Anda pernah menanggung marah?Ya, pastinya semua orang pernah kena marah dan pernah memarahi orang....Semua yang ada hati dan perasaan akan merasai perkara ini.....hanya mereka yang bermasalah sahaja tidak mengecapi nikmat ini....
Hari ni aku bercakap pasal marah sebab aku sangat rasa nak marah pada bos aku...apsal la dia ni ...ujian betul bagi kami bila dapat bos yang macam ni.....rasa cam nak berhenti hari ni jugak tapi hidup perlu diteruskan..mudah2an ada jalan keluar bagi aku dan sahabat2 aku semua untuk masalah ini...
"YaAllah, kasihanilah kami...bagilah kami ketenangan dalam bekerja kerana sesungguhnya kerja buat kami ini adalah keranaMu...bagilah kesedaran kepada bos kami tentang kaedah yang dibawanya membawa kesengsaraan kepada hati2 kami...YaAllah, ampunkanlah kesalahan dan baikilah cacat cela kami...ameen ya Rabbal 'Alamin..."
Kadang2 kami pekerja baru (baru kat tempat ni jah, before ni dah ada 3,4 tahun experience....) rasa stress dan tak seronok langsung bekerja....bila dah x seronok bekerja camna nak dapat kualiti kerja yang baik...bagi aku bila seronok kerja semangat akan datang, kita akan mudah buat kerja dan tak kan rasa penat atau mengeluh...kalu pun penat, kita still best sebab sangat berpuas hati ngan hasil usaha kita...
Aku malas nak menghuraikan apa yang berlaku kat tempat kerja aku ni, cumanya aku nak ingatkan kepada orang2 atasan ni tolooonglah create kan suasana kerja yang pekerja boleh rasa seronok berada di tempat kerja dan seronok menyumbang tenaga.....berwataklah seperti ayah dalam mendidik dan mengajar pekerja2 bawahan......
Time ni la aku rasa rindu betul dengan bos lama aku tu...teringat kasih sayang dan kelembutan yang dibawanya...betul2 aku rasa cam ayah aku jah...walaupun aku pernah kena tegur dan kena marah olehnya, aku suka sebab aku rasa dia memang ikhlas tegur aku dan aku sangat suka caranya dalam menegur dan menangani masalah2 pekerja....
Aku selalu rasa nak kembali pada masa aku bekerja di sana...nak mengulangi detik2 kegembiraan aku dalam bekerja walaupun tugas dan bebanan yang diberikan lebih banyak berbanding di sini...namun aku happy.....buat kerja tul2 seronok.....
Rindunya aku pada ukhwah yang terjalin di kalangan pekerja2 di sana....makan bersuap, tidur sebantal...tawa nangis bersama....berprogram dengan gembira, bermeeting dengan serius dan santai...berdaurah di setiap pagi jumaat yang syahdu, berusrah di tengahari jumaat yang ceria....dapat mad'u yang sangat menghormati da'inya, menganggap murabbi itu ibu dan bapanya...rindu pada sahabat2 yang sangat prihatin akan masalah sahabat2 yang lain dan cepat2 membantu dan meringankan beban sedaya yang boleh....rindu pada masakan kakak2 kantin yang best...rindu sungguh pada hubungan dan keakraban yang jitu dengan semua warga kerja di tempat tu.....
Nanti ek sahabat2...aku kepingin benar ketemu sama kamu semua!!! Aku dapat tahu kalian juga teruja ingin melihat perutku yang sekarang sudah membesar....hehe....alhamdulillah...
Kepada anakku yang kini sudah berusia 29 minggu (7 bulan lebih) dalam kandungan, ummi berdoa agar segala yang negatif yang ummi rasakan sekarang, minta ALlah s.w.t jauhkan dari dipengaruhi oleh kamu....mudah2an perkara yang baik sahaja lebih dekat dan akan masuk ke dalam hati dan perasaanmu...insyaAllah...Ya Allah, peliharalah anakku dan jauhkanlah dirinya dari perkara dan anasir2 yang tidak baik....ameen Ya ALlah...ameen....
No comments:
Post a Comment