Saturday, June 13, 2009

Chocolate Dipped Strawberries dan Pisang Bakar Berkeju

Dah lama umi tak masukkan sentuhan resepi dalam blog ni... bila dah masuk kerja kembali ni masa tak berapa mengizinkan untuk umi selalu lepak di dapur... kecuali bersama-sama nuruddin tolong ma tok masak dan umi sempat juga masak lauk yang simple-simple...

Nuruddin dah aktif... selalu nak merangkak je ke mana-mana dalam rumah ni.. paling dia suka tengok ikan dalam akuarium, nak main ngan kucing kat luar... kutip segala benda yang padanya menarik untuk dibawa ke mulut dan macam-macam... jadi umi kena awasinya selalu...

Walaupun masih dalam tempoh cuti sekolah umi tak sempat juga mencuba resepi- resepi baru yang menarik... creamcheese dalam freezer dah lama umi beli nak wat cheesecake tapi tak jadi-jadi juga... susu nuruddin yang umi dah lama cairkan untuk dibuat biskut juga akhirnya rosak macam tu je bila asyik tertangguh...


Tapi ada sesuatu yang wajib umi akan usahakan juga
masak walaupun dah lewat malam, mengantuk dan letih iaitu bubur nasi nuruddin... umi takkan miss bekalan untuknya setiap hari di rumah pengasuh... itupun kena pantas dan siapkan dengan cepat... walaupun kadang-kadang terganggu juga dengan anakanda yang tiba-tiba terjaga dari tidur dan menangis bila uminya tiada di sebelah... betul la jadi ibu ni bukannya mudah dan kena banyak bersabar serta kuat semangat...

Itu belum masuk bab di tikar sembahyang... wirid dan doa kadang-kadang tak sempat sebab anak dah menangis... solat sunat, mengaji pun boleh miss... bukan lagi wajib everyday... lainnya dengan suasana sewaktu bujang-bujang dahulu... namun syukurlah sebagai ibu dan isteri ni, Allah telah sediakan pahala free untuk kita kutip mel
alui khidmat kepada mereka yang diamanahkan kepada kita... amanah kita sebagai isteri... amanah anak yang dianugerahi... amanah ibu bapa kita dan juga ibu bapa mertua... boleh dapat pahala mengembirakan hati suami... pahala melayan anak... pahala membuat kerja-kerja rumah... pendek kata, dari yang sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besarnya... dari celik mata hinggalah kita tidur kembali... moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua yang bergelar ibu... ameen...

Tetapi yang peliknya dalam sibuk-sibuk ni sempat lagi umi update blog tu...hehe... blog dan internet ni umi boleh buka dan baca dan update sikit-sikit time anakanda dah tido... bolehlah lepak depan pc kejap untuk relax... itupun kalau mata dan badan umi masih mampu bertahan...

Actually entry ni berkenaan tajuk yang umi tulis tu sebenarnya... macamana boleh jadi panjang lebar camni pulak... itula bila umi dah start menaip jadi panjang pulak ceritanya... astaghfirullah... bila la umi nak berubah ni....

Okey back to our topic, umi ada nak kongsi dua menu yang mudah, cepat dan pantas... Pisang Bakar Berkeju and Chocolate Dipped Strawberries yang umi sempat wat hari ni before abinya nuruddin berangkat ke KL pagi tadi... memang best!!!
cubalah...


Chocolate Dipped Strawberries
- resepinya mudah, umi cuma cairkan coklat bar dan celupkan dengan strawberry yang umi beli kat cameron hari tu... sedap...


Pisang Bakar Berkeju

Bahan-bahan
  • 2 biji Pisang Montel
  • Keju Parut
  • Susu/ Krimer Manis
  • Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.
Cara-cara
  • Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
  • Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
  • Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
  • Siap...! nyum! nyum!
p/s : copy dari sini... gara-gara najwa mengidam nak makan pisang bakar berkeju ni, umi pun rasa nak mencuba juga... tak tau la sama tak rasa dengan yang kat Indon tu... hehe... tapi memang sedap...

4 comments:

Nabila H.... said...

salam..
bestnye strawberry dip with choc...
kat cameron berapa ringgit sekotak?

yang banana tu memang ma xbleh makan la..nak makan bleh..sikit..sesuap cukup la...nnt naik mendadak gula dalam darah...mana taknya, pisang tu buang yg paling tinggi kandungan gula...letak krimer manis plak tu...curah coklat cair plak [kecuali letak dark choclate..bleh la tahan]..

patut la abe ca makin 'bahagia'..haha...

sanaa said...

mun, mcm sedap je pisang bakar berkeju tu... bilalah aku nak rajin gi groceries ni...haha

Mun said...

salam hanis... harga yg macam dalam gambar tu, 3 bekas RM10...

banana berkeju tu k.mun buat kebetulan ma xde kat umah time tu... jadi kami2 je yang habiskan...huhu..

'bahagia' ada maksud tu... ;P
Moga terus bahagia selamanya..ameen...

Mun said...

hehe.. cuba la sanaa resepi tu.. pasti korn suka...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers