Wednesday, October 29, 2008

Aku, Dia dan Breastpump...


OR













Hari ni dah hari ke 67 usia anakku.... dan aku dah pun start masuk keje balik hari khamis minggu lepas.... seronok dengan cuti 2 bulan agak meliatkan aku untuk ke sekolah... sementelah Nuruddin masih tak dapat menerima botol sepenuhnya...


Sehari sebelum kembali ke sekolah (Rabu), aku mencari sesiapa yang boleh jaga Nuruddin yang mana rumahnya dekat dengan sekolah bagi memudahkan untuk aku keluar nyusukan Nuruddin.... dan alhamdulillah jumpa adik kawan sekerja yang rumahnya lebih kurang 2 km dari sekolah... kira ok gak la... dan sekarang aku akan keluar waktu free untuk pergi menyusu Nuruddin walaupun aku bagi jugak kat pengasuh Nuruddin bekal susu yang diperah dalam 5oz... aku tahu x cukup tapi kira ok la untuk proses pembelajaran Nuruddin minum dari botol susu...

Yang masih merisaukan aku adalah stok susu yang tak banyak sangat dapat disimpan... aku hanya guna breast pump feeding jenama Fiffy untuk fully bf Nuruddin... sekali boleh dapat dalam 3, 4 dan 5 oz sahaja satu2 session... dan yang pasti sangat letih mengepam... apapun syukur sekarang masih dapat fully breastfeed nuruddin secara exclusive... harap dapat teruskan sampai 2 tahun...

Sekarang ni tengah duk fikir2 nak dapatkan medela manual breastpump or medela harmony breastpump... yang electric cam tak mampu jer... dah survey banyak kat pasaraya Kota Bharu ni xde rupanya brand macam Medela, Avent, Spectra ;p... jadi kena beli kat internet jugak la nampaknya... walaupun x berapa puas hati sbb xleh tengok dan pegang2, jadi jalan terbaik adalah survey dari kata2 ibu2 di internet... mudah2an dapat la menampung keperluan susu untuk Nuruddin... kalau aku xnak keluar nyusukan Nuruddin... aku kena bekalkan kepada pengasuhnya at least 10 oz untuk jam 8.00 pagi sampai 4 petang... semoga aku berjaya!ameen...

4 comments:

lovelymummy said...

hi moon..ni lin la.aku rekemen ko pakaila spectra..bagussss!!! skg ni stok susu aku tak penah lagi lapang..sentiasa penuh je petiais..dlu pam dpt sikit.skg ni plg sikit dpt pn 5oz.alhamdulillah rezki anak.ko pegi kt link kedai2 online dlm blog aku.situ aku ada letak 1 link kedai momslittleone.ni complete set.mmg puas ati!

sanaa said...

mun, ada forumner jual medela harmony dalam RM199 kat fotopages dia... trylah tgk link dia ni

http://mybreastpumpshop.fotopages.com/

sekali aku pump testing2 aritu, bleh dapat 2.5 oz sekali session in 10-15 minutes, mgkin kau bleh dapat lagi byk kot... hehe

Mun said...

Thanx lin and sanaa...

Aku dan adib dah decide nak beli medela harmony yang manual je...x mampu la lin nak beli spectra macam ko...huhu..

Anyway dah order dari k.aja...thanx sanaa tunjukkan web kakak tu..baru je order pagi ni..insyaAllah 2,3 hari lagi dah boleh sampai...

selamat pumping to both of you... ;)

umIE a.k.a saLMi said...

a'ah mun..aku pun nnt i.allah akn bli set yg dr momslittleones tu..i.allah..mmg mahal la sket tp akak aku dah 2 org pakai the same product.

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers