Friday, June 19, 2009

Suami, isteri dan perjuangan...


Di ketika abi sedang bertugas di Manik Urai dan bermalam di sana dengan meninggalkan kami di rumah demi satu perjuangan iaitu untuk memenangkan Islam, umi pula sedang berusaha memujuk hati sendiri... baru kini dapat umi selami dan kini umi akur betapa sukar untuk melawan kehendak dan kepentingan peribadi kita...

Di waktu inilah benar-benar diuji dengan praktikal apa yang kita ucap sewaktu di kampus dahulu dengan penuh tegas dan yakin dalam bait-bait usrah, meeting muslimat dan perjumpaan muslimat bahawa kitalah srikandi yang akan menjadi bukan sahaja sayap kiri perjuangan malah akan membantu sedaya mungkin untuk memastikan suami kita berada di saf hadapan dalam perjuangan...

Semasa berteori di kampus, kita merasakan dapat melaksanakan semuanya... menghantar suami ke pintu yang belum pasti waktu pulangnya... memberi semangat dan dorongan apabila dirinya hilang punca... memberi pandangan untuknya keluar dari kebuntuan... berkorban harta kita untuk perjuangan... memberi jiwa kita untuk Islam... mentarbiyah anak-anak sebagai perkaderan.. memupuk biah solehah dalam rumahtangga... memastikan baitul muslim yang dibina berjaya dunia dan akhirat...subhanallah! Namun hakikatnya itu semua bukanlah mudah...

Sebagai manusia biasa, sesungguhnya sukar sekali untuk kita melakukan sesuatu yang nafsu tidak suka... melapangkan dada untuk melepaskan suami pergi meninggalkan kita dengan sendirian mengurus rumah dan anak... ditambah lagi apabila anak tidak sihat dan pelbagai kerja rumah yang ada... perginya pula tidak menentu, dan kadang-kadang hanya dapat berjumpa sekejap sahaja dalam sehari.... di waktu ini, iman dan muhasabahlah perlu ditingkatkan... jangan sampai kita menggunakan senjata tangisan dan pujuk rayu yang boleh melemahkan mereka... jika salah seorang tidak kuat, maka sia-sialah pertarbiahan kita di kampus apabila gagal dalam peringkat amal yang kedua iaitu pembinaan baitul muslim dalam harakah Islamiyyah...


Antara cita-cita abi dan umi dalam membina baitul muslim bersama mereka yang satu fikrah dan perjuangan ini adalah untuk menetapkan hati-hati kami agar terus di atas jalan dakwah ini serta memudahkan bagi kami lalui jalan yang penuh liku dan berduri ini... di waktu inilah dapat dinilai pentingnya memilih pasangan yang boleh memahami kerja buat dan taklifan yang telah diletakkan di pundak muslimin... tetiba umi dapat sedikit jawapan tentang kebarangkalian sahabat-sahabat yang ghuyub.... nauzubillah!

Moga abi dan umi dapat bergerak dengan baik secara serentak untuk semua peringkat amal dalam konsep harakah islamiyah yang diperkenalkan oleh asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna iaitu pembinaan individu muslim, baitul muslim, mujtama' islamiyyah dan daulah islamiyyah... insyaALlah! Semoga Allah merahmati ikatan ini dan menempatkan kami bersama di syurgaMu... ameen..

Last... jom sama-sama renungkan intipati komik di bawah ni...

Sunday, June 14, 2009

Gigi dan Gigit...

Mok su kat mesir ada call umi beberapa hari lalu... tanyakan khabar, bercerita perkembangan dan ada soalan untuk nuruddin...

mok su : "sheikh nuruddin, gigi dah berapa batang tumbuh?"
nuruddin : "ha... ni nuruddin nak tunjuk kat mok su... kira la..."


yang ni nampak satu je kat bawah... tumbuh masa cuti sekolah baru-baru ni di rumah nenek chendering... time ni demam kejap je pagi tu tapi yang perasannya dia tak berselera nak makan nasi... asyik duk main gusi dan gigi tu dengan lidahnya... mujurla tak meragam... agaknya seronok dapat bermain dengan kawan-kawan (sepupunya) di kampung nenek...


sampai terdongak nak tunjuk gigi yang kat atas tu baru tumbuh sikit... itupun tak berapa nampak sangat kan...


"senyum macam ni baru boleh nampak kan umi..."

kadang-kadang nuruddin suka lagakan kedua-dua batang gigi atas dan bawahnya tu sebab berbunyi... kruk kruk kruk...

Biasanya kita tengok bayi tumbuh dua batang gigi bawah atau dua batang gigi atas dahulu (macam gigi arnab), tapi kes nuruddin ni tumbuh bahagian bawah dahulu sebatang dan atas pula sebatang... huhu...

Kata orang, biasanya bahagian gusi yang banyak dia gunakan akan tumbuh gigi dahulu... Kadar tumbuh cepat dan lambat gigi tu tak tau pulak kenapa? ada sapa-sapa yang tahu?

p/s : Umi ada tips nak kongsi untuk ibu-ibu yang mengalami masalah anak menggigit B kita bila dia dah tumbuh gigi... cara ni umi tanyakan kakak umi (Che Ngah a.k.a K.Ha) yang berpengalaman breastfeed semua anak-anaknya seramai 7 orang itu... caranya ialah apabila anak kita start menggigit, kita sembamkan B kita ke mukanya (jangan lama sangat), jadi dia akan berasa agak lemas dan lepaskan gigitan (sebab nak bernafas)... bila kita buat macam tu selalu, dia akan rasa bahaya menggigit sebab boleh lemas.. hehe.. setakat ni ilmu tu umi pakai untuk nuruddin dan alhamdulillah berjaya... so, untill now umi still breastfeeding nuruddin tanpa FM milk... syukur alhamdulillah... tinggal lagi setahun 2 bulan insyaAllah... ameen..

Saturday, June 13, 2009

Chocolate Dipped Strawberries dan Pisang Bakar Berkeju

Dah lama umi tak masukkan sentuhan resepi dalam blog ni... bila dah masuk kerja kembali ni masa tak berapa mengizinkan untuk umi selalu lepak di dapur... kecuali bersama-sama nuruddin tolong ma tok masak dan umi sempat juga masak lauk yang simple-simple...

Nuruddin dah aktif... selalu nak merangkak je ke mana-mana dalam rumah ni.. paling dia suka tengok ikan dalam akuarium, nak main ngan kucing kat luar... kutip segala benda yang padanya menarik untuk dibawa ke mulut dan macam-macam... jadi umi kena awasinya selalu...

Walaupun masih dalam tempoh cuti sekolah umi tak sempat juga mencuba resepi- resepi baru yang menarik... creamcheese dalam freezer dah lama umi beli nak wat cheesecake tapi tak jadi-jadi juga... susu nuruddin yang umi dah lama cairkan untuk dibuat biskut juga akhirnya rosak macam tu je bila asyik tertangguh...


Tapi ada sesuatu yang wajib umi akan usahakan juga
masak walaupun dah lewat malam, mengantuk dan letih iaitu bubur nasi nuruddin... umi takkan miss bekalan untuknya setiap hari di rumah pengasuh... itupun kena pantas dan siapkan dengan cepat... walaupun kadang-kadang terganggu juga dengan anakanda yang tiba-tiba terjaga dari tidur dan menangis bila uminya tiada di sebelah... betul la jadi ibu ni bukannya mudah dan kena banyak bersabar serta kuat semangat...

Itu belum masuk bab di tikar sembahyang... wirid dan doa kadang-kadang tak sempat sebab anak dah menangis... solat sunat, mengaji pun boleh miss... bukan lagi wajib everyday... lainnya dengan suasana sewaktu bujang-bujang dahulu... namun syukurlah sebagai ibu dan isteri ni, Allah telah sediakan pahala free untuk kita kutip mel
alui khidmat kepada mereka yang diamanahkan kepada kita... amanah kita sebagai isteri... amanah anak yang dianugerahi... amanah ibu bapa kita dan juga ibu bapa mertua... boleh dapat pahala mengembirakan hati suami... pahala melayan anak... pahala membuat kerja-kerja rumah... pendek kata, dari yang sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besarnya... dari celik mata hinggalah kita tidur kembali... moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua yang bergelar ibu... ameen...

Tetapi yang peliknya dalam sibuk-sibuk ni sempat lagi umi update blog tu...hehe... blog dan internet ni umi boleh buka dan baca dan update sikit-sikit time anakanda dah tido... bolehlah lepak depan pc kejap untuk relax... itupun kalau mata dan badan umi masih mampu bertahan...

Actually entry ni berkenaan tajuk yang umi tulis tu sebenarnya... macamana boleh jadi panjang lebar camni pulak... itula bila umi dah start menaip jadi panjang pulak ceritanya... astaghfirullah... bila la umi nak berubah ni....

Okey back to our topic, umi ada nak kongsi dua menu yang mudah, cepat dan pantas... Pisang Bakar Berkeju and Chocolate Dipped Strawberries yang umi sempat wat hari ni before abinya nuruddin berangkat ke KL pagi tadi... memang best!!!
cubalah...


Chocolate Dipped Strawberries
- resepinya mudah, umi cuma cairkan coklat bar dan celupkan dengan strawberry yang umi beli kat cameron hari tu... sedap...


Pisang Bakar Berkeju

Bahan-bahan
  • 2 biji Pisang Montel
  • Keju Parut
  • Susu/ Krimer Manis
  • Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.
Cara-cara
  • Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
  • Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
  • Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
  • Siap...! nyum! nyum!
p/s : copy dari sini... gara-gara najwa mengidam nak makan pisang bakar berkeju ni, umi pun rasa nak mencuba juga... tak tau la sama tak rasa dengan yang kat Indon tu... hehe... tapi memang sedap...

Thursday, June 11, 2009

Cuti Ini Dalam Sejarah...

Cuti sekolah kali ini telah menjadi sejarah bagi umi apabila umi berjaya drive sendiri dengan anak ke kampung untuk yang pertama kalinya tanpa abi....keputusan ini dibuat setelah kami puas berbincang dan umi meminta izin pulang dahulu ke Terengganu dengan mengajak seorang anak sedara menemani incase nuruddin tetiba boring dan meragam sebab terlalu lama duduk dalam car seat dia...

Umi memang confident untuk drive jauh sorang diri cuma bila bersama anak kecil kita perlu consider pelbagai perkara... dek kerana umi dah tak sabar sangat nak jumpa nenek ngan tokki, abi pula masih ada program yang perlu dihandle selain kena bekerja... terpaksa la umi gagahkan diri jua...


Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari KB... alhamdulillah nuruddin okey je sepanjang perjalanan sehinggalah di Besut dia merengek lapar... kami berhenti rehat di rumah Ayoh Sir jam 5.30 petang dan kereta bergera
k semula jam 7.00 malam... nuruddin dah mula mengantuk dan akhirnya tidur... walaupun sebenarnya tak elok bagi anak tidur waktu Maghrib, tapi kali ni umi terpaksa biarkan kerana itulah yang terbaik untuk umi memandu dengan aman...

Nuruddin terjaga apabila kami berhenti untuk membeli keropok lekor Sukaramai di Batu rakit... dan terus terjaga dan bermain dengan gembira sehinggalah di Kuala Ibai, dekat dah nak sampai kampung nenek barulah dia mula meragam dan nangis nak umi... terpaksa la sepupu dia, abang Khuzaifah pujuk... dan akhirnya selamat juga sampai rumah nenek ngan tokki di Chendering malam tersebut... alhamdulillah!


Umi bercuti di rumah nenek 5 hari sahaja... hari Selasa abi datang ke KT dan esoknya, kami sekeluarga berangkat pula ke KL untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat... inilah pertama kali umi dapat menghadirinya, alhamdulillah! memang seronok... sambil menyelam minum air... dapatlah kami jalan-jalan dan makan angin di KL 5 hari juga... antara lain tujuannya abi nak beli handset baru sebab dopod PDA abi dah rosak... survey di Sungei Wang Plaza xde, akhirnya ketemu juga di Low Yat Plaza yang dicari iaitu HTC Touch Dual yang second hand je... dan bahagian umi kenalah ada juga barulah adil... umi berjaya memujuk abi untuk merembat satu beg Sembonia di Sogo... thanx abi!
http://www.mobilestopic.com/images/mobile/htc-touch-dual-3.jpg

Time pulang kami mengambil keputusan untuk melalui jalan ke Cameron
Highland on d way balik ke KB... jalan-jalan seharian di Cameron memang memenatkan namun seronok sebab boleh pergi sendiri tanpa ikut rombongan... boleh drop sesuka hati kedai-kedai mana yang kita nak... rupanya bahang kepanasan yang kita rasa di bawah ini sama juga di Tanah Tinggi Cameron yang berhawa sejuk itu... bezanya angin yang bertiup di sana menyamankan jadi xde la terasa sangat panas tu...

Sepanjang di KL kamera asyik duk terperap dalam beg laptop abi dalam kereta... asyik lupa je nak bawak keluar bersama gi jalan-jalan... cuma di Cameron kami ingat nak bawa kamera... so yang boleh snapnya hanya gambar-gambar di Cameron.. so, layan je la ye...


Kehijauan daun teh...


Time ni baru sampai di Cameron Valley Bharat Tea...


Nuruddin dan abi berlatar belakangkan ladang teh...


Nuruddin dan umi di kedai bunga-bungaan... suka sungguh nuruddin boleh jalan-jalan...


nuruddin teruja melihat kecantikan bunga...


di kedai tea Bharat lagi...


pokok cactus yang indah di belakang kami... nuruddin dah penat dan tertido...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers