Thursday, April 23, 2009

Memori Nisa' Games...

InsyaAllah jam 2.30 petang esok, ummi, abi dan nuruddin bersama-sama kontinjen dari Kelantan akan bertolak ke Shah Alam, Selangor untuk menyertai Nisa Indoor Games 2009 di sana... ummi dihantar sebagai wakil peserta peringkat dewasa negeri Kelantan untuk pertandingan catur... sememangnya kalau boleh ummi nak menang... namun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana apa yang lebih penting adalah pengalaman yang ingin dikutip disamping mengambil peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat Nisa' dari Pahang, Terengganu dan Selangor khususnya...

Pada mulanya agenda hujung minggu ini telah dirancang lama oleh ma dan abah untuk membawa kami bersama-sama pasangan pengantin baru, Ayoh Zu dan Che Ja ke Pulau Redang... nuruddin pun dah seronok nak pergi... tetiba ummi dimaklumkan Nisa Indoor Games jatuh pada tarikh yang sama... memang ummi serba salah juga kerana kedua-dua program ini ada valu
enya yang tersendiri... dan abi memberi peluang kepada ummi untuk membuat keputusan yang ummi inginkan... setelah puas ummi berfikir, akhirnya ummi membuat keputusan untuk menyertai Nisa Indoor Games... abi menyokong sepenuhnya... thanx abi...

Imbas tentang kenangan 2 tahun yang lalu pada 17 Februari, Nisa Games 2007 telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan... ummi pada waktu itu mewakili kontinjen Pahang dan menjadi pemain bola tampar... abi juga terlibat secara langsung sebagai krew Kelantan TV... sempatla kami berselisih secara kebetulan sebelum ummi menuju ke kereta K.Ida untuk pulang ke Terengganu malam terakhir program... dan relationship itu tetap menjadi rahsia kami dari pengetahuan sahabat-sahabat sehinggalah surat kahwin siap dicetak dan diedar 9 bulan selepas itu...
maaf semua!

Jom imbas kenangan-kenangan yang tercipta di Nisa Games 2007...



Kontinjen Terengganu membuat perarakan...


Pasukan Pahang mengibarkan kain rentang setelah diumum pasukan terbaik keseluruhan... yahoooo!

abi bersama krew Kelantan TV bergambar dengan Ruqqaya Al Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun 2006...

“Saya juga berharap atlet iltizam dengan pakaian Islam serta menutup aurat walau di mana sahaja berada, termasuk ketika bersukan, sebab ia jelas tidak menghalang seseorang itu aktif dalam sukan,” -Ruqayya Al Ghasara

Sunday, April 19, 2009

Jom Beraktiviti...

Antara aktiviti-aktiviti berfaedah yang dilakukan Nuruddin sewaktu di rumah...


Membelek-belek gambar kahwin ummi dan abi sambil mencari dan memastikan di manakah dirinya berada di waktu itu...


"ummi, kenapa tak jumpa-jumpa lagi gambar nuruddin ni?"


Membaca buku... ini adalah hobi yang dikongsi bersama abi dan ummi... tapi ummi sudah sibuk sekarang, tak sempat nak mengadap buku... tapi internet sempat lagi... huhu..


Belajar memasak dan menghidangkan makanan secara maya dari ummi...


Bermain bola... paling best bermain bola dengan atok...


Berkawan dengan toys kalau ummi dan abi sibuk...

Thursday, April 16, 2009

Qiaman dan Stand up!

Minggu lepas Nuruddin mengejutkan ummi dengan tetiba berdiri di hujung katil...
"macamana nurudin berdiri?abi letak macam tu ke?"
abi dengan selambernya bagitau, "tak lah.. nuruddin bangun sendiri..."

Owh, rupa-rupanya nuruddin dah boleh mengqiamkan dirinya sendiri walaupun still tak boleh nak bawa tubuh berjalan lagi... ye la, rasanya terlalu awal untuk sudah pandai berjalan, baru nak masuk 8 bulan... otot tak betul-betul kuat lagi sebab bila lama-lama berdiri, nuruddin letih dan akhirnya terduduk semula...
dan nuruddin juga dah boleh duduk dalam keadaan merangkak tapi still tak boleh merangkak lagi... rasa cam lambat la pulak merangkak... effect walker agaknya...

Teruja betul ummi bila first time tengok nuruddin berjaya membangunkan dirinya...




yang ni gambar sebelum pandai berdiri... cuma melutut dan belajar lepas tangan...


dan akhirnya dah boleh bangun sendiri dengan berpaut pada kayu di hujung katil...

Owh sibuknya...

Nuruddin dah menjadi sangat sibuk sekarang... macam-macam urusan yang dia hendak lakukan... nuruddin nak buat itu.. nuruddin nak buat ini... dan lagi yang itu... ini juga... begitulah sibuknya nuruddin.. kiri kanan depan belakang semua menjadi kerja buatnya dan habis dikerjakannya... memang rajin anak ummi...

Saat memandikan, memakaikan pampers dan bajunya juga adalah saat yang begitu sukar sekali... umi dan abi perlu berhempas pulas melawan agar berjaya untuk menyelesaikan semua itu sambil nuruddin melakukan urusan-urusan kerjanya yang banyak itu... sibuk sungguh anak ummi... fuhhh!


ini akibat terlalu sibuk... dah dapat hadiah kat hidung hasil mencium lantai... ntah tersembam kat mana masa ma tok gi tandas sekejap tinggalkan nuruddin yang tengah sibuk buat kerja dia... anak jantan kena bagi rasa sakit sikit kata orang-orang tua...

Tetiba ummi teringat lagu Sin Chan ni... jom layan...

Seluruh kota
Merupakan tempat bermain yang asyik
oh senangnya... aku senang sekali
Kalau begini akupun jadi sibuk
berusaha mengejar-ngejar dia

Matahari menyinari semua perasaan cinta
Tapi mengapa hanya aku yang dimarahi...

Di musim panas merupakan hari bermain gembira
sang gajah terkena flu pilek tiada henti hentinya
Sang beruang tidur dan tak ada yang berani ganggu dia
Oh sibuknya aku sibuk sekali...

Monday, April 13, 2009

Kesyukuran...

Pertama-tama dan selama-lamanya syukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat masa, kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan lebih-lebih lagi nikmat agama yang Allah beri... tanpa keizinan dari ALlah, siapalah kita sebagai hamba yang serba lemah dan hina ini untuk melakukan sesuatu... sehinggakan untuk menyatakan syukur serta melahirkan rasa syukur itu juga adalah dengan izin Allah... Alhamdulillah!

Sebagai melahirkan rasa syukur umi sempena umi dah dapat kerja goverment Kelantan dan telah merasai gaji pertama baru-baru ini... umi dan abi telah menjemput ma, abah dan Nuruddin ke Hotel Raudhah untuk makan malam bersama-sama...

Tambahan pula ma dan abah telah banyak memberi kemudahan dan kebaikan kepada kami sekeluarga... syukur kepada Allah dikurniakan ibu dan bapa mertua yang sangat baik... moga umi juga dapat menjadi menantu yang menyenangkan dan mengembirakan mereka... ameen...

Sesungguhnya menyatakan syukur dengan lidah itu sangat mudah tetapi untuk menjadikan tindak tanduk seharian kita sebagai tanda bahawa kita adalah hamba yang bersyukur kepada Yang Memberi itu sangat sukar... "Ya Allah, berikan aku kekuatan"...

Sebagai tanda kenangan, umi sempat mensnap beberapa gambar pada malam tersebut...


yang dirai.. ma dan abah...


seronoknya Nuruddin malam tu...


Tengah syok makan baby bites... nuruddin kuat mengiri... kalau bagi tangan kanan pun sekejap je tukar kiri balik... kidal ke ek?

ayu kan my MIL... hehe...

p/s : anyway thanx ma and abah kerana sudi menerima undangan yang tak seberapa daripada kami...

Friday, April 3, 2009

Tag : Hajat a.k.a. Whistlist

Dah lama perasan tag dari k.Wid ni tapi tak sure kalau-kalau k.Wid ada ramai kawan nama Mun...hehe... tq k.Wid.. tag best nih... so, suka nak jawab...huhu...

Memandangkan birthday tak kunjung tiba lagi dan memandangkan abi pun berada di Perak sekarang... boleh la nak wat whistlist ni... untung-untung ada barang yang datang time birthday... tak pun time abi kelik dari Perak nanti... kan abi kan...

But... cam K.Widayu kata jugak, sebenarnya banyak dah yang Allah bagi kat kita... syukur sangat atas segala nikmat yang Allah bagi, Alhamdulillah...

Dah memang sifat manusia cam kita semua ni terutama umi la... x pernah puas dengan apa yang kita ada.... dan memang selalu kita berdoa ngan ALlah minta macam-macam... yang pasti tak salah meminta dariNya kerana sememangnya Allah menyuruh kita bermohon kepadaNya kerana hanya ALlah yang berkuasa atas segalanya... Subhanallah!
"Ya Allah, aku tidak ada daya dan kekuatan... melainkan daya dan kekuatan yang Engkau pinjamkan padaku dan Engkau boleh mengambilnya bila-bila yang Engkau mahu... ampunkan hambaMu dan jadikan aku hambaMu yang bersyukur..."

Panjang pulak celoteh umi sebelum sampai kepada maksud senarai whistlist umi ni... kalau memang dah tertulis rezeki umi untuk dapat semua ni pasti dapat insyaALlah...

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours

So, jom layannnnnnnn whistlist umi....

1. menunaikan Haji ke Mekah (abi dah pergi, jadi tolong jaga Nuruddin ek... hehe... biar umi lak gi haji waktu usia masih muda ni.... tapi sebenarnya lagi seronok gi ngan suami sendiri tapi sape nak jaga nuruddin? huhu...)

2. nak gi melancong ke Bandung ( bila ek kita nak gi abi?)

3. nak gi Pulau Redang lagi... (tapi yang ni nak tunggu Nuruddin setahun la best sikit sebab dah boleh jalan...)

4. nak sangat bread maker supaya senang nak wat roti sendiri, roti pizza, pau dan macam-macam roti lagi... nak menguli doh cam leceh... lagipun ma, abah dan abang suka sangat roti... hari-hari duk beli roti... kalu boleh wat sendiri cam best pulak...

5. nak handbag baru... sekarang pakai yang hantaran... dia nyer kiut sangat jadi xleh nak sumbat2 barang nuruddin banyak2 dalam tu... jadi nak yang besar sikit tapi biar la berkualiti cam Sembonia or Bonia gak.. Carlorino pun ok juga... hehe..

6. nak netbook yang boleh muat letak dalam handbag umi.... wat searh internet dan keje2 sekolah... abi tolong servey yang paling bagus ek... hehe...

7. nak gelang tangan (pelaburan bentuk emas) yang ada design nama kita berdua... (yang ni nak pakai duit hantaran abi kasik umi hari tu ok jugak... x guna pun lagi except tambah pelaburan dalam Public Mutual Islamic Fund sahaja...)

8. nak abi berjaya dalam tanaman fertigasi... ameen...

9. nak jadi isteri yang solehah, dikurniakan suami yang soleh serta anak-anak yang soleh dan solehah... ameen...

10. last... dan inilah yang paling utama sekali yang kita kena pastikan dapat iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat kita... moga Allah memberkati hidup kita semua dunia akhirat... ameen...

Selain1, 9 dan 10... yang lain-lain tu banyak yang dunia je... hehe...


10 friends yang umi nak tag... kak raudhah, kak faizah, kak suhaila, kak zahrah, sanaa, durratul khair, k.baity trg, fauziah apau, ridwanto dan muhasabiey...

Actually whistlist ni umi tuju khas untuk abi a.k.a abang tersayang.... tapi kalau ada sesiapa yang rasa nak bagi hadiah kat atas tu time birthday umi nanti ke, boleh juga... ;)

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers