Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar,
Lailahaillalla hu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd....
Allahu akbar
Allahu akbar,
Lailahaillalla hu wallahu akbar, Allahu akbar walillahil hamd....
“KAU MENANGIS WAHAI DIRI?”
Ya, hatiku sayu, sebak dadaku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ramadhan, malam ini kau akan pergi. Terlalu sekejap kau datang. Aku belum puas untuk melepaskan rindu kasih pada Tuhanku dalam usia yang seuzur ini.
Wahai Tuhan, kau datangkan Idil Fitri, sesuai dengan namanya. Rupa-rupanya kalimah Id bukanlah bererti Hari Raya. Maknanya yang lebih tepat ialah hari muhasabah diri yang datang berulang kali.
Malu rasanya untuk mengaku layak berhari raya kerana orang yang bertaqwa sendiri pun merasakan dirinya tidak layak berhari raya. Kerana dia tahu nilaian hatinya malah sibuk muhasabah diri dan menyemak semula ibadahnya kepada Allah. Sedangkan kita yang bertaqwa merasa diri layak berhari raya kerana jiwa kita masih belum berhalus dengan Allah.
-Anis Mubarak-
No comments:
Post a Comment