Sunday, November 2, 2008

Kita dan Public Speaking

Pagi tadi zaujah ana telah dipanggil oleh kolej PTPL untuk menghadiri sesi temuduga bagi satu jawatan kosong di sana. Antara perkara yang diminta untuk dilakukan semasa sesi temuduga adalah menyediakan satu ceramah/persembahan selama 15 minit setiap seorang.

Maka yang turut pening kepala adalah ana, kerana selaku seorang suami yang soleh lagi terpuji, ana turut terheret di dalam kancah ini dengan mencadangkan bahan, membantu mengolah bahan, membantu melatih dan memberikan komentar serta kritikan membina bagi membaiki mutu ceramah zaujah ana.

Bila difikirkan kembali, ana rasa kebanyakkan muslimat kita bahkan juga sesetengah para muslimin semasa di kampus atau di luar kampus tidak dilatih dan dibiasakan dengan public speaking/ceramah..

Mereka kadang kala boleh bercakap, boleh berinteraksi di hadapan orang..tetapi ianya terhad kepada orang-orang yang tertentu sahaja sama ada di kalangan 'geng' sendiri, di kalangan sesama jantina atau di hadapan anak-anak murid.

Dan isi kandungan ucapan yang disampaikan juga kadang kala terhad kepada sesuatu yang ringkas, mudah dan tidak berat.

Maka tidak hairanlah apabila ana mencadangkan satu tajuk yang agak berat, berkisar kepada motivasi diri kepada zaujah ana, beliau agak terkial-kial mencari titik khusyu' dan 'feeling' di dalam menyampaikannya lantaran tiada pengalaman dan kurang kemahiran.

Nervous, penggunaan tatabahasa yang tidak betul serta suka mengulang-ulang ayat/perkataan yang sama banyak kali adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan.

Bahkan disaat-saat akhir, jam 1pagi, beliau dah frust dan nak tarik diri daripada menghadapi temuduga tersebut. Tetapi ana membantah kerana mengenangkan temuduga tersebut di-adjust oleh jiran kami yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di sana. Alhamdulillah, beliau setuju untuk teruskan.

Tetapi ana tak tahu apa yang berlaku semasa temuduga tadi...kena tunggu empunya diri komen.

Apa yang ana nak tekankan di sini adalah amat penting untuk kita terutamanya para muslimah selaku para amilin Islam, pewaris kepimpinan gerakan, melatih dan membiasakan diri kita berucap,berceramah di khalayak ramai dengan ucapan/ceramah tajuk-tajuk yang mungkin agak berat dan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul, bukan bahasa Melayu rojak/broken.

Kadang-kadang ana melihat, jemaah-jemaah lain seperti JIM/ABIM agak terkehadapan di dalam soal ini berbanding dengan kita. Cuba lihat pimpinan-pimpinan Dewan Muslimah atau Nisa' yang terkehadapan di masa sekarang. Apa background tarbiyyah mereka? Kebanyakkan yang ana lihat, background mereka kalau bukan JIM mesti ABIM.

Di mana muslimat kita, yang kita berpenat lelah, berhabis ribuan duit serta masa untuk mengkaderkan dan mentarbiyyah mereka? Adakah muslimat yang berkualiti dan berbakat kita hanya disimpan untuk dijadikan perhiasan di rumah sahaja? Hanya untuk dikecap dan dimanfaatkan oleh keluarga serta 'geng-geng' terdekat mereka sahaja?

Cubalah kita renung dan fikirkan..


Yang sedang termenung,

Suami Penyayang
-Adeeb

8 comments:

Mun said...

Terima kasih abang atas kesungguhan dan keprihatinan abang membantu dan memberi semangat kepada mun untuk persediaan temuduga pagi semalam...sangat2 bermakna pada mun...

Terima kasih juga sudi temankan mun ke tempat temuduga walaupun terpaksa menunggu selama 3 jam...

Anyway setelah kita berusaha bersungguh2, mun berpuas hati dengan temuduga tersebut... cuma keputusanya sama2lah kita tunggu... kata Cik Kah yang mohon ratusan orang juga dan yang nak diambil nyer sorang je...moga Allah mudahkan...

Luv you much!

k.Baity said...

Mun...i like ur hubby's latest posting... muslimin should read this!

Narumi said...

Assalamualaikum, Munirah lama x panas enjin tu, bukan x berbakat dihadapan.

InsyaALLAH moga ALLAH permudahkan urusan.

Mun said...

Erm K.Baity...jika ada manfaatnya...boleh sebar2kan...;)

Mun said...

Entahlah Nurul (Narumi)...kadang2 kita macam out spoken tapi depends on audience jugak...oleh itu tak berapa flexible...itu yang payah...

Anonymous said...

salam'alaik.. lama xjgk blog cik niroh ngn ayah adib.. Masalah ni berlaku mgkin disebabkan kekangan masa untuk mengetahui hal2 yang berada di luar topik kampus(bukan semua orang,bg diri nabilah je). Kekurangan isi/point mengenai tajuk2 tertentu. Terlalu sibuk dengan hal2 yang berlaku dikalangan sendiri sampaikan tak ambik cakna dengan perkara2 lain. Pernah satu hari,dalam perjalanan balik ke rumah ayah tanya mengenai hal2 semasa yang berlaku di luar, tapi masa tu nabilah memang xtau apa2 pun pasal perkara tu disebabkan ketidakpekaan diri sendiri untuk ambil sedikit masa membelek2 akhbar (nasional mahupun alternative) semasa berada di kampus. Tu masa mula2 stat sem. Mgkin terlalu sibuk menyelaraskan semua perkara pada awal2 semester mnyebabkan situasi spt ini berlaku.. Lajnah tarbiyyah sndiri da amik byk pndekatan tuk mmantapkan tsaqafah ahli (cth: khatibah ulasan buku2 haraki dan isu semasa). Platform tuk berceramah memang banyak ketika di kampus terutamanya dikalangan muslimat (bicara helwani setiap jumaat, ik muslimat, misi sebaran maklumat di kolej2) tapi figure2 tuk ke hadapan adalah org yg sama. Mmg ad tujuan ttntu tuk figure2 ni dn mgkin keadaan ini myebabkan org len berada di zon yg selesa krn mereka tau mereka tdk akan dpggil ke hdpan. Hasilnya, ramai muslimat2 kita mghadapi masalah lack of confident bila berhadapan ngn public (tmsuk diri yg bercakap ni,huhu)...
p/s : Pasni leh la mtk tlg ayah adib, ajar nblh pblic speaking… cik niroh tukang bagi markah (nuruddin tgk dulu ye, nnt k.nabilah lak train nuruddin) :p

Mun said...

Nabilah, betul la kata orang, kita yang perlukan jemaah, jemaah x perlukan kita...tengok, cth paling jelas, nabilah dah banyak berubah lepas terlibat dengan semua ini... dulu dikenali sebagai seorang yang pendiam sangat... balik umah tokki pun x banyak cakap... PR kurang ngan sume orang... nak angkat muka pun malu2... senyum pun sikit2 jer...huhu...

Sekarang tak sangka betul akhirnya dah jadi pimpinan pelajar... peringkat MPP pulak tu... siap boleh bertanding untuk menang kerusi lagi... TAHNIAH!!! Sape sangka kan... ;)

Anyway teruskan mempertingkatkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam kepimpinan dan berpersatuan... rebut peluang belajar dan belajar dengan sebaiknya di kampus...

Boleh je nak mtk tolong ayah adib ajar public speaking tapi secara maya je la... boleh email or chat or call or sms ayah adib utk kongsi apa2 pandangan dan perbincangan...

Ops... last sekali nak pesan jangan sampai terabai study bila aktif berpersatuan... jadilah mereka yang cekap dan pandai mengurus masa untuk gerak kerja yang banyak dengan masa yang sedikit...

Good luck!Uhibbukifillah...

zinnirah said...

Makasyeh... sayang cik niroh jugak... huhu.. hakikatnya, diri ini masih blum layak tuk memikul taklifan sebesar ini... Nabilah baru belajar nak bertatih dan merangkak dalam jalan perjuangan ni.. Jalan yang x menjanjikan kesenangan di dalamnya, malah dipenuhi dengan onak duri2 yang tajam sepanjang menyelusurinya.. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki..
Berusaha memperbaiki diri sendiri disamping menyeru ke arah kebaikan (Hasan Al-Banna)...
Doakan Nabilah... huhu...

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers