Pada 27 dan 28 Nov bebaru ni, kami sekeluarga sempat menyertai family day dan rehlah Nisa' Kota Bharu di Hasbullah Chalet Bachok... walaupun program di tepi pantai tetapi aktiviti mandi laut adalah dilarang sama sekali... ombak amat menakutkan waktu ini...
Walaupun program Nisa', zaujun2 yang datang ramainya di kalangan pemuda, jadi mereka dah mengenali satu sama lain menjadikan program lebih meriah dan suasana tidak janggal...
Alhamdulillah jika ramai yang memilih pasangan yang satu jemaah membawa lebih mata untuk membina baitul muslim yang terlibat dalam perjuangan... zaujah bersama Nisa' atau muslimat dan zaujun bersama pemuda...
Program 2 hari 1 malam ini cukup memberi makna pada kami semua... kepada ketua Nisa', Kak Haslinie dan barisan AJK Nisa' KB yang berusaha, buat lagi ye tahun hadapan ;)... Arigato gozaimas!
No comments:
Post a Comment