Alhamdulillah... akhirnya PAS menang di Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu... takbir! Allahuakbar!!!
Aku pulang ke Chendering hari Selasa lagi untuk bersama2 melihat kemeriahan menghadapi Pilhan Raya di kuala terengganu... dan kami sekeluarga (baca:che ayah dan adik beradik) semua mengundi di Sekolah Menengah Chendering bagi Dun Batu Buruk pada 17 hb, semalam...
Di tempat membuang undi, seperti biasa aku akan berjumpa semula kawan2 sepermainan sewaktu kecil2 dahulu... sememangnya beginilah setiap kali adanya pilihan raya kerana pilihan raya ibarat reunion kecil yang tidak disangka2... biasanya kawan2 sekolah rendahlah yang ramai dijumpai...
Berbalik kepada pilihan raya, memang diakui hati agak ragu2 untuk merasa kemenangan bakal menjadi milik PAS kerana melihat kepada gaya kempen yang melampau2 oleh puak BN dan UMNO... kampung aku memang kubu kuat BN, jiran2 yang biru mata hitamnya ini siap mengibarkan bendera UMNO dan BN di sekitar rumah... dan mengkhabarkan pelbagai barang dan beratus2 duit mereka perolehi dari BN hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi...
Kumpulan2 BN juga sering kelihatan membuat kempen bergerak (gash) dari rumah ke rumah beserta hadiah2... suasana yang tidak pernah aku jumpai ketika menghadapi pilihan raya sebelum2 ini... hebat sungguh kempen dan duit yang mereka habiskan! Namun, keluargaku yang sudah diketahui umum tidak berpihak kepada mereka sememangnya tidak mendapat apa2 langsung dari parti dacing senget sebelah itu...
Mujur juga ada sekali lagi pilihan raya ini, selain PAS mendapat kerusi Parlimen, kami adik beradik dapat berkumpul beramai2... riuh rumah che ayah di Chendering... memang rindu nak merasai suasana bergembira bersama adik beradik yang ramai ini sebab kami sudah jarang sekali dapat berkumpul begini selalu... selain hari raya (itu pun 2 tahun sekali sebab ikut giliran), masa seperti inilah yang dicari... beginilah resam adik beradik setelah masing2 berkahwin dan berkeluarga... sesekali dapat berkumpul bersama seperti zaman2 semua orang masih bujang dan bersekolah dahulu alangkah seronoknya!
No comments:
Post a Comment