Thursday, March 5, 2009

Abi dan Fertigasi

Dengan keadaan kemelesetan ekonomi dan kos sara famili yang semakin meningkat, ana mengambil keputusan untuk menceburkan diri di dalam bidang pertanian..

dan ana telah memilih cili fertigasi..

Mengapa Cili?
  • cili dikhabarkan antara pokok yang sukar dijaga, menyebabkan tidak ramai petani yang menanamnya.
  • cili yang dijual di Malaysia kebanyakkannya diimport daripada luar, majoriti daripada Thailand
  • namun dikhabarkan cili daripada Thailand ini adalah rejected product yang mana kandungan racun yang digunakannya amat tinggi dan boleh membahayakan di dalam jangka masa yang pajang..bahkan dikhabarkan, hanya cili2 thailand yang tertentu sahaja dibenarkan masuk ke Singapore, yang rejected di jual di pasar2 Malaysia..
Oleh itu, pengeluaran di dalam negara untuk Cili masih jauh daripada mencukupi dan ana melihat ianya sebagai satu peluang dan cabaran..

Mengapa Fertigasi?
  • teknologi ini dapat memberi 3 kali ganda hasil untuk bilangan pokok dan keluasan yang sama dengan kaedah konvensional/tradisional..
  • sesuai untuk mereka yang nak usahakan secara part-time (seperti ana)
  • sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai tanah yang luas
Sekarang ni ana masih di dalam proses berjinak-jinak, belajar dan bereksperimen..malas nak gi kursus yang formal..sekadar kursus di internet melalui laman web, blog dan forum-forum..

Alhamdulillah, ana telah berjaya menyemai 20 benih Cili Kulai Hybrid 568...

Daripada 20, 17 bercambah dan 13 sahaja yang berjaya tumbuh..
Medium yang digunakan adalah peat-moss, beli di KB dgn harga RM3.50 utk 1 beg kecil (ana timbang, dekat2 1.5kg)

Sekarang ni anak pokok dah mencapai ketinggian 10~13cm, dan baru ada 2 helai daun (pucuk baru nak tumbuh)..


ni dah umur 21hari...

ni pokok yang paling besar.. kadar tumbesaran pokok berbeza-beza..ada yang pantas, ada yang kurang pantas.. alhamdulillah, tiada yang bantut..

Boleh rujuk di website berikut utk maklumat lanjut bagi yang berminat...
http://www.sabakagro.com.my
http://my-fertigasi.com/
http://www.fertigasionline.com/
http://abiagro.com.my/

2 comments:

Nabila H.... said...

assalamualaikum..
wah...pe kabo malaysia n kegawatan ek?... sbb byk brita politik drp ekonomi sbg topik utama...

eh... ni semai benih mano? dale ko luar? atah ko bawoh?...balik nanti leh wat industri colek n sos cili la
haha...xpun wat cili tenggiling...eh..eh...cili giling..:p

Anonymous said...

sila lawati blog ambo untuk update terkini
http://mytehsuam.net

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers