Wednesday, January 28, 2009

Birthday Ma Tok

30 Januari merupakan birthday ma tok yang ke 60... biasanya setiap kali birthday ma, K.Nasuha (K.Ha) akan celebrate makan2 di New Horizon Garden... tapi tahun ni diawalkan kerana berkebetulan kak ha, abe yeh dan kak nor ada pulang, jadi berpakat la mereka nak wat surprise birthday untuk ma di rumah sahaja dengan membeli chocolate indulgence cake di secret recipe...


Selepas sama2 berdoa dan ameenkan doa yang dibaca oleh abah, ma pun potong kek sambil dibantu oleh Zofri yang paling excited hari tu... macam birthday dia plak sebab punyalah Zofri teruja, hadiah ma tok pun dia yang tolong bukakkan... hehe...


Ma berkongsi kegembiraan dengan suami tercinta, abah bersama hadiah dari anak2...


Atok, Ma Tok, Nuruddin dan Chik (K.Ha)... sian nuruddin xleh makan pun kek tu... meleleh-leleh air liur tengok sume orang duk makan...


Kak Ha masak spaghetti bolognese petang tu sambil dibantu oleh aku (sambil2 belajar....lepas ni boleh wat sendiri...)

dan aku cuma buat puding roti mixed fruit malam tadi...


"Happy Birthday ma!!! Moga diberkati umur yang lalu dan akan datang... ameen...", dari mun, abe cha dan nuruddin...

Friday, January 23, 2009

Makang-makang...

Since aku jadi surirumah sementara sekarang ni dan tambah pulak aku tengah mengejar puasa ganti Ramadhan aku sebanyak 30 hari tu (setakat ni baru selesai 11 hari...alhamdulillah), aku agak berkeinginan makan macam2... dan aku pun telah mencuba beberapa resepi dari internet... So, untuk aku tak lupakan antara masakan yang aku dah cuba (yang berkebetulan aku teringat mensnapnya), aku ingin abadikannya dalam blog ni...

Jom mencuba kalau berminat!

Resepi 1 : Kek Keju Cheddar


recipe from cik mat dr myresipi.com -->

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang ) :

  • 250 g mentega
  • 230 g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
  • 100 ml susu UHT (aku guna susu sejat)
  • 280 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder

Cara-cara :

  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).
# oleh kerana rasa dia agak muak bila makan banyak, so aku taruk toping coklat, terus sekejap je licin... sampai mak mertua tak puas makan... huhu...


Resepi 2 : Mushroom soup + garlic bread


copypaste resepi dari farahkitchen.blogspot.com-->

Mushroom soup

Bahan A :
1/2 ulas bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dimayang
1 cawan/mangkuk cendawan butang putih (dihiris)
1/2 biji ubi kentang didadu
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran @ kiub stok ayam + 4 cawan air
1/3 cream / susu sejat

Bahan B :
1 s/k tepung jagung
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air rebusan ayam/sayuran kedalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan
  2. Masukkan bahan A dan panaskan sehingga mendidih
  3. Taburkan bahan B mengikut citarasa.
Garlic bread : marjerin/butter + bawang putih dan daun pasli dicincang halus...

# aku guna cendawan butang straw sbb abinya tersalah bukak tin cendawan ni, kalau ikutkan nak guna cendawan butang putih...


Resepi 3 : Rich Chocholate Pudding



resepi dari rinnchan.fotopages.com -->

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (Tanpa perisa)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

# aku gunakan separuh je untuk setiap sukatan dan lebihan coklat swiss roll sbg layernya....


Resepi 4 : Pudding Mangga Madu


resepi dia aku amik dari majalah Nur...

Bahan-bahan :
sebiji mangga masak
10 gram agar2 serbuk
madu secukup rasa

cara-cara : bland mangga sampai halus, masukkan bahan2 lain dan masak semuanya atas dapur dan bila dah masak, tuang dalam bekas, bekukan...


Resepi 5 : Lokan


Bakar lokan sampai mulut dia terbuka luas... atau lagi best sampai air dia kering..... then cicah dengan sos mayonis atau sos pencicah lada...


# Terima kasih kepada semua netters yang sudi berkongsi semua resepi ni...

# Hehe... itu je.. anyway tak banyak pun... saje je nak kasi semangat lagi untuk aku mencuba resepi2 seterusnya selepas ini... erm... teringin tul nak wat 'mac and cheese kasih sayang'... resepi dari puncakkasih.multiply.com... tengok la bila nuruddin kasi can lama sikit ummi kat dapur ummi akan cuba wat ye...insyaAllah...

# Nuruddin sekarang dah kurang minum susu... hari ni baru masuk 5 bulan, aku ingat masuk 6 bulan baru nak bagi solid food tapi nape dia dah kurang minum even susu masih banyak... erm, dah nak start makan ke nuruddin?

Sunday, January 18, 2009

Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu

Alhamdulillah... akhirnya PAS menang di Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu... takbir! Allahuakbar!!!

Aku pulang ke Chendering hari Selasa lagi untuk bersama2 melihat kemeriahan menghadapi Pilhan Raya di kuala terengganu... dan kami sekeluarga (baca:che ayah dan adik beradik) semua mengundi di Sekolah Menengah Chendering bagi Dun Batu Buruk pada 17 hb, semalam...

Di tempat membuang undi, seperti biasa aku akan berjumpa semula kawan2 sepermainan sewaktu kecil2 dahulu... sememangnya beginilah setiap kali adanya pilihan raya kerana pilihan
raya ibarat reunion kecil yang tidak disangka2... biasanya kawan2 sekolah rendahlah yang ramai dijumpai...

Berbalik kepada pilihan raya, memang diakui hati agak ragu2 untuk merasa kemenangan bakal menjadi milik PAS kerana melihat kepada gaya kempen yang melampau2 oleh puak BN dan UMNO... kampung aku memang kubu kuat BN, jiran2 yang biru mata hitamnya ini siap mengibarkan bendera UMNO dan BN di sekitar rumah... dan mengkhabarkan pelbagai barang dan beratus2 duit mereka perolehi dari BN hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi...


Kumpulan2 BN juga sering kelihatan membuat kempen bergerak (gash) dari rumah ke rumah beserta hadiah2... suasana yang tidak pernah aku jumpai ketika menghadapi pilihan raya sebelum2 ini... hebat sungguh kempen dan duit yang mereka habiskan! Namun, keluargaku yang sudah diketahui umum tidak berpihak kepada mereka sememangnya tidak mendapat apa2 langsung dari parti dacing senget sebelah itu...

Mujur juga ada sekali lagi pilihan raya ini, selain PAS mendapat kerusi Parlimen, kami adik beradik dapat berkumpul beramai2... riuh rumah che ayah di Chendering... memang rindu nak merasai suasana bergembira bersama adik beradik yang ramai ini sebab kami sudah jarang sekali dapat berkumpul begini selalu... selain hari raya (itu pun 2 tahun sekali sebab ikut giliran), masa seperti inilah yang dicari... beginilah resam adik beradik setelah masing2 berkahwin dan berkeluarga... sesekali dapat berkumpul bersama seperti zaman2 semua orang masih bujang dan bersekolah dahulu alangkah seronoknya!

Kami sempat snap gambar sekitar Pilihan Raya... jom layan....








Friday, January 9, 2009

Uncle???



Kedatangan pakcik asyrul dan keluarganya ke rumah ma abah di Kota Bharu bebaru ni... sebabnya adik asyrul (depan, baju putih) akan melanjutkan pelajaran di Sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong untuk kemasukan tingkatan 1... mereka sekeluarga bermalam di rumah kami sebelum mendaftar pagi esoknya...

Dapat la 2 sahabat (atas, 2 orang dari kiri) lepak2 bersama malam tadi...
ingatkan bila Presiden dan SU KSPro ni berjumpa banyak la dapat berbincang pasal perkembangan kelab tapi nampaknya suasana KL juga yang banyak memberi inspirasi untuk perbincangan ke arah itu...

Dalam gambar ni x kelihatan nuruddin sebab dia tengah syok tidur, malas nak angkat dia, sian pulak sebab awal2 pagi lagi depa ni dah nak beransur2 bertolak, jauh Pulai Condong dan KB sekitar 45 minit perjalanan juga...

Kepada adik asyrul, moga menjadi al-hafiz yang cemerlang!ameen...

Monday, January 5, 2009

Action!!!!

Sudah masuk 4 bulan lebih... pelbagai aksi, gaya dan gelagat nuruddin yang boleh dilihat sekarang...

Alhamdulillah Nuruddin masih lagi menyusu secara exclusive (tinggal lagi sebulan lebih insyaAllah) dan berat badan cepat naik... walaupun tubuh tak montel tapi padat... bila angkat memang berat sungguh... ma tok pun xleh dah nak dukung lama2 sangat, nanti sakit pinggang ma tok... ummi yang masih muda ni pun boleh sakit2 pinggang kalu duk dukung nuruddin selalu... jadi alternatifnya kami ajar nuruddin duk bawah dan main2 kat bawah sendiri dan nampaknya dia pun selesa begitu... cuma yang pasti kena biar dia nampak ada orang di sekitar dia ataupun ada orang yang bercakap2 dengan dia... sebab banyak betul cerita yang dia nak kongsikan... atok la rajin duk sembang ngan nuruddin...

Kalau ditinggal dia sorang2 camtu jah, pasti dia akan menjerit memanggil sape2... ataupun waktu
dia tak puas hati, terus dia bukak high volume suara dia (berlatih tarannum dari kecil), jadi kena la kami memujuk dengan cara dukung juga.... biasanya abi la yang menjadi mangsa... mujur la abi nuruddin best, selalu tolong ummi jaga dan dukung nuruddin...

Nuruddin lambat sikit bleh meniarap, 4 bulan baru boleh balikkan tubuh... mayb sebab tubuh dia berat, waktu masuk 4 bulan dan gi check up kat klinik, berat dia 6.6 kg... walaupun nuruddin dah boleh balikkan tubuh tapi still tak boleh melungsur tubuh lagi... selalu dia berusaha dengan bersungguh2 untuk bawa tubuh dia ke hadapan, masih lagi tak dapat sebab berat...hehe... sian jugak tengok... bila lelama dah macam tu, mula la dia ngepek (baca :mengomel)...


Nuruddin dah pandai gigit sesuatu, jari sendiri, jari ummi, jari abi, kaki dia sendiri (sebelah dan kadang2 dua2 belah sekali), baju dia sendiri, baju orang lain, selimut, tilam, bantal, mainan dan apa sahaja yang boleh bawa ke mulut.... yang paling terkini, dia suka tidur mengiring... lucu betul tengok... dia ngadap abi, abi ngadap dia, aksi kaki dan tangan dua beranak ni serupa jah... like father like son sungguh...

Inilah antara babak2 aksi nuruddin yang sempat disnap....
kamera... roll.... action!!!


antara habit baru nuruddin, pantang boring sikit hisap jari, pantang hisap jari sikit, dia boring la tu... sampaikan abi dia ikat tangan supaya tak sampai ke mulut... tapi usaha nuruddin yang gigih tercabut gak ikatan tu.... kuat tul nuruddin ni ek... ;)
p/s : gambar ni special dari cik teh (Dr. Nazian Hanna)... cik teh yang snap dari handset dia bersama baju yang cik teh hadiahkan... terima kasih cik teh...


Lagi gelagat dan aksi nuruddin...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers