Thursday, June 11, 2009

Cuti Ini Dalam Sejarah...

Cuti sekolah kali ini telah menjadi sejarah bagi umi apabila umi berjaya drive sendiri dengan anak ke kampung untuk yang pertama kalinya tanpa abi....keputusan ini dibuat setelah kami puas berbincang dan umi meminta izin pulang dahulu ke Terengganu dengan mengajak seorang anak sedara menemani incase nuruddin tetiba boring dan meragam sebab terlalu lama duduk dalam car seat dia...

Umi memang confident untuk drive jauh sorang diri cuma bila bersama anak kecil kita perlu consider pelbagai perkara... dek kerana umi dah tak sabar sangat nak jumpa nenek ngan tokki, abi pula masih ada program yang perlu dihandle selain kena bekerja... terpaksa la umi gagahkan diri jua...


Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari KB... alhamdulillah nuruddin okey je sepanjang perjalanan sehinggalah di Besut dia merengek lapar... kami berhenti rehat di rumah Ayoh Sir jam 5.30 petang dan kereta bergera
k semula jam 7.00 malam... nuruddin dah mula mengantuk dan akhirnya tidur... walaupun sebenarnya tak elok bagi anak tidur waktu Maghrib, tapi kali ni umi terpaksa biarkan kerana itulah yang terbaik untuk umi memandu dengan aman...

Nuruddin terjaga apabila kami berhenti untuk membeli keropok lekor Sukaramai di Batu rakit... dan terus terjaga dan bermain dengan gembira sehinggalah di Kuala Ibai, dekat dah nak sampai kampung nenek barulah dia mula meragam dan nangis nak umi... terpaksa la sepupu dia, abang Khuzaifah pujuk... dan akhirnya selamat juga sampai rumah nenek ngan tokki di Chendering malam tersebut... alhamdulillah!


Umi bercuti di rumah nenek 5 hari sahaja... hari Selasa abi datang ke KT dan esoknya, kami sekeluarga berangkat pula ke KL untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat... inilah pertama kali umi dapat menghadirinya, alhamdulillah! memang seronok... sambil menyelam minum air... dapatlah kami jalan-jalan dan makan angin di KL 5 hari juga... antara lain tujuannya abi nak beli handset baru sebab dopod PDA abi dah rosak... survey di Sungei Wang Plaza xde, akhirnya ketemu juga di Low Yat Plaza yang dicari iaitu HTC Touch Dual yang second hand je... dan bahagian umi kenalah ada juga barulah adil... umi berjaya memujuk abi untuk merembat satu beg Sembonia di Sogo... thanx abi!
http://www.mobilestopic.com/images/mobile/htc-touch-dual-3.jpg

Time pulang kami mengambil keputusan untuk melalui jalan ke Cameron
Highland on d way balik ke KB... jalan-jalan seharian di Cameron memang memenatkan namun seronok sebab boleh pergi sendiri tanpa ikut rombongan... boleh drop sesuka hati kedai-kedai mana yang kita nak... rupanya bahang kepanasan yang kita rasa di bawah ini sama juga di Tanah Tinggi Cameron yang berhawa sejuk itu... bezanya angin yang bertiup di sana menyamankan jadi xde la terasa sangat panas tu...

Sepanjang di KL kamera asyik duk terperap dalam beg laptop abi dalam kereta... asyik lupa je nak bawak keluar bersama gi jalan-jalan... cuma di Cameron kami ingat nak bawa kamera... so yang boleh snapnya hanya gambar-gambar di Cameron.. so, layan je la ye...


Kehijauan daun teh...


Time ni baru sampai di Cameron Valley Bharat Tea...


Nuruddin dan abi berlatar belakangkan ladang teh...


Nuruddin dan umi di kedai bunga-bungaan... suka sungguh nuruddin boleh jalan-jalan...


nuruddin teruja melihat kecantikan bunga...


di kedai tea Bharat lagi...


pokok cactus yang indah di belakang kami... nuruddin dah penat dan tertido...

7 comments:

Cahaya Rumahku said...

tahniah mun drive sendiri :)

Nabila H.... said...

salam..
owh...Malaysia da jadi gurun mcm mesir ke? panas mcm tu? hik3...
dunia dah nak kiamat...huhu...pemanasan global berlaku...
hentikan bina bangunan...tanam pokok byk2...tp bkn pokok cili arr[ceh...perli je bunyik]

bestnye gi cameron...sweet arr sheikh nuruddin...huhu...geram nak cubit2...da tumbuh gigi brp batang da?

tunggu maksu blk thn depan ek..kita main kejar2...haha

ummu najihah said...

Berjalanlah di muka bumi..lihat gunung-gunung yang menjulang tinggi..

tahniah kerana diberi kekuatan olehNya..dan tahniah jugak sbb dapat beg sembonia..hehe..

Mun said...

terima kasih k.baiti dan k. maziah..

kepada hanis, muruddin dah tumbuh dua batang gigi... satu atas dan satu bawah... lawak kan? nanti senang-senang kak mun post entry gambar gigi nuruddin...

sanaa said...

yeah, mun dpt beg dah... yg ko guna time muktamar tu ker? cantik!! psss... adib ada ty aku aritu... ;p

sanaa said...

yeah, mun dpt beg dah... yg ko guna time muktamar tu ker? cantik!! psss... adib ada ty aku aritu... ;p

Mun said...

yup...handbag yg aku pakai time muktamar tu... aik, adib tanya ko apa?

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers