Sekolah yang menempatkan 1000 lebih pelajar ini sebenarnya banyak mengimbau kenangan aku sewaktu zaman2 persekolahah dahulu... terlalu banyak suasana yang membawa aku ke zaman remajaku kerana sekolah ini banyak persamaannya dengan sekolahku dahulu... 5 tahun aku di sekolah agama bawah kerajaan negeri juga iaitu SMA Marang Terengganu... bermula 1995 hingga 1999... walaupun sekolah tersebut bukanlah sekolah elit tetapi di situlah aku telah menimba pelbagai ilmu dan menjalin persahabatan... serta perlahan-lahan mengenal erti perjuangan... dan kenangan manisnya juga, di situlah aku telah dilakarkan sebagai pelajar terbaik SPM...
Kini, sewaktu aku melihat gelagat pelajar yang melintas di hadapanku ataupun aksi pelajar di dalam kelas, selalu yang aku terbayang adalah wajahku di tempat mereka... juga sewaktu aku mengajar, wajah dan gaya guru2ku yang mengajar kepadaku dahulu menjengah... dari guru2ku di form 1 sehinggalah di form5... dan yang bagusnya hampir semua subjek yang aku pelajari di sekolah aku suka... hehe... rindunya aku pada saat-saat itu... zaman remaja yang menyeronokkan!!!
Aku ingin sekali sampaikan salam rinduku pada guru-guru dan kengkawan ex-SMAM terutama batch aku di Tingkatan 5A... alhamdulillah kami masih lagi keep in touch sebab selalu ada reunion... yang rajin menganjurkannya tak lain tak bukan tentulah Mr Fairuz... Aku mempunyai group kamcing setiap tahun tapi group yang paling menyentuh hati dan kekal hati2 kami berpaut sampai sekarang adalah team 5 orang iaitu Aku, Nurul, Karimah, Rozila dan Ayu... alhamdulillah 3 dari daripada kami sudah 'selamat'... tinggal lagi 2... insyaAllah tak lama lagi la tu... ameen...
Yang mengharukan aku, walaupun sudah 7 tahun meninggalkan sekolah, time kahwinku 2 tahun lepas, cikgu-cikgu ex-sekolahku ada yang datang meraikan hari bahagiaku... terima kasih cikgu dan ustazah! Moga aku juga dapat menjadi pendidik seperti kalian yang tidak jemu2 memastikan kejayaan anak didiknya dunia akhirat... Moga Allah membalas segala jasa kalian dengan balasan yang sebaik-baiknya... ameen...
Bersama cikgu Hasnah yang mengajar aku Sejarah semasa form 3 di SMAMT...
My best friends... dari kiri, Karimah Najihah, Rozila, Munirah (aku), Suharoziatul Nidayu dan Nurul Syadiah..
1 comment:
Assalamualaikum, kaifa haluki...glamor la pulak cg hasnah..huhu..Ala kulli hal, semoga terus sukses dismpg insan tersyg..
Pasal karimah tu kena soal siasat dia sendiri..ana x boleh komen lebih2
Post a Comment