Friday, January 23, 2009

Makang-makang...

Since aku jadi surirumah sementara sekarang ni dan tambah pulak aku tengah mengejar puasa ganti Ramadhan aku sebanyak 30 hari tu (setakat ni baru selesai 11 hari...alhamdulillah), aku agak berkeinginan makan macam2... dan aku pun telah mencuba beberapa resepi dari internet... So, untuk aku tak lupakan antara masakan yang aku dah cuba (yang berkebetulan aku teringat mensnapnya), aku ingin abadikannya dalam blog ni...

Jom mencuba kalau berminat!

Resepi 1 : Kek Keju Cheddar


recipe from cik mat dr myresipi.com -->

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang ) :

  • 250 g mentega
  • 230 g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
  • 100 ml susu UHT (aku guna susu sejat)
  • 280 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder

Cara-cara :

  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).
# oleh kerana rasa dia agak muak bila makan banyak, so aku taruk toping coklat, terus sekejap je licin... sampai mak mertua tak puas makan... huhu...


Resepi 2 : Mushroom soup + garlic bread


copypaste resepi dari farahkitchen.blogspot.com-->

Mushroom soup

Bahan A :
1/2 ulas bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dimayang
1 cawan/mangkuk cendawan butang putih (dihiris)
1/2 biji ubi kentang didadu
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran @ kiub stok ayam + 4 cawan air
1/3 cream / susu sejat

Bahan B :
1 s/k tepung jagung
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air rebusan ayam/sayuran kedalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan
  2. Masukkan bahan A dan panaskan sehingga mendidih
  3. Taburkan bahan B mengikut citarasa.
Garlic bread : marjerin/butter + bawang putih dan daun pasli dicincang halus...

# aku guna cendawan butang straw sbb abinya tersalah bukak tin cendawan ni, kalau ikutkan nak guna cendawan butang putih...


Resepi 3 : Rich Chocholate Pudding



resepi dari rinnchan.fotopages.com -->

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (Tanpa perisa)

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

# aku gunakan separuh je untuk setiap sukatan dan lebihan coklat swiss roll sbg layernya....


Resepi 4 : Pudding Mangga Madu


resepi dia aku amik dari majalah Nur...

Bahan-bahan :
sebiji mangga masak
10 gram agar2 serbuk
madu secukup rasa

cara-cara : bland mangga sampai halus, masukkan bahan2 lain dan masak semuanya atas dapur dan bila dah masak, tuang dalam bekas, bekukan...


Resepi 5 : Lokan


Bakar lokan sampai mulut dia terbuka luas... atau lagi best sampai air dia kering..... then cicah dengan sos mayonis atau sos pencicah lada...


# Terima kasih kepada semua netters yang sudi berkongsi semua resepi ni...

# Hehe... itu je.. anyway tak banyak pun... saje je nak kasi semangat lagi untuk aku mencuba resepi2 seterusnya selepas ini... erm... teringin tul nak wat 'mac and cheese kasih sayang'... resepi dari puncakkasih.multiply.com... tengok la bila nuruddin kasi can lama sikit ummi kat dapur ummi akan cuba wat ye...insyaAllah...

# Nuruddin sekarang dah kurang minum susu... hari ni baru masuk 5 bulan, aku ingat masuk 6 bulan baru nak bagi solid food tapi nape dia dah kurang minum even susu masih banyak... erm, dah nak start makan ke nuruddin?

8 comments:

sufiyyah zulkifli said...

subhanallah! byknya mlmh masak ek!
ni nk kena gi rumah mlmh ni. boleh tumpang dua kaki.
hehe

Mun said...

sebenarnya sufiyyah... mlmh x masak sekaligus semua tu sehari je... beberapa hari dah tapi baru rasa nak post dalam blog....huhu...

nak mai umah? boleh je... tapi kalau semua makanan tu dah licin jangan marah ye...;)

Anonymous said...

amboi, rajinnyer masak... hehe..

Nabila H.... said...

assalamualaikum...
ooo...time hanis duk umah asyik hanis je wat ye? bila dah fly macam2 yg dia buat...isk3...jaga la...nanti balik nak buli cukup2...satu hari satu kek...wakakaka...

Mun said...

waalaikumussalam hanis...

hehe... bila hanis xde ni xtau plak nak makan apa time2 lepak tu... jadi rajin la plak k.mun tanya encik google apa yang boleh dicuba...

kalu hanis balik nanti nuruddin yang nak buli mak su dia cukup2... ready tau!huhu ;)

faizhanim said...

wah...sportingnyer nuruddin bagi peluang kat umi dia masak best2...kalau anas mesti tak bagi peluang...asal balik keje/post call je terus kena kepit dia je....dah takleh buat keje lain dah..anas dah start makan bubur nasi masa 6 bulan baru ni...susu pun dah kurang...

Mun said...

Hehe... x jugak k.zah... kadang2 bila nak masak, selain nuruddin tidur, abi dia tolong jaga... jadi ada chance duduk dapur lama sikit...

sejak nuruddin kurang menyusu ni dia kadang2 wat perangai sikit... selalu nak orang bersama dia... dukung ke, bawa gi jalan2 ke baru dia ok... letih jugak la...

Jehan said...

komen bahasa cina di atas adalah spam yg bermaksud blue. just nak bagitau may b sis nak delete.

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers