Friday, May 22, 2009

Why?

Blog bersawang? Istilah blogger-blogger yang lama tidak mengupdate blog... bagi aku bersawang kalau sesebuah rumah itu tidak dimasuki... walaupun tiada entry baru, dalam chatbox menandakan pengunjung masih ada walaupun aku tak mengharapkan blog ini dibaca oleh semua orang...

Review dan renew niat...

Hasrat mula-mula aku berblog adalah memanjangkan minat menulis aku terutama tulisan berbentuk dakwah dan juga menulis tentang diari cinta kami iaitu coretan tentang perjalanan hidup kami... dengan itu wujudlah blog yang diberi nama "Dunia Kami"...


Blog bagi aku salah satu medium berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan semua orang... walaupun pernah terfikir untuk menutup blog ataupun menjadikannya private, namun terlintas juga tentang pentingnya berkongsi pengalaman dan maklumat kerana pengalaman merupakan guru yang sangat berharga dan tidak boleh dibeli... mungkin tidak berlaku pada kita tetapi ia merupakan pengajaran untuk semua... sangat mahal!


Apa yang pasti juga, apabila kenangan-kenangan kami yang tercoret di blog ini dibelek dan dibaca kembali, seronok rasanya dalam mengenang segala yang pernah dilalui walaupun tidak semua ditulis... cukuplah sedikit sebanyak sahaja sebagai kenangan... terutama kepada suamiku yang tercinta, adik-beradik, teman-teman lama, rakan blogger yang baru berkenalan, pasti kita ingin selalu keep in touch... dan ini salah satu medium yang boleh digunakan... selamat berblog!

Last... moga Allah rahmati selalu kerja buat dan hidup kita... moga semuanya kerana Allah... ameen...

No comments:

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers