Friday, June 19, 2009

Suami, isteri dan perjuangan...


Di ketika abi sedang bertugas di Manik Urai dan bermalam di sana dengan meninggalkan kami di rumah demi satu perjuangan iaitu untuk memenangkan Islam, umi pula sedang berusaha memujuk hati sendiri... baru kini dapat umi selami dan kini umi akur betapa sukar untuk melawan kehendak dan kepentingan peribadi kita...

Di waktu inilah benar-benar diuji dengan praktikal apa yang kita ucap sewaktu di kampus dahulu dengan penuh tegas dan yakin dalam bait-bait usrah, meeting muslimat dan perjumpaan muslimat bahawa kitalah srikandi yang akan menjadi bukan sahaja sayap kiri perjuangan malah akan membantu sedaya mungkin untuk memastikan suami kita berada di saf hadapan dalam perjuangan...

Semasa berteori di kampus, kita merasakan dapat melaksanakan semuanya... menghantar suami ke pintu yang belum pasti waktu pulangnya... memberi semangat dan dorongan apabila dirinya hilang punca... memberi pandangan untuknya keluar dari kebuntuan... berkorban harta kita untuk perjuangan... memberi jiwa kita untuk Islam... mentarbiyah anak-anak sebagai perkaderan.. memupuk biah solehah dalam rumahtangga... memastikan baitul muslim yang dibina berjaya dunia dan akhirat...subhanallah! Namun hakikatnya itu semua bukanlah mudah...

Sebagai manusia biasa, sesungguhnya sukar sekali untuk kita melakukan sesuatu yang nafsu tidak suka... melapangkan dada untuk melepaskan suami pergi meninggalkan kita dengan sendirian mengurus rumah dan anak... ditambah lagi apabila anak tidak sihat dan pelbagai kerja rumah yang ada... perginya pula tidak menentu, dan kadang-kadang hanya dapat berjumpa sekejap sahaja dalam sehari.... di waktu ini, iman dan muhasabahlah perlu ditingkatkan... jangan sampai kita menggunakan senjata tangisan dan pujuk rayu yang boleh melemahkan mereka... jika salah seorang tidak kuat, maka sia-sialah pertarbiahan kita di kampus apabila gagal dalam peringkat amal yang kedua iaitu pembinaan baitul muslim dalam harakah Islamiyyah...


Antara cita-cita abi dan umi dalam membina baitul muslim bersama mereka yang satu fikrah dan perjuangan ini adalah untuk menetapkan hati-hati kami agar terus di atas jalan dakwah ini serta memudahkan bagi kami lalui jalan yang penuh liku dan berduri ini... di waktu inilah dapat dinilai pentingnya memilih pasangan yang boleh memahami kerja buat dan taklifan yang telah diletakkan di pundak muslimin... tetiba umi dapat sedikit jawapan tentang kebarangkalian sahabat-sahabat yang ghuyub.... nauzubillah!

Moga abi dan umi dapat bergerak dengan baik secara serentak untuk semua peringkat amal dalam konsep harakah islamiyah yang diperkenalkan oleh asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna iaitu pembinaan individu muslim, baitul muslim, mujtama' islamiyyah dan daulah islamiyyah... insyaALlah! Semoga Allah merahmati ikatan ini dan menempatkan kami bersama di syurgaMu... ameen..

Last... jom sama-sama renungkan intipati komik di bawah ni...

6 comments:

Anonymous said...

mun! good article. terkesan... :)
may ALLAH bless both of u.Ameen.

Nabila H.... said...

salam..
huhu..terharu baca...
hanis terfikir nih...hanis ni bakal jadi isteri pejuang ke dop nih?...kena cari melalui bait muslim jemaah la klu nak yg dlm 1 perjuangan kn?
doakan ye...nak kahwin awl nih...kih3

Mun said...

to alayyubi..thanx atas doa... moga Allah mudahkan urusan anta juga..ameen..

Mun said...

salam hanis... insyaAllah, doa banyak-banyak... moga menjadi kenyataan...ameen...

Zinnirah said...

ameen...
betul2, realiti xsemudah teori.. takutnye... Ya Allah, thabatkan hati-hati kami di jalan ini.. Moga terus istiqamah...

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

thanks banyak akak atas perkongsian .sedikit sebanyak memberikan gambaran buat adik2 muslimat ni... muge uyun sekuat akak juge nnt. Insyaallah.

p/s : bile nak lawan chess lagi? heheh. check mate.. (^;^)

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers