Aku: Siapa yang ingin berdosa? Tidak. Jika mudah boleh memilih, pasti semua insan ingin jadi baik, ingin membahagiakan orang lain dan ingin dibahagiakan. Tapi, seringnya tetap begini. Tetap berdosa dan berdosa. Walau sudah bertaubat dan serik untuk berdosa lagi, tapi selalu tetap diulangi lagi kesalahan. Oh Tuhan, mengapa begini? Aku ingin jadi baik. Aku cemburu dengan kebaikan orang lain...tapi mengapa aku tidak dapat jadi seperti mereka?
Dia: Ya.
Dia: Laluilah jalan ke Syurga.
Dia: Memang jalan kebaikan itu Allah sediakan atas segala kesusahan.
Aku: Hingga menderita?
Dia: Ya. Menderita dengan dosa, itulah pintu ke arah kebaikan.
Aku: Tapi aku mahu jadi baik...
Dia: Bukankah lebih baik merasa diri tidak baik, kerana memang hakikatnya kita tidak baik. Segala kebaikan adalah kepunyaan Allah. Seringlah bertaubat...
Aku: Jadi apa erti hidup ini?
Dia: Hidup seperti putaran roda. Hiasilah hati dengan taubat agar rasa kehambaan menjadi cermin diri, tidak lagi ujub ( hairan diri ) dengan kebaikan, tidak sombong dengan nikmat, waktu itu hidup adalah untuk Tuhan. Waktu itu orang tidak berani dan tidak terlajak dengan dosa lagi.
Namun ujian tetap ada supaya peningklatan iman boleh terus berlaku.
Dia: Bimbanglah jika rasa berdosa dan rasa terseksa dengan dosa ini sudah tidak ada dalam hati. Jika bimbang dengan dosa ini sudah tiada, ia pasti diganti dengan rasa berbahagia dengan kebaikan. Sedangkan, itulah pintu kepada kelalaian dan kerosakan yang maha besar...
No comments:
Post a Comment