Wednesday, May 14, 2008

Selamat Hari Ibu!!!
















Tanggal 11 Mei ni aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk Che (panggilan untuk ibuku)....

Anak che dah jadi isteri orang sekarang dan dah duk jauh ngan che...uwaaaa....

walaubagaimanapun ingatan pada che ayoh dan rumah tempat mendidik dan membesarkan aku sering aku ingat....tempat aku kenal alif, ba , ta dan A,B,C dari che sendiri...

Seronoknyer jadi anak che....rasa cam akulah manusia paling bertuah dalam dunia ni....TERIMA KASIH che sebab lahirkan dan besarkan aku ngan sepenuh kasih sayang....Moga aku jadi anak yang solehah untuk che.....aku harap che rasa sejuk jer perut tu sbb kandungkan aku....;)

Lagu Untuk Suamiku...















suami...
dalam kabur
ku tercari-cari cahaya
akhirnya kutemui
sinar ceria di raut wajahmu

suami...
kau bimbinglah
menuju cahaya ilahi

suami...
aku lemah
mangharungi ranjau dunia

suami...
aku ingin sepertimu
dalam ketenangan
menghadapi hidup ini

suami...
ku bersyukur
kerana mengenali dirimu
ku harap kita akan terus bersama
menghadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita
agar hidup menuju mulia

Selamat Hari Guru!!!


















Guru
engkau adalah pelukis rohani
mencalit warna-warna takwa dalam diri
dengan susunan yang terpilih
kesepaduan corak yang harmoni
menyajikan lukisan peribadi anak-anakwarisan zaman berzaman.

Guru
engkau adalah penyair emosi
menjalin perasaan demi perasaan
melewati sepi dan resah gelisah
dengan puisi-puisi indah
yang menyejukkan jiwa raga anak-anak
dari himpunan dendam dan amarah
rasa benci yang tidak terarah.

Guru
engkau adalah pendendang intelek
pemikir yang tidak jemu-jemu
mendendangkan warisan budaya ilmu
melodi hati yang hampir mati
mencampakkan selimut kejahilan
membongkar rahsia tentang alam
membuka jendela dunia kepada anak-anak
inspirasi generasi demi generasi.

Guru
engkau adalah pelakon yang peka
menggerakkan jasmani dalam ruang diri
mengimbangi intelek, rohani dan emosi
dengan kegigihan cita dan keikhlasan cinta
anak-anak bisa mencipta sebuah sketsa.

Guru
musim demi musim
engkau membentuk Penghidupan
anak-anak yang terus-menerus mengharap
engkau adalah segalanya.

Percutian di Pulau Redang



Alhamdulillah...9 dan 10 hb Mei baru2 ni Allah izinkan untuk kami suami isteri honeymoon di Pulau Redang.....lama dah merancang baru sekarang dapat nak gi.....asalnya bercadang untuk ke Pulau Perhentian...akhirnya keputusan berubah ke Pulau Redang...lebih mudah sebab ada kawan baik abah di sana...

Dapatlah aku dan abang snorkeling sepuas hati....pagi dan petang....SUBHANALLAH...indahNYA ciptaan ALLAH.....

Rancangan untuk mencandat sotong terpaksa dibatalkan kerana waktu malam sekarang di Pulau Redang agak kerap ribut dan hujan lebat....sedisnyer....

Dan peristiwa yang x dapat dilupa bila snorkeling pagi hari di Merempat, kami hanyut dibawa arus masa kami asyik2 duk lihat coral..akhirnya kami melepasi arus laut yang agak deras...sian kat abang kena tunggu aku...nasib baik aku pakai life jacket...mmg dah x larat nak berenang ke tepian balik...abang yang x pakai life jacket boleh nak berenang sendiri ketepian tapi takkan nak tinggal aku sorang2 kat tengah laut ni...huhu....mujurlah masa tu aku x rasa gelabah pun...masih lagi teruja ngan coral2 kat bawah kaki ni...ada yang keluarkan cahaya biru dengan ikan2 yang ada disekelilingnya....SUBHANALLAH...indahnya....

Akhirnya bila rasa memang dah x dapat nak melawan arus yang semakin bawa kami ke tengah laut tu, kami buat keputusan untuk lambai kawan abah yang ada kat tepi pantai dengan syarat mintak bot amik kami.....x lama bot yang bawa kami ke salah satu tempat di Pulau Redang ni datang amik kami....alhamdulillah...kami sambung balik main2 ngan ikan dan coral di tepi2 jah....memang kebetulan pagi ni arus betul2 deras....pelawat2 lain pun diingatkan tidak melepasi bahagian2 tertentu laut....

InsyaAllah kalu ada kelapangan dan diizinkan...kita berjumpa lagi ye Pulau Redang....windunyer!!!

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers