Thursday, September 25, 2008

Salam Eidulfitri...

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar,
Lailahaillalla hu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd....

“KAU MENANGIS WAHAI DIRI?”

Ya, hatiku sayu, sebak dadaku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ramadhan, malam ini kau akan pergi. Terlalu sekejap kau datang. Aku belum puas untuk melepaskan rindu kasih pada Tuhanku dalam usia yang seuzur ini.

Wahai Tuhan, kau datangkan Idil Fitri, sesuai dengan namanya. Rupa-rupanya kalimah Id bukanlah bererti Hari Raya. Maknanya yang lebih tepat ialah hari muhasabah diri yang datang berulang kali.

Malu rasanya untuk mengaku layak berhari raya kerana orang yang bertaqwa sendiri pun merasakan dirinya tidak layak berhari raya. Kerana dia tahu nilaian hatinya malah sibuk muhasabah diri dan menyemak semula ibadahnya kepada Allah. Sedangkan kita yang bertaqwa merasa diri layak berhari raya kerana jiwa kita masih belum berhalus dengan Allah.

-Anis Mubarak-

Friday, September 19, 2008

Imbau Detik Mencemaskan...


Entry ini didekasikan khas untuk anakanda ummy, Adib Nuruddin Bin Adib Faisal...moga menjadi peringatan buatmu di masa hadapan bagaimana detik2 ummy mahu melahirkanmu ke dunia ini...(di saat ummy menulis entry ini, dirimu nyenyak di ribaan ummy...)

Di
nihari yang sunyi pada 24 Ogos 2004, hari Ahad...ummy bangun seperti biasa bersiap2 ke sekolah...diri rasa agak bersemangat ke sekolah hari itu kerana baru menghabiskan seminggu cuti penggal kedua, di kepala tersusun kerja2 yang masih ada dan perlu dibereskan di sekolah sebelum bersalin nanti...patutnya ada lebih kurang 2 minggu lagi baby dalam kandungan ini akan lahir...jadi sempat lagi!

Kaki terus
melangkah ke bilik air dan tiba2...ada darah keluar!Ummy tergesa2 keluar memanggil dady...kami mengesyaki ini tanda2 baby dah nak 'keluar'...ummy yang dah mula rasa sakit2 pinggang sejak malam tadi cepat2 telefon Che Ngah (K.Ha)...Che Ngah mengesahkan bahawa itu tanda2 nak bersalin...Che Ngah mintak segera ke hospital...ummy pun cepat2 mandi, bersihkan diri dan solat Subuh berjemaah dengan dady...dan selesai je solat kami terus memecut kereta ke HUSM, jam sudah menghampiri ke pukul 7 pagi...

Di HUSM baru dapat massage dari Dr Nasuha meminta kami breakfast kenyang2 dahulu sebelum ke hospital...namun kerana ummy sangat berdebar baby akan keluar bila2 masa je...kami pun tak bercadang untuk keluar semula dari hospital untuk dapatkan breakfast...berjalanlah kami ke bahagian bersalin...dady buat pembayaran dan kami naik ke wad bersalin...di sana ummy ditanya macam2 oleh Dr dan setelah Dr tu dapat semua maklumat yang dia nak, ummy di'seluk' (mujurlah Dr pompuan yang check up ummy) dan Dr bgtau dah 4 cm...baby ummy discan lagi sekali untuk pengesahan dan kemudian baru ummy diberitahu ummy akan terus masuk ke labour room...

Ummy mintak izin Dr keluar nak bgtau dady...kat luar tempat menunggu ummy tak jumpa dady, tapi ada Ma Tok dan Mak Su kat situ...ummy dapatkan mereka sementara menunggu dady naik, kata Ma Tok dady gi breakfast...ummy pun makanlah kuih muih dan buah2an yang Ma Tok bawa...lama ummy tunggu dady naik...sampai Dr pompuan tadi dah cari ummy kat luar tu...hehe...jumpa dady bgtau ummy dah nak kena masuk labour room dan mtk dady amik pakaian baby kat kereta, barulah ummy masuk ke dalam semula...

Kat dalam Dr pompuan tu mtk ummy baring semula dan dia masukkan 2 kali ub
at supaya ummy buang air besar, lepas masukkan yang ke-2 tu terus rasa nak 'membuang' memuncak...ummy masuk ke tandas...lama ummy kat dalam sbb darah banyak keluar....ummy dah takut...nak tarik lendir darah yang banyak tu bimbang kalau2 tertarik baby sekali(hehe..pengalaman pertama..mana la tau kan...)....Dr dah risau sbb lama sangat dan ketuk pintu tandas...ummy keluarkan kepala tanya boleh tarik ke darah banyak ni...Dr tu kata tak payah dan terus ajak ummy masuk labour room...dady dah sampai ngan beg pakaian baby...

Ummy masuk labour room
dan naik atas katil...masa tu dah pukul 9 pagi lebih....masa tu ummy dipersiapkan utk bersalin...Dr pelatih masukkan air dalam badan ummy bagi cepatkan proses...lepas tu cucuk lagi untuk masukkan insulin sbb ummy ada diabetes masa pragnant...lepas semua sesi cucuk mencucuk dan pasang memasang selesai, Dr pelatih tu panggil dady masuk temankan ummy kat dalam...dady duk sebelah ummy sembang2 ngan ummy...masa tu pukul 10 pg lebih dan sakit pun datang kejap2 je...10 minit sekali camtu...masa ni boleh lagi gelak2 bercerita macam2 dengan dady...

Dalam pukul 12 tengahari ke atas...sakit dah semakin terasa...dtg lagi Dr lain 'seluk' ummy sbb Dr pompuan yang check up tu baru lagi...Dr tu bgtau baru 5 cm...ummy masih boleh bertahan waktu ni...dady request nak Dr pompuan sambut...dan Alhamdulillah boleh diusahakan...masa tu terdengar juga jeritan2 dan tangisan2 mereka2 yang berada di bilik lain...kebetulan memang pintu bilik bersalin tempat ummy ditempatkan tak ditutup...kuat betul raungan mereka membuatkan ummy pun rasa kecut perut...hanya doa dipanjatkan, "Ya Allah, kuatkanlah hambaMu dan jauhkanlah hambaMu ini dari rasa tidak sabar...".

Ummy tunggu jer masa terus bergerak...bergerak dan berlalu tanpa dapat ditahan oleh kuasa manusia dan alam...terus beredar membentuk minit2 baru...

Mujurlah ada dady untuk berbual, xdelah boring sangat...sesekali sakit datang menusuk, dady tenangkan ummy...gosok2 ummy suruh sabar...masa ni ok lagi...ummy cuma berpusing2 je manahan kesakitan yang datang tetiba tu...

Bila lepas zohor sakit semakin dasyat...masa ni dah kiraan saat...ummy dah tak tahan...air mata tumpah jua dan mulut hanya mampu men
yebut Allah dan Allah sahaja...sakitnya tak terkira....nurse yang ada mtk ummy sedut gas (ubat bius kot...) untuk kurangkan rasa sakit...tapi rasa sakit cam tak berkurang je..."Ya Allah, sakitnya...".Ummy ingat lagi muka dady waktu ni....selain gosok2 ummy, muka dia berkerut tak tau nak tolong camne...kesian dia kat ummy agaknya...namun kesakitan ini tak boleh dikongsi...cuma semangat dan ketenangan yang boleh dady alirkan untuk ummy agar tabah, kuat dan sabar...

Jam dah nak menghampiri pukul 3, ummy rasa macam baby dah nak keluar...nurse pun dah suruh teran kalu rasa cam baby nak keluar...ummy cuba teran....tapi tak berjaya...bila sakit yang kuat datang lagi, ummy cuba teran lagi....kali ni dady kata nampak dah kepala baby sikit...tapi tenaga ummy tak cukup (berbekalkan kuih muih pagi tadi yang dijana menjadi tenaga)...baby masuk balik ke dalam...Dr pun gunting bawah faraj ummy untuk mudahkan laluan baby...nurse, dady dan Dr pompuan yang ada semua bagi semangat ke ummy, "teran lagi"..."sikit lagi"..."pandai dia teran"..."mudah dia beranak"...macam2 kata2 lagi...ummy cuma kata "kejap...kejap..." Ummy tarik nafas lagi dan dengan lafaz "Ya ALlah..." ummy cuba teran lagi sekali dan kali ni keluar kepala baby sahaja...Dr pegang kepala baby sementara tunggu ummy teran lagi...tenaga tak cukup kuat....nafas tak cukup panjang....dan kali terakhir ummy kuatkan tenaga dan teran lagi...dan pecahlah air ketuban beserta meluncurnya tubuh badan permata hati ummy dan dady ni...Alhamdulillah...ummy tersenyum lega...

Tengah2 nurse nak potong tali pusat baby tu, nurse mtk dady terus azankan baby..
.ummy dengar suara dady sedikit gementar awalnya tika mengalunkan azan namun cukup syahdu rasanya bilik bersalin itu dengan suara azan dady....selesai azan, baby yang masih berdarah dan merah tu (dady kata nampak biru je masa baby mula2 kluar) diletakkan atas ummy sekejap, nurse tunjuk 'anu' nak bgtau yang baby boy ;)...air mata ummy lagi sekali tak dapat dibendung masa anak ummy berada atas ummy....syukur dipanjatkan pada Allah...masa tu nurse mintak dady tunggu kat luar sbb nak jahit luka ummy...luka agak banyak dijahit...dalam pun luka banyak sebab baby masuk ke dalam balik bila dah keluar tadi...ummy hanya mampu menggigit kain tudung untuk menahan rasa sakit tu walaupun mata tetap memandang pada jarum yang mencucuk kulit satu demi satu...

Akhirnya selesai sesi menjahit...ummy dibawa ke bilik menyusu...baby yang suda
h dibersihkan dibawa kembali pada ummy untuk diberi air susu ibu yang pertama atau colustrum...alhamdulillah baby secara fitrah tanpa diajar terus pandai menyusu...Air susu ibu yang pertama inilah yang meningkatkan produksi antibodi, menjadi anti-oksidan dan anti radikal bebas...hebat kan...Subhanallah!

Sementara menyusu, katil ummy dikeluarkan dari bilik menyusu untuk dimasukkan ke wad bersalin biasa...dady dan Ma Tok setia menunggu di luar...Nenek dan Tokki dari Trg pun dah sampai....ayah Sir yang bawa merek
a...dapatla ummy berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang...(especially nenek sbb nenek yang lahirkan ummy kan...ha, baru tau macamana sakitnya nenek lahirkan ummy dulu...insaf betul ummy...)

Moga catatan ini menjadi tanda kasih sayang dan cinta kita bertiga....abang tersayang dan anakanda tersayang...


Ummy doakan agar Nuruddin membesar menjadi anak yang soleh dan pembawa sinar Islam (Cahaya Agama=Nuruddin)....ameen...

- daripada : ummy

p/s : untuk pengetahuan, hari Khamis bebaru ni gi check SBC Nuruddin,140 je...jadi Nuruddin dah sembuh sepenuhnya dari 'kuning'...alhamdulillah...

Dan hari ni dah selamat botakkan Nuruddin (x dapat nak botak
kan masa hari ke-7 sbb ada benjolan lembut atas kepala...nak tunggu surut lama jugak rupanya...)

Monday, September 8, 2008

Kini Bertiga...


Salam....
Sori la Sanaa...bukan xnak update....tengah x berapa sihat ni takleh lama2 duduk kat depan comp...My hubby tu tau la sibuk dia... ;) Anyway aku coretkan gak la sikit untuk tatapan sahabat2 yang menanti khabar dari kami bertiga....

Alhamdulillah...hari ni masuk hari ke 15 usia Nuruddin...namun demam kuning yang dikesan semenjak hari ke-4 kelahirannya belum juga hilang...namun syukurlah tahap SBC dh semakin menurun sekarang...Ubat yang diberi hanyalah susu ibu secara intensif...dan aku terpaksa la minum susu kambing kerana dikhabarkan baik untuk baby kuning ni...

Nuruddin cepat membesar...sekarang beratnya dah 3.5 dan mungkin lebih....kuat menyusu bila dah bangun tapi kalu time tido tu nak kejutkan bagi susu mmg payah sangat (ikut sape la ni ek?huhu).....mmg x sabar nak tunggu dia besar dan nak bercakap2 ngan dia...skrg bercakap ngan dia tapi xde respon lagi...hehe...cuma matanya tak berkelip tengok ummi dia mungkin untuk memahami setiap bait kata yang keluar...pandainya anak ummi...


Sekarang dapat merasai kehidupan seorang ibu...malam menjadi pendek...siang menjadi sibuk...memang kena ada persiapan mental dan fizikal betul...Aku pun dah cuba breast pump feeding yang dibeli suami minggu lepas...ok la walaupun letih gak mengepam rupanya....dan yang merisaukan aku Nuruddin xnak pun minum susu aku melalui botol susu tu....tapi masa masih panjang, aku akan pelan2 ajar dia nanti...Aku pun dah sihat sedikit sekarang...boleh mandikan Nuruddin sendiri dan siapkan dirinya dan diriku juga...bertungku sendiri dan pakaikan bengkung sendiri (kecuali bengkung rempah kena suami juga yang pakaikan...)Dan aku betul2 rasa bertuah sbb suami sangat membantu dalam semua kerja dan hal berkaitan kami...Jadi kerja2 xde la berat sangat bila ditangani bersama kan...Terima kasih abang!


Ramadhan yang tiba tahun ini dirasakan paling berbeza dalam hidupku...betul2 berada dalam dunia yang berbeza...perubahan status...perubahan tempat tinggal...perubahan suasana...perubahan perasaan....perubahan macam2....namun semua ini merupakan sejarah yang bakal tercatat dalam kamus hidupku...dan aku bersyukur padaMu ya Allah dengan semua ketentuan yang telah Engkau aturkan untukku...Alhamdulillah...


Untuk terakhirnya mintak sahabat2 doakan Nuruddin cepat2 sembuh dari demam kuning (jaundice) ni ye...dan juga tak lupa nak ucapkan Ramadhan Kareem...selamat memeriahkan Ramadhan Al-Mubarak.....Rebutlah kesempatan yang diberi dengan sebaik2nya....Moga Allah berkati hidup kita semua dunia akhirat....Maafkan salah silapku jika ada...Halalkan segalanya...Terima kasih...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers