23 Jun bebaru ni genaplah sudah 26 tahun umurku....
Aku berdoa agar umurku diberkati oleh Allah....
Dan diampunkan segala dosa-dosaku yang lalu...
Dilimpahkan kasih sayang-Nya....
Diberkati rezeki yang diberi....
Dirahmati setiap detik nafas yang berdenyut....
Ya ALlah, syukur atas banyak nikmat yang Engkau berikan.....
nikmat usia, masa, kesihatan kegembiraan, ketenangan, kasih sayang....
lebih-lebih lagi nikmat AGAMA dan IMAN.....
syukur ALhamdulillah....
Mudah-mudah dengan pertambahan umur ini akan meningkatkan lagi amalan dan menjadikan aku lebih baik dari yang semalam....insyaAllah...
Ameen Ya Rabbal 'ALamin....
Monday, June 30, 2008
Buat mu Srikandi I
Buat mu Srikandi I
Aku tidak tahu
Betapa rinduku pada mimpiku malam itu
Ternanti-nanti aku…
Untuk menjejaki semula mimpi itu,
Bukan asyik aku dengan alam mimpi,
Mahupun ia melalaikan … dari realiti dunia umpama mimpi ngeri,
Cuma mimpi itu, bagai ketika …
menarik nafas panjang setelah derap langkah yang panjang,
Tika debu menghembus muka …
dicelah derap kuda dipadang qital,
Tika keringat mengalir bersama darah …
yang menitis terus dari luka semalam,
Tika mampu nafas itu kutarik, tenang… mendamaikan,
Buat bekal menarik keras pacu sang buraq,
Bagi merentas padang luas qital, yang entah dimana penghujungnya,
Sekilas mimpi semalam,
Bagai bidadari kau turun dari langit,
Tika aku sudah rebah dalam basah lopak darah,
Merenung kabur-kabur pintu sakaratul maut,
Dengan tanganmu yang lembut, selendang satinmu putih bersih,
Kau sapukan darah merah mengalir dari lukaku,
Tikaku rebah diatas pangkuan ribamu, basah peluhku diam pergi,
Air yang kau hulurkan ke bibir keringku, membasahi gurun kegersangan,
Bagai orang kelaparan, kekenyangan,
Bagai orang gering, sembuh dari nazak,
Bagai orang sesat, bertemu jalan pulang,
Kau hadir bidadariku, menjemputku dari neraka dunia ke alam bunian,
Mataku hampir redup malap diribamu,
menjemput ketiduran yang amat kudambakan,
Namun dalam getar lembut suaramu, mengerak lekaku,
Sayangku;
Walau ingin kutemani kamu dalam perbaringanmu,
Malahku ingin ku hentikan gerak minit, agar saat ini kekal selamanya,
Namun gamat pekik laungan umat, sedang memanggilmu,
soldadu dipadang qital menunggu panglimanya,
Bangunlah sayangku, peluhmu sudah hampir kering,
Paculah kudamu selaju-lajunya,
Hayunkan pedangmu setinggi-tingginya,
Raduklah musuh Allah, Hancurkan derita ummat,
Asaklah kekerdilan, Bangunkan kekuatan,
Gempurlah kejahilan, Pimpinlah kebenaran,
Tebarlah keamanan dan tinggikan Tuhanmu sepanjang jejak yang kau lalui,
Paculah kudamu, jangan pandang aku dibelakang,
Jika kau rebah, akulah tangan yang kan menyambutmu,
Jika kau menjulang kejayaan, akukan tunggumu pulang,
Jika kau syahid, akanku sambutmu dipintu Jannah,
Akukan pastikan, benih-benih yang kau tanam dibumi menghijau,
akan menyusulmu kemudian ke pintu Jannah.
Selaju petir, sebingit guruh dilangit, aku berlalu,
Meninggal sang bidadari dibelakangku,
Memacu dan terus memacu,
Tiba-tiba aku tersedar, tika peluh basah menjamah mukaku,
Mimpi rupanya,
tika aku masih erat di atas tunggangan,
Pulang dari satu perang,
menuju ke padang qital seterusnya,
Bagai menarik nafas panjang tika keletihan,
Sekurang-kurangnya mimpi itu mengasyikkan,

Aku tersenyum,
Walau sebuah mimpi,
Seketika yang aman … mendamaikan.
zamashari aka Abu Saif al-Mahshari
17 Ramadhan, 1427
zamashari@gmail.com

Sunday, June 22, 2008
Marah????
Anda pernah menanggung marah?Ya, pastinya semua orang pernah kena marah dan pernah memarahi orang....Semua yang ada hati dan perasaan akan merasai perkara ini.....hanya mereka yang bermasalah sahaja tidak mengecapi nikmat ini....
Hari ni aku bercakap pasal marah sebab aku sangat rasa nak marah pada bos aku...apsal la dia ni ...ujian betul bagi kami bila dapat bos yang macam ni.....rasa cam nak berhenti hari ni jugak tapi hidup perlu diteruskan..mudah2an ada jalan keluar bagi aku dan sahabat2 aku semua untuk masalah ini...
"YaAllah, kasihanilah kami...bagilah kami ketenangan dalam bekerja kerana sesungguhnya kerja buat kami ini adalah keranaMu...bagilah kesedaran kepada bos kami tentang kaedah yang dibawanya membawa kesengsaraan kepada hati2 kami...YaAllah, ampunkanlah kesalahan dan baikilah cacat cela kami...ameen ya Rabbal 'Alamin..."
Kadang2 kami pekerja baru (baru kat tempat ni jah, before ni dah ada 3,4 tahun experience....) rasa stress dan tak seronok langsung bekerja....bila dah x seronok bekerja camna nak dapat kualiti kerja yang baik...bagi aku bila seronok kerja semangat akan datang, kita akan mudah buat kerja dan tak kan rasa penat atau mengeluh...kalu pun penat, kita still best sebab sangat berpuas hati ngan hasil usaha kita...
Aku malas nak menghuraikan apa yang berlaku kat tempat kerja aku ni, cumanya aku nak ingatkan kepada orang2 atasan ni tolooonglah create kan suasana kerja yang pekerja boleh rasa seronok berada di tempat kerja dan seronok menyumbang tenaga.....berwataklah seperti ayah dalam mendidik dan mengajar pekerja2 bawahan......
Time ni la aku rasa rindu betul dengan bos lama aku tu...teringat kasih sayang dan kelembutan yang dibawanya...betul2 aku rasa cam ayah aku jah...walaupun aku pernah kena tegur dan kena marah olehnya, aku suka sebab aku rasa dia memang ikhlas tegur aku dan aku sangat suka caranya dalam menegur dan menangani masalah2 pekerja....
Aku selalu rasa nak kembali pada masa aku bekerja di sana...nak mengulangi detik2 kegembiraan aku dalam bekerja walaupun tugas dan bebanan yang diberikan lebih banyak berbanding di sini...namun aku happy.....buat kerja tul2 seronok.....
Rindunya aku pada ukhwah yang terjalin di kalangan pekerja2 di sana....makan bersuap, tidur sebantal...tawa nangis bersama....berprogram dengan gembira, bermeeting dengan serius dan santai...berdaurah di setiap pagi jumaat yang syahdu, berusrah di tengahari jumaat yang ceria....dapat mad'u yang sangat menghormati da'inya, menganggap murabbi itu ibu dan bapanya...rindu pada sahabat2 yang sangat prihatin akan masalah sahabat2 yang lain dan cepat2 membantu dan meringankan beban sedaya yang boleh....rindu pada masakan kakak2 kantin yang best...rindu sungguh pada hubungan dan keakraban yang jitu dengan semua warga kerja di tempat tu.....
Nanti ek sahabat2...aku kepingin benar ketemu sama kamu semua!!! Aku dapat tahu kalian juga teruja ingin melihat perutku yang sekarang sudah membesar....hehe....alhamdulillah...
Kepada anakku yang kini sudah berusia 29 minggu (7 bulan lebih) dalam kandungan, ummi berdoa agar segala yang negatif yang ummi rasakan sekarang, minta ALlah s.w.t jauhkan dari dipengaruhi oleh kamu....mudah2an perkara yang baik sahaja lebih dekat dan akan masuk ke dalam hati dan perasaanmu...insyaAllah...Ya Allah, peliharalah anakku dan jauhkanlah dirinya dari perkara dan anasir2 yang tidak baik....ameen Ya ALlah...ameen....

Wednesday, June 18, 2008
Minyak naik!!!
Di mana-mana sekarang semua sibuk bercerita pasal harga minyak naik....Dan aku antara jutaan manusia yang cukup sakit hati dan sangat merasai keperitan itu....maklumlah jarak rumah aku ngan tempat keje lebih kurang 13 km, area 20 minit perjalanan....bagi aku agak jauh jugak la tu...pakai plak Waja, xde Kancil atau Viva kat umah tu...huhu....(apapun...kena syukur sangat2 dah ni.....alhamdulillah...)
Before ni aku selalu isi RM30 jah dalam 2 kali seminggu camtu....sekarang ni kena isi 50 ringgit 2 kali seminggu...itupun kadang2 x sampai seminggu dah kena isi balik....perit jugak la....RM30 dulu bersamaan RM50 sekarang atau RM60 dulu sama ngan RM100 sekarang....sadis tul....
Sedar tak sedar Allah dah bagi rakyat malaysia bala bila dapat pemimpin yang jahil, tak pandai langsung nak fikir masalah ummat dan manage harta negara ni....adusss.....mayb banyak sangat dosa yang rakyat malaysia buat sampai Allah belum perkenankan kemenangan untuk Islam....namun kita jangan sekali-kali putus asa ngan perjuangan menegakkan Islam.....TERUS BERJUANG...janji ALlah pasti benar...ISLAM PASTI AKAN MENANG!!!Moga kita semua sempat diberi ruang oleh Allah untuk merasa bagaimana indahnya sistem Islam bila ditadbir oleh pemimpin Islam yang sangat takutkan Allah....
Moga2 Allah s.w.t membuka pintu hidayah untuk Pak Lah dan kita semua juga....ameen....

Tuesday, June 17, 2008
Handset kesayanganku!!!!
Di waktu Subuh yang hening...sedang ayam bersahut-sahutan di laur rumah, aku bangkit dari tidur bagi memulakan lembaran hidup pada hari itu....syukur Ya ALlah atas nikmat masa yang masih diberikan, umur yang masih dipanjangkan, kesihatan yang masih disejahterakan dan lebih-lebih lagi nikmat AGAMA yang Engkau telah hidayahkan....Alhamdulillah.....
Aku terus mencapai tuala untuk ke bilik mandi, abang di sebelah kelihatan masih lena dalam mimpi...Dalam kepalaku, biar la aku usai mandi nanti baru dikejutkan abang untuk solat Subuh berjemaah nanti.....
Aku ke bilik mandi dan mandi...
Di saat air solat terkena basuhan kakiku yang terakhir, tetiba aku terdengar suara abang tinggi menengking seseorang...aku bergegas menyelesaikan wudhuk dan keluar dari toilet...dan apa yang aku nampak, abang dah ada di luar rumah macam mengejar seseorang....aku bingung....aku tunggu abang kembali ke dalam rumah....
Abang menceritakan hal yang berlaku...."Begini ceritanya...bla...bla...bla...."
Rupa-rupanya handset NOKIA N70 ku yang aku tinggalkan di atas katil (jadikan alarm) diambil pencuri waktu aku tengah mandi tu...abang terjaga bila pencuri tu dah berjaya mengeluarkannya dari tingkap bilik kami (dia mencuri melalui tingkap bilik yang dibuka dari luar).....uwaaaaa......sedisnya....dan memang abang tak berjaya menangkap pencuri tu...waktu tu pun alam masih lagi gelap gelita...mana nak nampak orang....
Report polis dah dibuat walaupun tahu xkan ada harapan untuk dapat balik....sekadar makluman pihak polis tentang kejadian yang berlaku di rumah kami....apa2 pun dah xde rezeki untuk pakai handset tu lagi.....handset yang hilang tu adalah handset yang telah dihadiahkan abang sempena birthdayku tahun lepas.....jadi sekarang terpaksa la pakai balik handset Samsung yang dibeli sebelum dapat hadiah tu....isk...isk....
Selamat tinggal handsetku.... (apa2pun dunia je ni...hehe....)
Cuti Sekolah!!!
Cuti sekolah adalah saat yang paling best bagi aku....yea...cuti!!!!!
Selama 2 minggu cuti sekolah aku manfaatkan seminggu di rumah ibu bapa sendiri dan seminggu lagi di rumah mertua merangkap rumah yang kami suami isteri duduk sekarang ni jugak...huhu.....memang best teman mertua.... :)
Apa yang lucu adalah aku bercuti sendiri tanpa abang di Chendering kerana abang kerja dan ada program Pemuda di Langkawi...jadi aku mintak izin ngan abang untuk berehat bersama ayahbonda di kampung...lamanya tak bercuti lama2 di sana bila dah kawin ni...kalu pun balik sebulan sekali, cuma sempat duduk 2, 3 hari jah paling lama pun....
Dan apa yang lebih melucukan lagi, kakak atas aku (kerja cikgu kat Irsyad kuantan) pun bercuti di kampung ngan anak2 tanpa suami gak...suami dia pun sibuk gak....abang sulung kami (duk kat KL) pun bercuti ngan anak2 tanpa isteri (tengah duk berpantang lagi di rumah mak ayahnya...), jadi menarik la cuti sebab masing2 seolah2 jadi anak 'bujang' che ayah balik...hehe....seronok sebenarnya berkepit ngan mak ayah ni....windunyer!!!!Dapat la tolong che ayah di kampung dan mengubat rindu mereka yang selama ni duduk berdua jah (anak2 sume jauh walaupun ada 16 orang anak).....
Adik beradik aku hampir semuanya bekerja as GURU...jadi time cuti sekolah ni memang penuh bilik di check-in oleh kami semua.....gembira je air muka che ayah waktu tu layan makan untuk kami semua. Cucu-cucu riuh kat umah...sampai tak sempat nak marking paper pun...huhu...sibuk melayan anak buah jer....dan juga dapat berjalan2, ziarah saudara mara, gi mengurut, mandi laut....
Dan hati ni memang duk merasa jugak sbb di waktu kegembiraan tu suami tiada di sisi...dah kawin ni rasa cam takleh nak berpisah lama2 pun....hati ni duk rindu jer kat suami tersayang tapi xpe.....sib baik ada phone, jadi still boleh dengar suara abang melalui telefon....
Pesanan aku untuk mereka yang pompuan yang belum kawin...TOLONGLAH BERBUAT BAIK dengan kedua orang tuamu....gembirakan hati mereka sepenuhnya selagi kamu tidak terikat ngan kontrak lain....nanti bila dah kawin...yang menjadi manusia pertama dalam hidup kamu adalah SUAMI...waktu tu kalu bertembung dua kepentingan, kepentingan suami perlu didahulukan....
Namun bagi aku, syukur sebab dapat suami yang memahami....terima kasih abang.....
Last...sampai ketemu lagi ye HOLIDAY!

Subscribe to:
Posts (Atom)