Thursday, April 23, 2009

Memori Nisa' Games...

InsyaAllah jam 2.30 petang esok, ummi, abi dan nuruddin bersama-sama kontinjen dari Kelantan akan bertolak ke Shah Alam, Selangor untuk menyertai Nisa Indoor Games 2009 di sana... ummi dihantar sebagai wakil peserta peringkat dewasa negeri Kelantan untuk pertandingan catur... sememangnya kalau boleh ummi nak menang... namun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana apa yang lebih penting adalah pengalaman yang ingin dikutip disamping mengambil peluang berjumpa dengan sahabat-sahabat Nisa' dari Pahang, Terengganu dan Selangor khususnya...

Pada mulanya agenda hujung minggu ini telah dirancang lama oleh ma dan abah untuk membawa kami bersama-sama pasangan pengantin baru, Ayoh Zu dan Che Ja ke Pulau Redang... nuruddin pun dah seronok nak pergi... tetiba ummi dimaklumkan Nisa Indoor Games jatuh pada tarikh yang sama... memang ummi serba salah juga kerana kedua-dua program ini ada valu
enya yang tersendiri... dan abi memberi peluang kepada ummi untuk membuat keputusan yang ummi inginkan... setelah puas ummi berfikir, akhirnya ummi membuat keputusan untuk menyertai Nisa Indoor Games... abi menyokong sepenuhnya... thanx abi...

Imbas tentang kenangan 2 tahun yang lalu pada 17 Februari, Nisa Games 2007 telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan... ummi pada waktu itu mewakili kontinjen Pahang dan menjadi pemain bola tampar... abi juga terlibat secara langsung sebagai krew Kelantan TV... sempatla kami berselisih secara kebetulan sebelum ummi menuju ke kereta K.Ida untuk pulang ke Terengganu malam terakhir program... dan relationship itu tetap menjadi rahsia kami dari pengetahuan sahabat-sahabat sehinggalah surat kahwin siap dicetak dan diedar 9 bulan selepas itu...
maaf semua!

Jom imbas kenangan-kenangan yang tercipta di Nisa Games 2007...



Kontinjen Terengganu membuat perarakan...


Pasukan Pahang mengibarkan kain rentang setelah diumum pasukan terbaik keseluruhan... yahoooo!

abi bersama krew Kelantan TV bergambar dengan Ruqqaya Al Ghasara, pelari pecut wanita dari Bahrain yang menjuarai lari pecut di Sukan Asia di Doha tahun 2006...

“Saya juga berharap atlet iltizam dengan pakaian Islam serta menutup aurat walau di mana sahaja berada, termasuk ketika bersukan, sebab ia jelas tidak menghalang seseorang itu aktif dalam sukan,” -Ruqayya Al Ghasara

1 comment:

Nabila H.... said...

salam...
mana gambar pasukan kelantan?
aritu kan ke wakil kelantan? ai, da berpaling tadah ke ni? isk3...kan da isytiraq dgn kelantn?huhu

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers