Wednesday, November 26, 2008

Kasihan Nuruddin...

Lebih kurang umur 3 bulan Nuruddin kena cucuk lagi di Klinik... dos Difteria-Pertusis-Tetanus (DPT) dan terus demam 2, 3 hari... sempat la ummi snap gambar sebelum dan selepas kejadian... semua ini tercatat sebagai kenangan manis ummi dalam membesarkan Nuruddin...

Kat klinik tengah menunggu giliran bersama abi... (ni apa ni bisik2 berdua ni?... ngumpat ummi ek...)


Tengah tunggu nurse siapkan peralatan... muka cam tak puas hati je....


Muka ceria walaupun demam... alhamdulillah kuatnya anak ummi...

Wajah terbaru...

Lama x masukkan gambar nuruddin dalam blog.... malas nak upload sebenarnya...
Sekarang ni rasa rajin sikit boleh la dikongsi bersama wajah2 anakanda kami yang tersayang...


Bersama abi...


Bersama umi...


Bersama umi dan abi di Forum Nikah Tunai... jumpa ustaz Hasrizal...


Bersama sepupunya, Anas yang lebih tua 1 bulan dari Nuruddin..


Bersama sahabat seperjuangan, Nasih (anak Napi dan Farida)...


Dalam kereta ke sekolah bersama umi...


Rehat2 di rumah hujung minggu...


Aksi paling kami suka... bercakap dan bergelak ketawa bersama...


Di MPH Alamanda... Nuruddin mintak umi bacakan buku kat belakang tu untuknya...


Jalan2 di KL...

Tuesday, November 18, 2008

Allah Selamatkan Abi....


"Allah selamatkan abi...
Allah selamatkan ummi...
Allah selamatkan abiku dan ummiku sayang...
Allah selamatkan abi dan ummi..."

Lagu yang dinyanyikan oleh Nuruddin sempena birthday abinya yang ke 26... anyway Happy Birthday abang... moga nikmat umur, kesihatan, rezeki dan banyak lagi yang dianugerahkan Allah diberkatiNya...

Ingatkan dapat sambut birthday abang di KL... boleh celebrate tempat best2 sikit... tapi x dapat sambung cuti nak wat camna... sedis... kami sambut ala kadar je petang semalam... bersama kek coklat bulat2 yang best, cookies dari famous amos beserta hadiah perfume istimewa untuk abang...

Nuruddin kasi apa untuk abi?

Owh.. nak jadi anak yang soleh, mujahid, pintar, bagi kegembiraan dunia akhirat untuk abi dan ummi nanti, insyaAllah...

ameen... ameen... ameen... abi dan ummi doakan moga menjadi kenyataan...

Apa yang penting di tarikh lahir kita adalah muhasabah tentang bertambahnya umur yang Allah beri moga2 selari dengan pertambahan amal kita... dan semoga birthday pertama sebagai suami ini benar2 memberi makna dalam hidup abang...

Cuti Sekolah???

13 November merupakan tarikh terakhir persekolahan... hati aku pun dah mula berbunga-bunga ceria... pelbagai tempat dirancang untuk menghabiskan cuti... rumah che di Chendering? jalan2 ke KL? memenuhi undangan ke Perlis? lawatan ke Langkawi yang diurus oleh sekolah? Erm... rupa-rupanya cuti kami tak lama... hari Ahad sahaja, hari Isnin minggu depan dan seterusnya masih bekerja seperti biasa... ingatkan cikgu pun boleh cuti sama macam pelajar, rupa-rupanya kami semua (baca :mualim dan muallimah) masih perlu ke sekolah sehingga habis bulan November ini...

Hasil mesyuarat keluarga, kami memutuskan untuk ke Kuala Lumpur... alasan pertama, hubbyku ada meeting alumni UTM di Kuala Lumpur dan tambahan alasan adalah untuk menziarahi adik beradik dan bapa saudara kami memandangkan ada adik beradikku yang masih tidak mengenali hubbyku kerana kami jarang sekali dapat bersua... sambil2 tu dapat la kami mengenali rumah mereka... walaupun tempoh 4 hari 3 malam tidak cukup untuk memenuhi kedatangan semua rumah adik beradik kami di KL, namun memadai la untuk satu permulaan kepada pengenalan yang lebih jauh selepas ini... bayangkan, aku ada 3 orang abang dan 2 orang kakak di KL manakala hubbyku ada 3 orang abang dan sorang kakak serta sorang bapa saudara di KL... jumlah semuanya 10 kelurga... mana sempat... (maaf pada abang2 dan kakak2 yang kami tidak sempat jumpa tempoh hari)...

------------------------------------------------------------------

Sedikit laporan perjalanan kami ketika di Kuala Lumpur...

Khamis, 13 November jam 3.00 petang bertolak dari sekolah terus ke Kuala Lumpur... sampai jam 12 malam di rumah Abe Amir dan Kak Na di Shah Alam... aktiviti borak2 dan tidur....

Jumaat, 14 Nov jam 12 tengahari keluar jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur... gi Midvalley Megamall sampai petang... terus ke rumah Abe Yeh dan Kak Nor di Puchong... oleh kerana jalan jem, 8.30 malam baru sampai... seperti biasa, aktiviti borak2 dan tidur...

Sabtu, 15 Nov jam 10 pagi bertolak ke tempat meeting di Puchong... selesai meeting jam 1 tengahari terus ke Sungai Merap Kajang, rumah Abe 'Ad dan Kak Zah... makan masak tempoyak ikan patin temerloh... borak2 dan rehat2 sementara tunggu Kak Ha yang baru habis on call tapi tak muncul2 juga... then jam 6 petang kami terus bergerak ke rumah Kak Lah di Kajang untuk bermalam di sana... aktiviti borak2 dan tidur...

Ahad, 16 Nov sepatutnya ada meeting di Serdang tetapi telah dibatalkan... kami ubah jadual, jam 9 pagi kami ke rumah Pok Su Im dan Mok Su Ze di Putrajaya, aktiviti mengenal menantu (walaupun agak terlewat)... then pukul 11 pagi ke Alamanda dan round2 Putrajaya... jam 2 petang bergerak ke destinasi terakhir, ke rumah abang Pie dan Kak Syam di Cheras Baru... pukul 3.30 petang baru tayar kereta bergolek pulang ke Kota Bharu kembali... 12 tengah malam selamat tiba di Kampung Kota, Kota Bharu...

---------------------------------------------------------------------

Esoknya Isnin, kembali bertugas...

Monday, November 10, 2008

Kerjaya yang sejahtera...

Semalam dipanggil oleh pengetua untuk mengesahkan bahawa adakah aku benar-benar ingin berhenti dari terus berkhidmat di sekolah ini atau tidak...dan seperti nekadku...dengan gembira aku lafazkan..."ya ustaz, saya confirm berhenti..." sedikit perbualan selepas itu dan aku tenang keluar dari biliknya... Walaupun aku belum confirm dapat mana2 tawaran lain, namun aku sudah sebulat hati memang ingin meninggalkan sekolah yang hampir setahun kukenali ini... sebenarnya nak berhenti lagi awal tapi terikat dengan kontrak setahun... kalau dilanggar kena bayar RM1000...

Pertama kali dalam hidupku aku merasakan pengalaman kerja paling 'hampeh' sebigini... sepanjang tahun aku alami perasaan ketidakgembiraan ini... setiap hari aku dapat merasa kemalasan ke sekolah walaupun pengangkutan tidak sesusah dahulu.... dahulu aku cuma merempit motosikal honda EX5 yang dibeli waktu di UTM untuk ke sekolah tapi sekarang aku dapat drive Waja hari2.... namun apabila hati dah tak best tu tak best jugakla...huhu.... Namun mujur la masih tercetus rasa gembira dapat mengajar anak bangsa terutamanya subjek fovouriteku, add math...

Aku tidak pernah ada pengalaman lain dalam bekerja... sepanjang belajar langsung aku tidak berpeluang menimba pengalaman dalam apa-apa pekerjaan... hanya setelah grad November 2004 aku start memohon kerja... Januari 2005 aku dapat mengajar sebagai guru dan pegawai IT di Maahad Tahfiz Tok Jiring... selama 8 bulan di sana, aku dipanggil untuk satu interview guru di Kuantan, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (sekolah tempat kakak aku mengajar), hari tu jugak dapat jawapan, aku diterima... oleh kerana gajinya lebih tinggi, aku terus memohon untuk berhenti dengan sekolah lama... Penaung sekolah, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik memujuk juga agar berfikir lebih jauh berkenaan perjuangan yang masih panjang.... namun aku nekad untuk menimba pengalaman baru di tempat baru...

3 bulan aku di Kuantan aku dipanggil lagi untuk interview lecturer di kolej Swasta di Melaka, selesai interview aku dapat jawapan bahawa aku diterima juga... esoknya aku maklum ke sekolah untuk berhenti... tetapi telah dipujuk oleh pengetuaku yang tersayang...Ustaz Mohd Shukry Bin Jusoh... aku berfikir lama untuk tawaran kali ini... dan akhirnya aku membuat keputusan untuk stay sahaja di Al-Irsyad memandangkan aku baru je memberi khidmat dan hatiku juga sudah jatuh cinta ke sekolah ini...

Mulalah perjalanan hidupku di Kuantan selama 2 tahun 4 bulan....aku telah mendapat bermacam2 pengalaman menarik di sini...walaupun cabarannya tetap ada dan pernah juga beberapa kali air mata ini tumpah di bumi Al-Irsyad namun aku gembira dengan tautan kuat dan indah yang terbina di sini... komitmen aku dengan parti juga bertambah baik... macam2 suka duka dan kenangan tercipta yang masih segar di memori ini... aku rindu untuk berjumpa sahabat2 di sana....yang dianggap seperti keluarga...ada ayah yang baik... mak yang garang dan yang pasti ramai kakak2 yang best.... tak lupa sahabat2 rumah sewaku yang sporting...bahagia kami menghabiskan waktu di sana...

Di Al-Irsyad ramai yang sanggup berkorban dan terkorban.... kita juga akan terheret dalam pengorbanan yang mengembirakan ini.... sampaikan kita akan jumpa mereka yang sudah belasan tahun bekerja di sana bermula dengan gaji yang sangat rendah... namun oleh kerana kefahaman yang jelas tentang perjuangan untuk apa sekolah itu dibina, segala keperitan dibalas dengan senyuman yang indah... semangat ibu bapa yang sukar untuk kita jumpa di mana2 sekolah juga ada di Al-Irsyad... roh kekuatan Al-Irsyad dibina dengan kerjasama yang erat oleh semua pihak yang ingin melihat kelangsungan tarbiyyah yang jelas dan sejahtera...

Aku dengan hati yang berat (walaupun waktu tu gembira sebab nak kahwin)... meninggalkan Al-Irsyad dengan segala memori sebuah kerjayaku di kembaraan kehidupan ini... namun sms, call, chatting, email, dan berblogging menjadikan hubunganku tidak putus dengan mereka yang masih di sana, malah masih juga keep in touch dengan bekas2 pelajarku... alhamdulillah ramai yang berjaya menjadi insan yang seperti kita semua harapkan... yang penting jalan tarbiyyah ini akan terus berjalan dan berjalan seperti mata rantai yang sentiasa bersambung.....

Sekarang... aku di sini... di Kota Bharu Bandaraya Islam Kelantan... membina dunia baru bersama suami tercinta dan alhamdulillah, Allah telah mengurniakan seorang anak kepadaku... moga kerjayaku selepas ini lebih baik dan lebih bersinar dari sebelumnya.... ameen...sahabat2 doakan aku juga ye....terima kasih....

Sunday, November 2, 2008

Kita dan Public Speaking

Pagi tadi zaujah ana telah dipanggil oleh kolej PTPL untuk menghadiri sesi temuduga bagi satu jawatan kosong di sana. Antara perkara yang diminta untuk dilakukan semasa sesi temuduga adalah menyediakan satu ceramah/persembahan selama 15 minit setiap seorang.

Maka yang turut pening kepala adalah ana, kerana selaku seorang suami yang soleh lagi terpuji, ana turut terheret di dalam kancah ini dengan mencadangkan bahan, membantu mengolah bahan, membantu melatih dan memberikan komentar serta kritikan membina bagi membaiki mutu ceramah zaujah ana.

Bila difikirkan kembali, ana rasa kebanyakkan muslimat kita bahkan juga sesetengah para muslimin semasa di kampus atau di luar kampus tidak dilatih dan dibiasakan dengan public speaking/ceramah..

Mereka kadang kala boleh bercakap, boleh berinteraksi di hadapan orang..tetapi ianya terhad kepada orang-orang yang tertentu sahaja sama ada di kalangan 'geng' sendiri, di kalangan sesama jantina atau di hadapan anak-anak murid.

Dan isi kandungan ucapan yang disampaikan juga kadang kala terhad kepada sesuatu yang ringkas, mudah dan tidak berat.

Maka tidak hairanlah apabila ana mencadangkan satu tajuk yang agak berat, berkisar kepada motivasi diri kepada zaujah ana, beliau agak terkial-kial mencari titik khusyu' dan 'feeling' di dalam menyampaikannya lantaran tiada pengalaman dan kurang kemahiran.

Nervous, penggunaan tatabahasa yang tidak betul serta suka mengulang-ulang ayat/perkataan yang sama banyak kali adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan.

Bahkan disaat-saat akhir, jam 1pagi, beliau dah frust dan nak tarik diri daripada menghadapi temuduga tersebut. Tetapi ana membantah kerana mengenangkan temuduga tersebut di-adjust oleh jiran kami yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di sana. Alhamdulillah, beliau setuju untuk teruskan.

Tetapi ana tak tahu apa yang berlaku semasa temuduga tadi...kena tunggu empunya diri komen.

Apa yang ana nak tekankan di sini adalah amat penting untuk kita terutamanya para muslimah selaku para amilin Islam, pewaris kepimpinan gerakan, melatih dan membiasakan diri kita berucap,berceramah di khalayak ramai dengan ucapan/ceramah tajuk-tajuk yang mungkin agak berat dan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul, bukan bahasa Melayu rojak/broken.

Kadang-kadang ana melihat, jemaah-jemaah lain seperti JIM/ABIM agak terkehadapan di dalam soal ini berbanding dengan kita. Cuba lihat pimpinan-pimpinan Dewan Muslimah atau Nisa' yang terkehadapan di masa sekarang. Apa background tarbiyyah mereka? Kebanyakkan yang ana lihat, background mereka kalau bukan JIM mesti ABIM.

Di mana muslimat kita, yang kita berpenat lelah, berhabis ribuan duit serta masa untuk mengkaderkan dan mentarbiyyah mereka? Adakah muslimat yang berkualiti dan berbakat kita hanya disimpan untuk dijadikan perhiasan di rumah sahaja? Hanya untuk dikecap dan dimanfaatkan oleh keluarga serta 'geng-geng' terdekat mereka sahaja?

Cubalah kita renung dan fikirkan..


Yang sedang termenung,

Suami Penyayang
-Adeeb

Keterujaan...


Semalam bungkusan Medela Harmony dah sampai dari k.aja... Aku order pagi jumaat, petang Sabtu dah selamat tiba di pangkuan... petang tu juga aku test walaupun baru je lepas menyusu Nuruddin.. .dapat la 2oz walaupun masih kekok menggunakannya... pasti belum ketemu skill yang betul... ;)


Hari ini cuba lagi belajar menggunakan medela harmony... juga selepas susukan Nuruddin, bila try, dapat 6oz... kira ok la kan sebab Nuruddin dah minum separuh... hehe...


Anyway apa yang ingin aku kongsikan adalah keterujaan menggunakan Medela Harmony yang walaupun mungkin agak mahal bagi sesetengah orang..200 ringgit tapi pelaburan ini berbaloi dan cukup bermakna jika dibandingkan kita memberikan susu formula untuk anak2 kita...sebenarnya harga ini lebih murah jika dibandingkan dengan harga susu formula untuk 2 tahun...dan yang pasti terlalu banyak khasiat susu ibu jika kita ingin huraikan...aku benar2 berazam untuk memastikan Nuruddin dapat fully breastfeed selama 2 tahun...insyaAllah ameen...


Bagi ibu2 yang mencari breast pump yang sesuai dan masih tak cukup badget untuk dapatkan breastpump electric yang harganya atas 500 ringgit, bolehla mendapatkan Medela Harmony... pasti tak menyesal dan sangat berpuasa hati... langsung tak merasa lenguh compare ngan brand yang aku pakai sebelum ini ;)... of course la kan, harga pun jauh berbeza... bukan nak promote cuma sekadar berkongsi kebaikan... apapun syukur alhamdulillah...


Boleh lihat artikel berkenaan kebaikan susu ibu
di sini.

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers