Thursday, August 14, 2008

Surat Cinta Untuk Sahabat...

Sahabatku2 yang dikasihi.....

Di rimbunan pohon Islam ini, kita hulurkan salam perjuangan. Kita elak segala sengketa dan prasangka untuk membina keharmonian dalam persaudaraan. Kita dipilih dan dikumpulkan di sini adalah untuk mengutip sebanyak mana ilmu sebagai bekalan jiwa dan panduan hidup, dalam menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi pada alaf mendatang. Kita bagaikan digelar satu keluarga. Ketika kita duduk berkumpul, berbincang bersama, sapa menyapa, saling berbalas senyum; namun belum tentu terbit rasa ukhuwah, apatah lagi berkasih sayang. Ada yang boleh bergurau senda bagai nak rak, ketawa berdekah-dekah, tapi hati di dalam, renggang bagai retak menanti belah. Sedikit tersentuh, meledaklah marah. Lalu, dilupakanlah segala kebaikan kawannya itu. Mengapa perkara ini terjadi?

Sahabatku,

Insan hanya dapat disatukan setelah hati-hati kita berpegang kuat dengan tali keTuhanan. Sama-sama mengingati Allah dengan berserah diri pada-Nya. Sama-sama menyintai Allah dengan menegakkan kalimah-Nya. Sama-sama takut akan Allah dengan mentaati syariat-Nya. Pertautan yang lahir dari ingatan rasa takut dan cinta kepada Yang Satu itu pasti akan membentuk ikatan ukhuwah yang padu, bersatu tujuan dan selaras kefahaman. Kerana Allah, kita akan cintakan kebajikan, hati akan mampu berbelas kasih kepada mukmin yang lain, seumpama mengasihi diri sendiri. Kerana Allah juga, kita akan mudah bermaafan dan hati akan rela berkorban. Kita juga akan sanggup mengenepikan segala kepentingan peribadi. Kesatuan seperti inilah yang akan memakmurkan bumi. Lebih-lebih lagi dalam dunia kita yang kecil ini. Inilah yang kita rindu dan impikan…dunia harmoni dan aman damai.

Oleh itu sahabatku, marilah kita hidupkan kasih sayang. Wujudkan rasa kita saling memerlukan. Ini sesuai dengan asal kejadian kita yang sama. Kita semua dicipta oleh Allah dalam keadaan yang hina, serba kekurangan dan tiada daya upaya.Rasa itu perlu supaya kita nantinya dapat saling bahu-membahu dalam menunaikan amanah Ilahi. Insaflah, adanya perbezaan taraf pemikiran yang Allah aturkan adalah sebagai Rahmat-Nya menjadikan kita…saling memberi, saling mengisi dan sumbang- menyumbang. Kita perlu saling menghormati dan saling mengasihi kerana kita sebenarnya memang saling memerlukan. Kerana itulah, bila ditanya oleh Saidina Muaz : “Bagaimanakah untuk selamat pada hari hisab nanti?” Rasulullah menjawab : “Engkau mengasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri”.

Mudah-mudahan kita semua memperolehi keredhaan Allah di dunia dan di akhirat…amin. Sekian dahulu, sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.


~moon~

Tuesday, August 12, 2008

Kaitan Cinta Dalam Hidup


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul
. Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita memandang pintu yang telah tertutup terlalu lama itu hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram, carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimipi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagian yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia, selalu bayangkan diri anda dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga, kebahagian seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik, mereka hanya membuat yang terbaik dalam apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagian terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.

Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda akan tersenyum. Teruskan hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikanlah pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka. I don’t know … but I believe....

Sunday, August 3, 2008

Mencari Bahagia...

Malam tadi tatkala diri ini sedang keasyikan diurut oleh bidan kampung, tetiba handsetku berbunyi menandakan satu massage telah masuk ke inboxku...dari luar handset tertera nama pengirimnya....tutttttt....aku sangat malah amat sangat mengenali pengirim itu...kubuka kotak massage, maka terteralah, "Sorg lelaki. Ia terperangkap dalam hidupnya. Punyai wife yang 'sakit'. Jika ia melepaskan diri, maka terbukalah peluang utk ia mulakan hidup baru utk mencari kebahagiaan. Tapi ia xmau melepaskan diri demi kebahagiaan anak2nya. Tahun berlalu harapan tinggal harapan. Lelaki ini makin stess! Siapakah yang sudi berkongsi kebahagiaan?"

Aku merasa sangat kasihan sbb kisah ini sudah kudengari bertahun2 lamanya tatkala kami memang menjadi bestfriend sejak dulu....7 ke 8 tahun yang lalu, telinga inilah yang selalu mendengar luahan perasaan seorang suami terhadap isterinya yang agak 'pelik'....dan setiap kali diceritakan padaku, air mata ini akan mengalir kesedihan....di waktu itu juga aku merasakan teramat TAKUT untuk berkahwin kerana dapatkah aku mengembirakan suamiku dan tidak sesekali mengguris hatinya seperti hati sahabatku yang kupanggilnya Abang Z yang bukan sahaja terguris malah hancur berkecai sekeping-sekeping...sakitnya untuk mencantumkan kembali hati yang sudah berdarah itu....

Oleh kerana aku sangat keletihan malam tadi, pagi ini baru kusempat mereply massage tersebut..."Hidup adalah pelayaran dimana kebahagiaan disini dan di sana yang kita cari...Ikhtiar la bahagia untuk dirimu agar kamu bahagia jua di sana...Jika sudah merasakan jalan bahagia itu terlalu sukar dan jalan susah itu yang terbaik untukmu dan familymu, maka REDHAlah menempuh hidup ini. Moga Allah membalas balasan yang lebih baik di masa hadapan lantaran tingginya kesabaranmu...."

Namun massage spontan itu aku rasakan tidak cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang lara, maka aku panjangkan dalam coretan ini supaya dapat dia membacanya dan moga2 dpat memberi sedikit ketenangan kepadanya....ameen...

Abang Z,
memang indah menjadi suami yang dicintai isteri. Inilah yang menjadi impian para suami. Tetapi indah bukan janji tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal abang Z. Kerana itulah aku berani berkata bahawa jika cinta isteri gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita buru adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat dan seronok sangat jika suami isteri saling cinta mencintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti yang kita mahu, pastilah ada sesuatu yang ingin diberikan Allah kepadamu.

Abang Z,
Bila engkau memandang sgalanya dari Allah, yang mencipata segala-galanya...yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang...pasti akan damailah hatimu. Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan ALlah tidak tahu deritanya hidupmu, pecahnya hatimu...tapi mungkin itulah yang Dia mahu. Kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan lebih dekat dan akrab dengan-Nya....

Abang Z,
Isterimu itu walau dipegang sekuat-kuatnya atau dipeluk seerat-eratnya namun dia tidak kekal, hidupnya ada batas dan akhirnya dia akan pergi daripadamu. Suatu masa nanti, engkau akan tetap kehilangannya. Kerana itu, selagi terbuka peluang untuk engkau merebut pahala sabar, redha dan syukur ini, rebutlah... Dan jika sakitnya terlalu menusuk, datanglah pada Allah untuk mengadu dan merayu. Katakan bukan engkau tidak redha tapi engkau adalah hambaNya yang terlalu lemah. Mohonlah pimpinan dan dan kekuatan dariNya...

Sesungguhnya sepanjang aku mengenalimu, engkau sememangnya insan yang sangat tinggi kesabarannya....aku pun tidak tahu di mana letak dudukku jika aku di tempatmu....Moga Allah memudahkan urusanmu dalam mengejar kebahagiaan yang engkau cari...Moga dirimu benar-benar akan mengecapi BAHAGIA yang dinanti-nanti...

Sekian dariku,
Munirah

Wednesday, July 23, 2008

Adakah Aku Ikhlas?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa­­2 amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.Antaranya:-
*Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
*Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
*Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
*Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
*Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
*Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
*Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
*Di dlm organisasi/jemaah,tdk teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
*Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
*Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, krn amanah bkn dr manusia ttp dari Allah).

Begitulah antara perkara­­­­­2 yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yg baik atau sebaliknya.

Sama-samalah kita berdoa:
’Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini, keazaman di dalam hidayah, tolonglah kami mengingatiMu, menyebut namaMu, mensyukuri nikmatMu, baik ibadat kepadaMu.‘

"Ya ALlah ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahlah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengurnia".

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

Tatkala kerinduan pada AL-Irsyad menjelma...

Assalamualaikum...............

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang begitu bersih menjejakkan kaki ke Irsyad. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang soleh dan berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami ceritakan segala-galanya nanti! Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang ada di tempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian makan, belajar dan bersolat zohor berjamaah. Kami memerhatikan kalian. Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Memang kami mengetahui dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang berbeza. Ada yang datang kerana memang berminat untuk menimba ilmu dan kejayaan yang nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua…

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kalian... kalian mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat paling tinggi yang sepatutnya.

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta. Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan isinya!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namun kalian masih thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan KEPIMPINAN dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan perbincangan dengan muallim dan muallimah yang telah begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan GEROMBOLAN DAKWAH di mana saja kita berada. Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan kalian menuju ke destinasi masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan pengalaman baru kalian di Universiti dan tempat BELAJAR masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar SISWA\I. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan akhawat di tempat baru kalian.… airmata kami berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah menghasilkan buah. Usaha kami selama 5 tahun kalian bersama tidak sia-sia!

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan adik-adik kalian yang terus tiba tahun demi tahun dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian. Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di dalam kelas, usrah, tamrin, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar.

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak inginkan pahala dari kalian. Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat.. selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.

Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada pujian dan sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian telah menjadi tenaga professional Islam. Jadilah doktor, peguam, pensyarah, akauntan, programmer, businessman yang berjaya atau apa sahaja, yang pasti antum semua jangan lupa menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar tugas. Kami hanya mahukan dari kalian menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati. Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk bersama kami. Allahlah yang akan menuntut janjiNya dari kalian.

- from Muallimah Munirah

p/s: diedit dari catatan seorang sahabat dalam mailboxku...hehe...

La Tahzan...



Sunday, July 20, 2008

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Minggu Per Minggu (29-40 Minggu)
















Perkembangan bayi anda pada kehamilan 29-40 minggu (trimester ke tiga)---Mulai trimester ini bayi akan bertumbuh semakin besar, anda dapat melihat tendangannya di bawah kulit perut anda....

Memasuki trimester teakhir ini anda akan mulai mengunjungi dokter anda 2 minggu sekali, sibuk mencari nama unutk si kecil, dan kurang waktu tidur karena perut yang makin membesar ini....apapun itu dibawah ini perkembangan bayi dalam kandungan anda pada trimester terakhir ini.


Perkembangan bayi anda minggu ke 29-40 (trimester ke tiga)


Minggu ke 29:

Posisi bayi saat ini mempersipakan diri seperti posisi lahir dengan kepala kearah bawah. Jaringan lemak terus terbentuk.


Minggu ke 30:

Bayi anda mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Ketika bayi menendang atau mendorong, anda dapat melihat kaki atau tangannya bergerak dibawah kulit perut anda.
Otak berkembang sangat cepat.


Minggu ke 31:

Bayi makin bertumbuh besar, maka ruangan rahim menjadi lebih sedikit, bayi akan berkurang gerakknya. Bayi kemungkinana dalam posisi melengkungkan badan dengan dengkul dilipat, dagu di dadanya dan tangan dan kaki saling bersilang.

Minggu ke 32:

Bayi berada dalam posisi kepala dibawah sampai nanti lahir. Bayi akan tetap menendang, gerakan rata-rata sehari meningkat 375 perhari, tapi anda tidak akan merasakan semuanya ini, 10 gerakan sehari sudah normal.


Minggu ke 33:

Anda akan makinmerasakan gerakknya karena bayi mengisi hampir seluruh ruang rahim. Gerakan akan menjadi aktif suatu waktu yang membuat anda tak nyaman,terutama ketika kakinya dibawah tulang rusuk anda. Bayi mempunyai seluruh rambutnya pada minggu ini.


Minggu ke 34:

Pertumbuhan terutama pada otak dalam minggu –minggu ini.
Semua system tubuh sudah terbentuk sempurna, walaupun paru-paru masih tetap belum matang. Bayi memberi respon terhadap suara yang familiar.


Minggu ke 35:

Bayi terus menambah cadangan lemak bawah kulitnya. Kepala bayi sudah mulai memasuki panggul.


Minggu ke 36:

Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahir premature tetapi akan bayi akan baik saja.
Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak. Lemak akan terus bertambah diabwah kulit bayi setiap hari.


Minggu ke 37:

Bayi akan terus berlatih untuk mengerakkan paru-parunya, karena bayi akan bernafas setelah dilahirkan. Jika posisi kepala bayi dibawah maka kemungkinana kepala sudah memasuki panggul ibu pada minggu ini.


Minggu ke 38:

Reflek bayi sudah terkoordinasi, bayi sudah dapat mengedipkan mata, mengerakkan kepala, memegang, dan merespon suara, sentuhan, dan cahaya. Bayi sudah dapat membedakan antara terang dan gelap.


Minggu ke 39-40:

Bayi sudah siap untuk lahir. Bayi sduah terlihat cukup montok sekarang, dengan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya, akan mampu mengatur suhu tubuhnya saat lahir.
Kulit bayi halus dan lembut. Berat bayi sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang sekitar 50 cm.


Sumber : www.infoibu.com

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers