-hafiz yang cemerlang!ameen...

Wednesday, December 10, 2008

Korban dan aqiqah

Episod Hari Raya Aidiladha 1429H di kampungku, Chendering Kuala Terengganu...


Bergambar di hari raya...


Suasana di pagi raya... selepas solat Eidiladha... acara makan2...che wat nasi minyak dan k.har wat nasi himpit kuah kacang... makan jangan tak makan...


Selesai makan, jom gi tengok lembu yang bakal dijadikan korban dan aqiqah untuk tahun ni... Kelihatan Tok Ki dan abi bersama lembu yang telah berjaya direbahkan...


ummi dan nuruddin pun nak tolong gak... tolong tengok dan bagi semangat kat abi...


"Owh...aku tak rela..."- adegan yang tak ingin kita lihat-


abi membersihkan perut lembu... caya la...


nuruddin berbaju melayu... hensemnyer...


petang selepas asar, majlis berzanji dan mencukur jambul beramai2 bersama sepupu (tahun ni nenek ngan tok ki dapat 5 orang cucu) dan dua pupu nuruddin (anak sabariah mok cik dan manisah cik manis)...


selepas selesai majlis...


snap gambar pemandangan on d way balik ke Kota Bharu petang raya kedua... cantik kan? Subhanallah..


Tambahan: actually ada video semasa penyembelihan lembu dan majlis berzanji.. tapi software untuk edit video sedikit ber'onar', jadi lain kali la kami upload insyaAllah...

Saturday, October 11, 2008

Salam Untuk Perantau...

Salam...

Disebabkan oleh permintaan dari adikku, Norzifah untuk melihat gambar2 ahli keluarga kami yang terkini terutamanya anak2 sedara dia yang ramai dah dia tak tengok lagi...jadi aku postkan la kat blog ni perkembangan terbaru adik beradik aku...sian gak kat dia dah 3 tahun tak balik beraya di Malaysia ni..."rindu gila unta kat antum semua", katanya...(berahi benor adik kat unta sekarang ni ye...korang dah jadi kawan baik ek ;)... ). So, aku bagi can la dia (adik aku) tatap puas2 gambar kami adik beradik ni...

Kepada Norzifah harap berpuas hati ngan gambar terkini kami semua...dan moga Allah temukan kita jua nanti...bersabarlah menempuh cabaran hidup di sana...kuatkan semangat untuk terus berjuang menuntut ilmu ALlah yang banyak ni...harap terus kuat dan tabah...kami semua yakin dengan kecekalanmu...good luck adikku!


Our parents, Che dan ayah tersayang...
Che Ku Teh Binti Che Ku Mahmud dan Embong Bin Mamat

Anak pertama : Faridah ( Kak Dah)
Faridah + Abang Badrul Hisyam
Muhammad Luqman Hakim, Muhammad Adam Fikri dan Muhammad Muaz Iqbal

Anak kedua : Zulkifli (Abang Pie)
Zulkifli + Syamsiah
Nurul Saadah, Muhammad Umar Yusof, Anis Mawaddah, Ainul Mardhiah dan terbaru Muhammad Anas Mansor
p/s: atas dukungan K.Syam tu anak A.Sir...masa amik gambor a.Sir sekeluarga, Aisyah tengah tido...

Anak Ketiga : Syafiee (Abg Sa)
Syafiee + Yosni Suhaila
Kembar Asy Syifa dan Asy Syaima', Ahmad Mukhlis dan terbaru Maghfirah

Anak keempat : Muhammad Hamka (Abg Ka)
Hamka + Nurhaniza
Muhammad Haikal, Muhammad Adha, Najiha dan terbaru Muhammad Hazkir


Anak kelima : Mohd Nasir (Abg Sir)
Nasir + Nor Zehan
Muhammad Naim, Muhammad Najmi dan terbaru Aishah (atas dukungan Kak Syam)

Anak keenam : Rodiyah (Kak Loo)
Rodiyah + Wan Aminuddin
Wan Muhammad Huzaifah dan terbaru Wan Muhammad Umair
p/s : gambor abg amin x sempat disnap sbb dia balik raya kejap je pagi tu ptg dah masuk keje balik...biasa la petronas..

Anak ketujuh : Munirah (Pemilik blog)
Munirah + Adib Faisal
Adib Nuruddin

Anak kelapan : Norzifah (orang panggil dia adik...)


Last : Maisarah (Bongsu)
Oleh kerana dia pun masih belajar cam kakak atas dia tu dan tak kahwin lagi, jadi amik gambar dia ngan che ayoh la...sian plak kalu amik gambar dia sorg2 jah....

Ha...ada lagi... special person in our life... siapa lagi kalu bukan kakak kesayangan kita...K.Har (Norlehar Embong)... tapi sori ye, terlupa nak amik gambar k.har sekeluarga... yg ni pun kira ok la ek... anak k.har masih 7... yg paling kecik tapi sekarang dah besar, Fadhil Nur... Imran (yang sulong) xde raya tahun ni.. beraya kat oversea 1st time...

Kat bawah ni ada slide hari raya di umah che ayah kat chendering untuk tatapan adik bagi pengubat sedih di kala sunyi...



Tambahan : Adik Abg Adib (Nabila Hanis) akan naik flight pada subuh 16 Oktober ke Kaherah, Mesir... dia bawa sekali handset adik... jangan lupa carik dia di rumah Kelantan or dia akan carik adik di rumah Terengganu... Ni gambar dia... Dia sebaya ngan Imran dan sama2 course medic...


Gambar Raya 1



Gambar Raya 2

Friday, October 10, 2008

Raya yang Disyukuri...

Raya Aidilfitri tahun ni merupakan yang paling istimewa dalam hidupku...pertama kali raya bersama suami dan anak...anyway raya setiap tahun pun best...best waktu bujang...manja2 dengan che ayah...abang2...kakak2...dan adik2...namun sifat kemanjaan dengan mereka tidak kurang malah masih kekal walaupun aku dah bergelar isteri...dan yang paling tragis bila pagi2 raya yang syahdu tu aku terlupa langsung nak salam tangan suami tercinta...x teringat langsung...dah terbiasa salam ngan che ayah dan adik beradik lain jah...padahal malam tadi bukan main berangan pagi2 raya nanti nak karang ayat2 best sambil cium tangan abang...isk...isk...maaf ye abang...dan yang pasti sekarang kehidupan lebih bermakna dengan adanya suami dan anak di sisi sebab dah semakin bertambah manusia yang perlu disayangi dan menyayangi kita...alhamdulillah...

Sehari sebelum Raya sempat mengemas rumah sampaikan exhausted dan sakit2 belakang...dah tak kira belum habis pantang, bertungkus lumus juga tolong Sarah dan Kak Loo (Rodiyah) mengemas...malamnya dah penat sangat...che suruh berehat...risau gak tengok orang yang baru 35 hari lepas beranak buat itu dan ini....

Pukul 12 malam bangun kembali bila badan dah rasa sihat selepas melalui proses rechargable tenaga yang baik... sebabnya dah cadang ngan abang nak buat trifle malam ni... sempat la menyiapkan 2 biji trifle yang besar... sambil2 tolong che buat nasi dagang kat dapur...

Tahun ni memang genap 30 hari sepanjang Ramadhan aku tak dapat berpuasa...sedih memang sedih...tak dapat nak gambarkan betapa aku rasa asing sangat...betapa berkurangnya penghayatan aku terhadap Ramadhan tahun ni...tak dapat khatamkan Quran... bertarawih... bertadarrus... bersahur... berbuka... berqiamullail... dan macam2 lagi... lainnya aku rasa... sementelah baru pertama kali mendapat anak memang masa dirasakan begitu pantas berlalu bila asyik melayan anak dan kesihatan kita yang baru nak pulih... tetiba je siang... eh, dah malam ke... macam kejap sangat... sedar tak sedar dah Syawal rupanya... namun semuanya ada hikmah yang tersembunyi... syukur dan redha dengan perancanganNya... Bila aku check kalender hijrah tarikh lahir aku jatuh pada 2 Ramadhan...besar hikmahnya kan... ;) Moga kekuatan diberikan oleh Allah kepadaku agar aku cepat2 dapat melangsaikan semua hutang puasa aku dengan segera dan sebaiknya insyaAllah...ameen...















Raya Aidilfitri di Chendering suasana kampung...sebab hampir semua jiran tetangga ada hubungan saudara dengan che dan ayah...dan selepas solat raya memang amalan berkunjung mengunjung sangat2 dirasai...suasana raya memang meriah setiap tahun di Raya pertama sebab che orang yang dihormati di kampung sebagai Tok Guru mengaji...jadi ramai la anak2 murid che yang datang berkunjung di hari raya ni...kami memang penat melayan tetamu begini saban tahun...

Mujur kami adik beradik bersama keluarga masing2 sempat ju
gak mencurik masa (dengan izin che) untuk keluar ziarah mak2 sedara yang jarang2 kami dapat jumpa ni...mujur juga umah mereka semua cuma perlu berjalan kaki sahaja dari umah kami...bergerombolan la kami ziarah naik umah turun umah...mengembirakan mereka sementara masih ada (mereka dan kita)...

Raya kedua di Chendering sempat menyinggah di open house umah kakak sulon
g kami, Kak Dah (Faridah Embong)...dapat la melepak ngan adik beradik di sini tanpa perlu sibuk2 layan tetamu lain (layan anak2 buah yang ramai sudah pasti) sebab open house tahun ni khusus untuk family sahaja...kalu tak aku la org yang akan dibooking awal2 utk sama2 menghandle open house umah Kak Dah dulu...tapi kalu jadi tahun ni pun...aku terkecuali sbb dah ada husband ;)...

Tahun ni raya pertama dah didicide iaitu giliran kampung family aku di Chendering, KT...tapi x boleh lama sebab adik ipar nak akad nikah raya kedua, raya ketiga 'belarok' (baca :berarak hantar rombongan lelaki) dan raya ke-4 bekwoh di rumah ma abah kat KB...jadi petang raya kedua dalam kul 2 kami dah bertolak ke KB...namun jalan jam menyebabkan isyak baru kami sampai di Kota Bharu...dasat tul...abang sempat berinternet di dalam kete sambil2 duk layan jam...















Di KB kepenatan tak berkurang sebab sibuk menguruskan perkahwinan adik lelaki bongsu....walaupun pada saat2 meraikan Aidilfitri aku masih dalam tempoh 'berpantang' selama 40 hari...tapi kesihatan mengizinkan untuk aku bergerak cergas dan bebas...dunia dah maju...zaman dah berubah...banyak adat yang dah dilanggar...adusss...walaupun mak mertua selalu marah.."ish...sibuk nak wat keje plak....gi rehat dan tengok anak dah la..." ;) syukur pada Allah dapat mak mertua yang baik, sporting dan beriman...

Kedatangan Syawal yang mulia ini memang untuk disyukuri...banyaknya nikmat Allah yang diberi pada kita sebenarnya...syukur...syukur...syukur Ya Allah....

Belajarlah malu dengan Allah
Atas nikmat yang tak mampu dikira
Sedang kita masih terus tak puas

Sedang kita masih tetap lalai.

Belajarlah malu dengan Allah

Kerana kita tak mampu bersyukur

Kecuali Allah beri kekuatan.


Belajarlah malu dengan Allah

Kerana kita masih tak sedar

Yang pejam celik kita
penuh dengan nikmat
Yang bangun tidur kita
penuh dengan nikmat
Yang makan minum kita
penuh dengan nikmat.

Belajarlah malu dengan Allah

Muhasabahlah...

hitung nikmat demi nikmat

Sebanyak suapan makanan dimulut

Sebanyak kunyahan demi kunyahan

Sebanyak bilangan saat
kau tertidur dalam kelenaan
Sebanyak bilangan saat
kau gembira dalam kemewahan

Belajarlah Malu dengan Allah

Belajarlah malu dengan Allah

Belajarlah malu dengan Allah.



p/s : Entry kali ini aku harapkan dapat mengubati rindu adikku Norzifah Embong yang jauh di perantauan...sedang belajar syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir...

Thursday, September 25, 2008

Salam Eidulfitri...

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar,
Lailahaillalla hu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd....

“KAU MENANGIS WAHAI DIRI?”

Ya, hatiku sayu, sebak dadaku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ramadhan, malam ini kau akan pergi. Terlalu sekejap kau datang. Aku belum puas untuk melepaskan rindu kasih pada Tuhanku dalam usia yang seuzur ini.

Wahai Tuhan, kau datangkan Idil Fitri, sesuai dengan namanya. Rupa-rupanya kalimah Id bukanlah bererti Hari Raya. Maknanya yang lebih tepat ialah hari muhasabah diri yang datang berulang kali.

Malu rasanya untuk mengaku layak berhari raya kerana orang yang bertaqwa sendiri pun merasakan dirinya tidak layak berhari raya. Kerana dia tahu nilaian hatinya malah sibuk muhasabah diri dan menyemak semula ibadahnya kepada Allah. Sedangkan kita yang bertaqwa merasa diri layak berhari raya kerana jiwa kita masih belum berhalus dengan Allah.

-Anis Mubarak-

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers