Tuesday, June 17, 2008
Handset kesayanganku!!!!
Di waktu Subuh yang hening...sedang ayam bersahut-sahutan di laur rumah, aku bangkit dari tidur bagi memulakan lembaran hidup pada hari itu....syukur Ya ALlah atas nikmat masa yang masih diberikan, umur yang masih dipanjangkan, kesihatan yang masih disejahterakan dan lebih-lebih lagi nikmat AGAMA yang Engkau telah hidayahkan....Alhamdulillah.....
Aku terus mencapai tuala untuk ke bilik mandi, abang di sebelah kelihatan masih lena dalam mimpi...Dalam kepalaku, biar la aku usai mandi nanti baru dikejutkan abang untuk solat Subuh berjemaah nanti.....
Aku ke bilik mandi dan mandi...
Di saat air solat terkena basuhan kakiku yang terakhir, tetiba aku terdengar suara abang tinggi menengking seseorang...aku bergegas menyelesaikan wudhuk dan keluar dari toilet...dan apa yang aku nampak, abang dah ada di luar rumah macam mengejar seseorang....aku bingung....aku tunggu abang kembali ke dalam rumah....
Abang menceritakan hal yang berlaku...."Begini ceritanya...bla...bla...bla...."
Rupa-rupanya handset NOKIA N70 ku yang aku tinggalkan di atas katil (jadikan alarm) diambil pencuri waktu aku tengah mandi tu...abang terjaga bila pencuri tu dah berjaya mengeluarkannya dari tingkap bilik kami (dia mencuri melalui tingkap bilik yang dibuka dari luar).....uwaaaaa......sedisnya....dan memang abang tak berjaya menangkap pencuri tu...waktu tu pun alam masih lagi gelap gelita...mana nak nampak orang....
Report polis dah dibuat walaupun tahu xkan ada harapan untuk dapat balik....sekadar makluman pihak polis tentang kejadian yang berlaku di rumah kami....apa2 pun dah xde rezeki untuk pakai handset tu lagi.....handset yang hilang tu adalah handset yang telah dihadiahkan abang sempena birthdayku tahun lepas.....jadi sekarang terpaksa la pakai balik handset Samsung yang dibeli sebelum dapat hadiah tu....isk...isk....
Selamat tinggal handsetku.... (apa2pun dunia je ni...hehe....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Inalillah....
ridwanto
Post a Comment