Tuesday, March 31, 2009

Birthday Sultan Kelantan

Hari Ahad petang bebaru ni tetiba abi muncul di tingkap bilik kami... "Assalamualaikum umi!" wah... terkejut umi... "Waalaikumusslam abi!"... abi wat surprise kat umi dengan tetiba balik dari Perak rupanya... umi gembira la... dan rupa-rupanya juga abi balik kejap je sebab kena amik baju yang nak dipakai Pemuda di Perak... satu van penuh berisi baju ( xde can la ummi nak tumpang naik van ke Bukit Gantang jugak...huhu...) dan hari Isnin iaitu esoknya abi dah nak ke Perak semula... sedih balik... isk..isk...

Oleh kerana esoknya kami akan berpisah sementara lagi, ummi pun ajak la abi berjalan-jalan malam tu tengok lampu yang berwarna warni di Kota Bharu sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang disambut oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan... meriah sungguh! Kenderaan dan manusia pun ramai yang keluar malam tu...

Sempat la umi snap gambar melalui handset umi... (umi beli handset baru... Nokia 5320 Express Music sebab Cik Arah a.k.a Sarah kerosakan handset, jadi umi kasik handset umi kat dia) dan umi terpaksa beli Nokia gak sebab nak yang 'smart phone' dengan harga yang agak murah... kalu Samsung smart phone harga mau capai 4 angka... sedih kan.... terpaksa dengan sebab...

Inilah cahaya-cahaya yang menyimbah bandar Kota Bharu malam tersebut...




Dah penat jalan-jalan (sebenarnya x berjalan pun... meronda dalam kereta je)... kami pun singgah di restoran yang baru dibuka dekat Wakaf Che Yeh dan ni la first time Nuruddin duduk dalam high chair... muka pun cam takut-tajut je... xpe, ma tok kata nak cari kerusi rotan camni satu untuk Nuruddin... boleh la Nuruddin makan sama-sama kami lepas ni...


Last.. untuk abi yang bertugas di Perak sekarang... teruskan perjuangan.. moga Islam menang di seluruh kawasan! ameen...

Cahaya Islam Yang Bersinar... Allahuakbar!!!

Friday, March 27, 2009

Seven and Savings...

Pejam celik pejam celik... usia Nuruddin dah 7 bulan... macam2 perkembangannya sekarang... dah boleh duduk sendiri sambil bermain mainan (tapi ummi still kena jaga sebab pinggang dia tak betul2 kuat lagi, takut terbalik bila lama2)... dah boleh menarik tubuh sendiri untuk mencapai barang yang dia nak (sebab rumah pengasuh xde walker jadi selalu duduk bawah dan akhirnya boleh melungsur)...

Semua benda dia seronok nak main... yang paling
menarik perhatian dia, plastik, bunga2 gubahan, kain yang bergantung, tak kira langsir or baju orang dan juga buku or kertas2... bear dan mainan2 dia yang banyak kat playpen tak dihiraukan pun... dan yang pasti semua barang2 yang dia suka dibawanya ke mulut... gatal gusi sebab nak tumbuh gigi agaknya...

Nuruddin dah kenal orang-orang yang dekat dengannya tapi mujur la nuruddin ni jenis yang boleh pergi ngan sesiapa janji dukung dan bawa dia jalan-jalan atau bermain-main... paling seronok tengok dia main bola... beria-ia sungguh dapatkan bola tu... tak kira time dalam walker ataupun time melungsur...

Nuruddin kuat makan... rutin nuruddin makan makanan yang ummi masak dua kali sehari... dia kurang berminat cereal walaupun cereal beras kosong dicampur susu ummi... kalau nasi yang ummi campurkan sayur (bayam or labu or bunga kubis or pucuk manis or bronkoli) + ikan + kismis + carrot + kentang... kejap je dia habiskan dan dengan kuantiti yang banyak pulak tu... berselera sungguh! takpe la.. yang penting makanan tu berkhasiat dan ikut jadual... alhamdulillah bekalan susu ummi Allah izinkan cukup untuk sepeninggalan ummi waktu bekerja dan sewaktu nuruddin bersama ummi di rumah...


Kejap je nuruddin dah nak pandai merangkak dan berjalan... rasanya baru semalam ummi berkenalan ngan abi...hehe... dan ummi akui memang besar cabaran membesarkan anak... sehari ke sehari kita melihat dia membesar dan seboleh mungkin kita ingin bekalkan yang terbaik untuknya... hari-hari duk fikir tentang masa depan yang bakal ditempuhinya... selain yang wajib iaitu pendidikan rohani dan tarbiyyah yang ingin dibina hari demi hari... tidak dilupakan juga simpanan masa depannya? cukupkah hanya setiap bulan menabung untuknya di Tabung Haji? atau simpanan belajar manakah yang paling baik? Sahabat2... tolong ek kalau ada pandangan... moga Allah s.w.t mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita...

Dah hampir sebulan nuruddin ummi tinggalkan di rumah pengasuh time ummi kerja... alhamdulillah ada sorang kakak yang dah biasa mengasuh dan rumah dia depan sekolah ummi offer jaga baby... so, ummi pun setuju la... ummi dah start hantar bermula 2 Mac lagi... bulan Mac antara bulan yang banyak cuti sekolah termasuk la hari ni ummi cuti lagi selama 5 hari sebab Isnin dan Selasa hari Keputeraan Sultan Kelantan... yahoooo! errr... tapi tak berapa seronok cuti sebab abi takde kat rumah, abi kena gi Perak... uhuk..uhuk... takpela jihad.. kan abi kan... walaupun banyak cuti, nuruddin dah biasa dan kenal dengan pengasuh baru dia yang diajar nuruddin memanggilnya mak... kat rumah mak ada dua orang kakak sebagai kawan nuruddin yang berumur 2 dan 4 tahun... mereka la selalu main-main ngan nuruddin... sebab tu nuruddin tak meragam dan seronok jer... kan nuruddin kan... except time ummi muncul jam 2.00 petang, terus nuruddin meronta-ronta nak dapatkan ummi... rindu dia kat ummi...

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai... syukurku padaMu... Alhamdulillah!
Ya Allah, Jadikanlah aku ummi yang terbaik untuk anak-anakku dunia dan akhirat... ameen...


p/s : entry kali ini tidak bergambar sebab charger kamera rosak... huhu... tunggu abi beli yang baru la ye...

Monday, March 23, 2009

Info Pemakanan Anak

Ummi amik dari blog mama qaisara sebab info ni berguna... thanx lin...

Umur : 5-6 bulan
Tekstur makanan : Puree halus
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

Umur : 6-8 bulan
Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu /FM 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan
Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula(sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan
Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu /FM 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Info : Anak yg comel & gemuk bukan semestinya hasil drp pemakanannya yg berkhasiat. Anak yg kecil & kurus tidak bermakna mereka kurang zat. Semua itu bergantung kpd bagaimana ibu bapa membentuk corak pemakanan mereka.

Sunday, March 22, 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi...

Cuti sekolah penggal pertama selama seminggu baru berlalu... hari ni dah mula persekolahan kembali... walaupun cuti ummi seminggu, ummi ada kursus guru dari hari Sabtu sampai hari Selasa... jadi tinggal hanya 4 hari cuti sekolah untuk ummi iaitu Rabu sampai Sabtu... dan tempoh masa yang ada tu ummi dan abi gunakan sebaik-baiknya dengan membawa nuruddin bercuti di KT... jumpa nenek ngan tokki... rindu betul kat mereka... ye la dah hampir 2 bulan kami x berjumpa...

Dalam meraikan cuti2 Malaysia di Terengganu, kami sekeluarga bersama adik beradik yang berkebetulan free iaitu family K.Har, family K.Dah, family K.Loo dan Sarah sempat berkelah di Air Terjun Sekayu, Kuala Berang pagi Jumaat bebaru ni... dan inilah baru kali pertama Nuruddin mandi air terjun pada usia hampir 7 bulan... walaupun yang mandi bahagian kaki je...haha...

ummi : best kan nuruddin...
nuruddin : best tapi sejukkkkkkkkkkkk la ummi...
abi : yo lo ko... hehe...


Kesempatan kami balik ke Kuala Terengganu juga, kami dapat menghadiri majlis perkahwinan Zaim dan Salmiah (ex-junior UTM) di Pasir Panjang dan ziarah anak sulong Yasmin dan Fuad (satu batch UTM), Aisyah Humaira di Rusila... ops terlupa pulak nak snap gambar mereka semua... xde rezeki nak berkongsi wajah2 kegembiraan insan2 tersebut ngan sahabat2 yang jauh... sori ye!

Sehari sebelum balik KT, ummi, abi dan pok Ja (Zakiri) sempat menjengah perkahwinan Yusof (junior UTM) dan pasangannya di Selising, KB... waktu kami datang jam dah 6.30 petang, so pengantin pun dah tukar uniform kahwin diorang... tapi time ni kami sempat bergambar... boleh la sahabat2 nak kenal wife usop ni... orang Besut yang masih belajar di Kedah...

Kepada adik-adik lain yang berkahwin dan menjemput kami terutama Musfirah Mespuan dan Durratul Khair Khairullah yang mana tarikh perkahwinan mereka juga dalam cuti sekolah, Kak Mun dan Abg Adib mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat hadiri majlis kalian... memang asalnya kami bercadang nak ke KL tarikh tu tapi kebetulan pula ada kursus guru yang kak mun wajib hadir, jadi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan... maaf ye...

Doa kami untuk pengantin....
"Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan dan keberkatan dunia akhirat...ameen..."

TAHNIAH!!!

Sunday, March 15, 2009

Tag First Born from K.Widayu

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!


keadaan ummi seminggu sebelum bersalin...

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
erm... rancang yang menjadi iaitu 'bunting pelamin'...haha...

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
of course la..

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
suka sangat-sangat...

4. HOW OLD WERE YOU?
umur ku kawin... 25 years old..

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
period x datang after married... dah dapat agak dah...dan test sendiri kat rumah pepagi buta lepas abang belikan pregnancy test kat KL (sebab kebetulan ada kerja kat KL time tu)... dan alhamdulillah +ve... then gi check kat klinik lagi sekali nak confirmkan... excited sungguh!

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
my hubby la... terus kejutkan abang dari tidur untuk bagitau berita best tu...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
yes.. supaya senang nak ready untuk persiapan kelahiran dia... dan memang perasaan kuat mengatakan yang anak sulong ni laki2...

8. DUE DATE ?
September 5, 2009

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
August 24, 2008

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.24kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
tak sangat... cuma muntah sikit lepas gosok gigi tetiap pagi...

12. WHAT DID YOU CRAVE?
banyak sangat... mintak je ngan abang mesti dapat... (taktau la mengidam betul2 ke idak...haha)

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE M OST?
asyik batuk je sepanjang pregnant terutama malam... perit jugak rasanya sebab menekan rahim... lepas beranak je batuk pun hilang...

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
A boy

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
no

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
area 9kg

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
no

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
-

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Masalah rahim jatuh masa awal2 pragnant... 2,3 bulan lepas tu gi check balik alhamdulillah dah ok...
Pagi sebelum bersalin tu
ada turun darah sikit.... then terus gi HUSM... rupanya jalan dah terbuka 4cm...

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Universiti Sains Malaysia, KB

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
lebih kurang 6hours.. masuk 9 pagi lebih kurang, 3.14 petang nuruddin melihat dunia...

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My Hubby..

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Hubby, Dr pompuan and 2 orang nurse...

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
natural...

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
takde... cuma dr pelatih masukkan air supaya cepat bersalin...

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Adib Nuruddin bin Adib Faisal

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
6 months, 2 weeks, and 5 days old..

28. Kawan2 yang ummi nak tag..
kak zah
kak zahrah
sanaa
kak suhaila
kak raudhah
nak tau gak pengalaman first born dari kalian... jawab la tag ni kalu free ye..


saat2 selepas selamat melahirkan nuruddin...

Sunday, March 8, 2009

Tag Muhasabah Boikot


Sori K.Baity sebab lambat plak jawab tag ni... internet tetiba beronar kat rumah... sekarang baru ok... jom kita sama2 jayakan!!! Tag ni berkenaan tajuk entry di atas.... dan perkara2 yang perlu dibuat adalah...

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ni bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan pada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda dan lihat : jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Caltex


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 product yang saya dah boikot :
1.
Nokia – sekarang pakai Samsung... itupun selepas N70 dicuri... tapi rasanya cam Nokia gak lagi best...huhu...
2. Nestle (Nescafe/Milo/Maggie – dah tukar ke Indocafe, Vico dan Mamee)

3. Colgate (pakai Halagel)

4. Kotex (tukar ke Intimate...best..)

5.
Intel (dah lama pakai AMD..)

5 produk yang saya dah cuba boikot :
1.
Mc D, KFC, Pizza (sangat memerlukan ketinggian mujahadah....mujur abi kuat gak sikit...haha)
2.
Procter and Gamble - syampoo Pantene ye jugak ek? apapun dah cuba berjinak-jinak ngan Sunsilk lurus menawan... best gak...
3. Danone - biskut Jacobs dan yogurt...
4. Tisu Scott, Scottex dan Kleenex under Kimberly-Clark - banyak lagi alternatifnya...

5.
Gillette - cari jenama lain... berlambak lagi kan...

5 produk yang sukar diboikot :
1.
Star Wars - games dan buku cerita yang digemari abi... mujahadah abi.. jom!
2. Kraft Cheese - selalu beli keju jenis ni sebab lagi best dan ianya dijamin halal... ada cadangan?
3.
Johnson & Johnson - suka guna shower form dia... bedak dah tukar ke Pureen..
4. Oral-B - berus gigi dia bagus sangat... suka guna..
5. Glade dan Ambi Pur - susah nak cari alternative pewangi kereta yang tahan lama dan best bau macam jenama ni...

5 Orang Yang Saya Nak Tag :
1. Kak Baiti
2.
Kak Widayu
3.
Sanaa
4.
Nabila Hanis
5.
Kak Zah

Sekarang ummi dan abi sedaya mungkin cuba mengelak yang mana termampu insyaAllah.... selebihnya kalau dah terpaksa jugak (boleh guna perkataan ni ke?), pejam mata sahaja la nampaknya... ampunkan hamba-hambaMu ini
ya Allah...

Semoga ianya benar-benar membantu usaha kita dalam menentang kezaliman Israel. Amiin...

Thursday, March 5, 2009

Abi dan Fertigasi

Dengan keadaan kemelesetan ekonomi dan kos sara famili yang semakin meningkat, ana mengambil keputusan untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian..

dan ana telah memilih cili fertigasi..

Mengapa Cili?
  • cili dikhabarkan antara pokok yang sukar dijaga, menyebabkan tidak ramai petani yang menanamnya.
  • cili yang dijual di Malaysia kebanyakkannya diimport daripada luar, majoriti daripada Thailand
  • namun dikhabarkan cili daripada Thailand ini adalah rejected product yang mana kandungan racun yang digunakannya amat tinggi dan boleh membahayakan di dalam jangka masa yang pajang..bahkan dikhabarkan, hanya cili2 thailand yang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke Singapore, yang rejected di jual di pasar2 Malaysia..
Oleh itu, pengeluaran di dalam negara untuk Cili masih jauh daripada mencukupi dan ana melihat ianya sebagai satu peluang dan cabaran..

Mengapa Fertigasi?
  • teknologi ini dapat memberi 3 kali ganda hasil untuk bilangan pokok dan keluasan yang sama dengan kaedah konvensional/tradisional..
  • sesuai untuk mereka yang nak usahakan secara part-time (seperti ana)
  • sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai tanah yang luas
Sekarang ni ana masih di dalam proses berjinak-jinak, belajar dan bereksperimen..malas nak gi kursus yang formal..sekadar kursus di internet melalui laman web, blog dan forum-forum..

Alhamdulillah, ana telah berjaya menyemai 20 benih Cili Kulai Hybrid 568...

Daripada 20, 17 bercambah dan 13 sahaja yang berjaya tumbuh..
Medium yang digunakan adalah peat-moss, beli di KB dgn harga RM3.50 utk 1 beg kecil (ana timbang, dekat2 1.5kg)

Sekarang ni anak pokok dah mencapai ketinggian 10~13cm, dan baru ada 2 helai daun (pucuk baru nak tumbuh)..


ni dah umur 21hari...

ni pokok yang paling besar.. kadar tumbesaran pokok berbeza-beza..ada yang pantas, ada yang kurang pantas.. alhamdulillah, tiada yang bantut..

Boleh rujuk di website berikut utk maklumat lanjut bagi yang berminat...
http://www.sabakagro.com.my
http://my-fertigasi.com/
http://www.fertigasionline.com/
http://abiagro.com.my/

Monday, March 2, 2009

Owh sekolahku begituku rindu....

Baru menghampiri 3 minggu aku di tempat kerja baru iaitu SMU (A) Tarbiah Mardhiah Pancor Kemumin KB... dan aku masih dalam proses mengenal sedikit demi sedikit pengurusan dan bertaaruf dengan sahabat2 pendidik yang seramai hampir 80 orang itu... Aku diberi tugas mengajar subjek Science form 1,3 and 4 beserta Geografi form 1... walaupun option aku Matematik / Matematik Tambahan, tapi sekolah tu dah ramai cikgu Math and tiada subjek Add Math...

Sekolah yang menempatkan 1000 lebih pelajar ini sebenarnya banyak mengimbau kenangan aku sewaktu zaman2 persekolahah dahulu... terlalu banyak suasana yang membawa aku ke zaman
remajaku kerana sekolah ini banyak persamaannya dengan sekolahku dahulu... 5 tahun aku di sekolah agama bawah kerajaan negeri juga iaitu SMA Marang Terengganu... bermula 1995 hingga 1999... walaupun sekolah tersebut bukanlah sekolah elit tetapi di situlah aku telah menimba pelbagai ilmu dan menjalin persahabatan... serta perlahan-lahan mengenal erti perjuangan... dan kenangan manisnya juga, di situlah aku telah dilakarkan sebagai pelajar terbaik SPM...

Kini, sewaktu aku melihat gelagat pelajar yang melintas di hadapanku ataupun aksi pelajar di dalam kelas, selalu yang aku terbayang adalah wajahku di tempat mereka... juga sewaktu aku mengajar, wajah dan gaya guru2ku yang mengajar kepadaku dahulu me
njengah... dari guru2ku di form 1 sehinggalah di form5... dan yang bagusnya hampir semua subjek yang aku pelajari di sekolah aku suka... hehe... rindunya aku pada saat-saat itu... zaman remaja yang menyeronokkan!!!

Aku ingin sekali sampaikan salam rinduku pada guru-guru dan kengkawan ex-SMAM terutama batch aku di Tingkatan 5A... alhamdulillah kami masih lagi keep in touch sebab selalu ada reunion... yang rajin menganjurkannya tak lain tak bukan tentulah Mr Fairuz... Aku mempunyai group kamcing setiap tahun tapi group yang paling menyentuh hati dan kekal hati2 kami berpaut sampai sekarang adalah team 5 orang iaitu Aku, Nurul, Karimah, Rozila dan Ayu... alhamdulillah 3 dari daripada kami sudah 'selamat'... tinggal lagi 2... insyaAllah tak lama lagi la tu... ameen...

Yang mengharukan aku, walaupun sudah 7 tahun meninggalkan sekolah, time kahwinku 2 tahun lepas, cikgu-cikgu ex-sekolahku ada yang datang meraikan hari bahagiaku... terima kasih cikgu dan ustazah! Moga aku juga dapat menjadi pendidik seperti kalian yang tidak jemu2 memastikan kejayaan anak didiknya dunia akhirat... Moga Allah membalas segala jasa kalian dengan balasan yang sebaik-baiknya... ameen...


Bersama cikgu Hasnah yang mengajar aku Sejarah semasa form 3 di SMAMT...


My best friends... dari kiri, Karimah Najihah, Rozila, Munirah (aku), Suharoziatul Nidayu dan Nurul Syadiah..

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers