Sunday, August 24, 2008

Lahirnya cahaya mata dan hati...

Salam..

Alhamdulillah, pada hari ini 24 Ogos 2008 pukul 3.14 petang..Mun selamat melahirkan seorang putera yang sihat (3.24kg) di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Semoga putera ini akan membesar menjadi salah seorang pembawa cahaya Islam ke seluruh pelusuk alam..insyaAllah..

senyuman terakhir Mun sebelum bertarung dengan kesakitan..namun segalanya terubat selepas selamat melahirkannya




sang putera sedang tidur selepas kenyang meminum susu dada bondanya..

Friday, August 22, 2008

Teka Teki

berikut adalah satu teka teki uji minda untuk semua..cuba lah uji minda anda..

Image

Wednesday, August 20, 2008

Menghitung Hari...



Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.





Setiap saat yang dilalui sekarang dirasakan makin sukar....betul-betul rasa diuji dengan kesusahan dan kepayahan dalam melalui jalan2 ke arah pembentukan keluarga yang lebih besar...ini baru permulaan ujian sebelum benar2 menjadi ummi apabila bayi di dalam kandungan sudah lahir nanti...insyaAllah...

Nafasku kini makin mengah....rasa sukar untuk dapat posisi yang baik waktu nak tidur...sujudku menjadi sekejap kerana x dapat nak menahan nafas dan posisi perut waktu itu...kerongkongku seringkali rasa kepedihan...badan dah tak larat nak menampung tubuh bila naik turun
tangga...kebas punggung bila duduk lama di kerusi...kekejangan urat kaki...kerap ke tandas...bayi yang semakin kuat menendang dan menujah2 bawah perutku...adusss...dan pelbagai rasa lagi....namun aku sangat2 bersyukur pada Allah kerana diberi peluang merasai semua nikmat2 ini... Alhamdulillah..banyaknya pahala yang dapat dikutip setiap kali kesusahan2 ini datang ya Allah....

Di saat melalui detik2 terakhir ini, hanya permohonan demi permohonan dan doa demi doa dipanjatkan agar
Allah mudahkan proses kelahiran bayi ini nanti insyaAllah....dan aku mohon sahabat2 juga mendoakan untuk kami sekeluarga....dan kalu sahabat2 ada cadangan nama yang baik, bagitaulah kami yer... ;)

Antara doa yang boleh dicadangkan untuk ibu2 yang sedang hamil membacanya adalah :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum ayat 21:

Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ía menciptakan untuk kamu (wahai kaun lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berflkir”.

Thursday, August 14, 2008

Bingkisan Buat Generasiku...

Ditujukan khas kepada adik-adik di UTM...

Dahulu…tempat kami di sini
Kini…kalian pula datang mengganti

Dahulu…
Meskipun diiringi rasa kerdil dan hina diri
Akan kemampuan diri sendiri
Namun tetap kami gagahi
Demi perjuangan suci ini

Kami pernah dulu merasai
Kami jualah yang mewariskan beban ini
Kepada generasi hadapan yang kami kasihi
Maafkanlah kiranya terdapat kekurangan
Andai masih ada ketidakpuasan
Kerana meninggalkan kalian dengan
Segala kelemahan…
Terutama sekali dalam hal tarbiyyahan

Percayalah wahai saff kepimpinan masa depan
Meskipun tiada lagi sebarang jawatan disandang
Perjuangan ini akan tetap kami teruskan!

Kini kami berikan kalian satu peluang
Janakanlah tarbiyyah! Gerakkan Islah!
Moga inikan menjadi permulaan langkah...
Menuju Daulah Islamiyyah!!

~ Salam Penuh Ukhwah ~
Abang Adib dan Kak Mun

Surat Cinta Untuk Sahabat...

Sahabatku2 yang dikasihi.....

Di rimbunan pohon Islam ini, kita hulurkan salam perjuangan. Kita elak segala sengketa dan prasangka untuk membina keharmonian dalam persaudaraan. Kita dipilih dan dikumpulkan di sini adalah untuk mengutip sebanyak mana ilmu sebagai bekalan jiwa dan panduan hidup, dalam menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi pada alaf mendatang. Kita bagaikan digelar satu keluarga. Ketika kita duduk berkumpul, berbincang bersama, sapa menyapa, saling berbalas senyum; namun belum tentu terbit rasa ukhuwah, apatah lagi berkasih sayang. Ada yang boleh bergurau senda bagai nak rak, ketawa berdekah-dekah, tapi hati di dalam, renggang bagai retak menanti belah. Sedikit tersentuh, meledaklah marah. Lalu, dilupakanlah segala kebaikan kawannya itu. Mengapa perkara ini terjadi?

Sahabatku,

Insan hanya dapat disatukan setelah hati-hati kita berpegang kuat dengan tali keTuhanan. Sama-sama mengingati Allah dengan berserah diri pada-Nya. Sama-sama menyintai Allah dengan menegakkan kalimah-Nya. Sama-sama takut akan Allah dengan mentaati syariat-Nya. Pertautan yang lahir dari ingatan rasa takut dan cinta kepada Yang Satu itu pasti akan membentuk ikatan ukhuwah yang padu, bersatu tujuan dan selaras kefahaman. Kerana Allah, kita akan cintakan kebajikan, hati akan mampu berbelas kasih kepada mukmin yang lain, seumpama mengasihi diri sendiri. Kerana Allah juga, kita akan mudah bermaafan dan hati akan rela berkorban. Kita juga akan sanggup mengenepikan segala kepentingan peribadi. Kesatuan seperti inilah yang akan memakmurkan bumi. Lebih-lebih lagi dalam dunia kita yang kecil ini. Inilah yang kita rindu dan impikan…dunia harmoni dan aman damai.

Oleh itu sahabatku, marilah kita hidupkan kasih sayang. Wujudkan rasa kita saling memerlukan. Ini sesuai dengan asal kejadian kita yang sama. Kita semua dicipta oleh Allah dalam keadaan yang hina, serba kekurangan dan tiada daya upaya.Rasa itu perlu supaya kita nantinya dapat saling bahu-membahu dalam menunaikan amanah Ilahi. Insaflah, adanya perbezaan taraf pemikiran yang Allah aturkan adalah sebagai Rahmat-Nya menjadikan kita…saling memberi, saling mengisi dan sumbang- menyumbang. Kita perlu saling menghormati dan saling mengasihi kerana kita sebenarnya memang saling memerlukan. Kerana itulah, bila ditanya oleh Saidina Muaz : “Bagaimanakah untuk selamat pada hari hisab nanti?” Rasulullah menjawab : “Engkau mengasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri”.

Mudah-mudahan kita semua memperolehi keredhaan Allah di dunia dan di akhirat…amin. Sekian dahulu, sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.


~moon~

Tuesday, August 12, 2008

Kaitan Cinta Dalam Hidup


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul
. Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita memandang pintu yang telah tertutup terlalu lama itu hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram, carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimipi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia, selalu bayangkan diri anda dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga, kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik, mereka hanya membuat yang terbaik dalam apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda akan tersenyum. Teruskan hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikanlah pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka. I don’t know … but I believe....

Sunday, August 3, 2008

Mencari Bahagia...

Malam tadi tatkala diri ini sedang keasyikan diurut oleh bidan kampung, tetiba handsetku berbunyi menandakan satu massage telah masuk ke inboxku...dari luar handset tertera nama pengirimnya....tutttttt....aku sangat malah amat sangat mengenali pengirim itu...kubuka kotak massage, maka terteralah, "Sorg lelaki. Ia terperangkap dalam hidupnya. Punyai wife yang 'sakit'. Jika ia melepaskan diri, maka terbukalah peluang utk ia mulakan hidup baru utk mencari kebahagiaan. Tapi ia xmau melepaskan diri demi kebahagiaan anak2nya. Tahun berlalu harapan tinggal harapan. Lelaki ini makin stess! Siapakah yang sudi berkongsi kebahagiaan?"

Aku merasa sangat kasihan sbb kisah ini sudah kudengari bertahun2 lamanya tatkala kami memang menjadi bestfriend sejak dulu....7 ke 8 tahun yang lalu, telinga inilah yang selalu mendengar luahan perasaan seorang suami terhadap isterinya yang agak 'pelik'....dan setiap kali diceritakan padaku, air mata ini akan mengalir kesedihan....di waktu itu juga aku merasakan teramat TAKUT untuk berkahwin kerana dapatkah aku mengembirakan suamiku dan tidak sesekali mengguris hatinya seperti hati sahabatku yang kupanggilnya Abang Z yang bukan sahaja terguris malah hancur berkecai sekeping-sekeping...sakitnya untuk mencantumkan kembali hati yang sudah berdarah itu....

Oleh kerana aku sangat keletihan malam tadi, pagi ini baru kusempat mereply massage tersebut..."Hidup adalah pelayaran dimana kebahagiaan disini dan di sana yang kita cari...Ikhtiar la bahagia untuk dirimu agar kamu bahagia jua di sana...Jika sudah merasakan jalan bahagia itu terlalu sukar dan jalan susah itu yang terbaik untukmu dan familymu, maka REDHAlah menempuh hidup ini. Moga Allah membalas balasan yang lebih baik di masa hadapan lantaran tingginya kesabaranmu...."

Namun massage spontan itu aku rasakan tidak cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang lara, maka aku panjangkan dalam coretan ini supaya dapat dia membacanya dan moga2 dpat memberi sedikit ketenangan kepadanya....ameen...

Abang Z,
memang indah menjadi suami yang dicintai isteri. Inilah yang menjadi impian para suami. Tetapi indah bukan janji tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal abang Z. Kerana itulah aku berani berkata bahawa jika cinta isteri gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita buru adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat dan seronok sangat jika suami isteri saling cinta mencintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti yang kita mahu, pastilah ada sesuatu yang ingin diberikan Allah kepadamu.

Abang Z,
Bila engkau memandang sgalanya dari Allah, yang mencipata segala-galanya...yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang...pasti akan damailah hatimu. Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALlah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan lebih dekat dan akrab dengan-Nya....

Abang Z,
Isterimu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripadamu. Suatu masa nanti, engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah... Dan jika sakitnya terlalu menusuk, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu. Katakan bukan engkau tidak redha tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan dan kekuatan dariNya...

Sesungguhnya sepanjang aku mengenalimu, engkau sememangnya insan yang sangat tinggi kesabarannya....aku pun tidak tahu di mana letak dudukku jika aku di tempatmu....Moga Allah memudahkan urusanmu dalam mengejar kebahagiaan yang engkau cari...Moga dirimu benar-benar akan mengecapi BAHAGIA yang dinanti-nanti...

Sekian dariku,
Munirah

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers