Friday, July 18, 2008

Senarai Semak Persiapan Ummi & Daddy To Be...

Ini checklist terakhir sebagai persiapan menerima kelahiran cahaya mata....Terima kasih kepada Hasni yang menunjuki web ini...Harap checklist ini dapat membantu sahabat2 (bakal ibu) yang lain juga... ;)

Senarai barangan keperluan

Keperluan Bayi
Pakaian
baju lengan pendek/panjang
seluar pendek/panjang
sarung tangan
sarung kaki
lampin/lampin pakai buang
selimut
barut bayi
kain
tuala mandi bayi
almari/bakul pakaian
sapu tangan
tikar getah bayi
beg bayi
Mandian
sabun bayi
bedak bayi
losyen bayi
syampu bayi
besen mandi bayi
putik kapas
bakul alatan mandian
Penyusuan
botol susu
bekas simpan susu
berus botol susu
bekas simpan botol susu (warmer)
Tidur
bantal dan tilam
sarung bantal dan tilam
katil bayi
Lain-lain
minyak kembung perut
tisu lembab
pemotong kuku

Keperluan Ibu
Pakaian
baju
kain batik
makanan/jamu ketika berpantang
pad bersalin
stokin
sapu tangan
selipar
bengkung
Makanan/Jamu
susu
pil tambahan kesihatan
jamu bersalin
Penyusuan badan
bra menyusu
bantal menyusu
pad payudara
pam perah susu(ibu bekerja)
poncho menyusu
Lain-lain
bidan/tukang urut
batu tungku
buku panduan kelahiran
Beg ke hospital
Bayi
pakaian bayi
sarung tangan dan kaki
selimut bayi
botol susu
lampin/lampin pakai buang

Ibu
kad pengenalan
surat pemeriksaan doktor
baju ibu
kain batik
pad bersalin
stokin
pakaian dalam ibu
berus gigi & ubat gigi
sabun
tuala mandi
selipar
sapu tangan
biskut
kamera dan pastikan ada filem
dan bateri !!!

Jangan lupa sediakan beg !

Sumber : www.www.mamadamia.com

Saturday, July 12, 2008

Persiapan Kedatangan Orang Baru...















Masuk ke minggu 33 kandunganku...Erm...perkara penting yang perlu diselesaikan sekarang ialah persiapan baby...sebenarnya masa kandungan dah masuk 7 bulan kena start beli barang2 baby...dan masa tu dah boleh masukkan barangan yang perlu di bawa ke hospital (masa nak kena masuk labour roam nanti..) ke dalam kereta dan bawa je ke mana2 kita pergi sebab dikhuatiri baby akan keluar bila2 masa je....

Anyway aku listkan la jugak antara barang yang dah disiapkan...kalu x cukup or tertinggal mana2..harap kawan2 membantu.... ;)
  1. Kain lampin
  2. Pampers (size new born and S)
  3. Baju baby lengan pendek & lengan panjang
  4. Sarung tangan & sarung kaki
  5. Wet tissue
  6. Putik kapas
  7. Tuala baby
  8. Selimut baby
  9. Barut perut baby
  10. Bedak dan minyak baby
  11. Set mandian baby (sabun, losyen, syampoo)
  12. Besen mandian baby
  13. Tilam dan bantal baby
  14. Tikar getah baby
  15. Botol susu (standby untuk air masak,harap2 dapat susu badan sepenuhnya...ameen)
  16. Berus botol susu
  17. Kelambu
  18. Kain
  19. Sapu tangan
  20. Bakul pakaian baby
  21. Katil baby

Tambahan untuk ibu....
  1. Majalah atau bahan ilmiah yang nak dibaca sambil lepak2 kat hospital..
  2. biskut Jacobs or Tiger
  3. Makanan/jamu ketika berpantang
  4. Pad bersalin
  5. Stokin
  6. Sapu tangan
  7. Selipar
  8. Bengkung
  9. Batu tungku
Erm...apa lagi ek?

p/s : terima kasih kepada kawan2 yang tolong ingatkan....

Wednesday, July 9, 2008

Empat perkara keluarga bahagia

















  1. Sifat saling menyintai antara satu sama lain adalah unsur suci dalam pergaulan suami isteri. Cinta sebenar mempunyai makna lebih mendalam dan luhur tertanam di lubuk hati.
  2. Pasangan suami isteri perlu persefahaman menggunakan akal dikurniakan Allah, di samping bersopan dalam tutur kata dan tindak tanduk. Sikap saling memahami dapat mengelak rasa curiga dan prasangka.
  3. Suami isteri perlu saling bantu-membantu untuk membahagiakan keluarga. Suami isteri bersifat ‘keakuan’, tidak sesuai dengan kehidupan rumah tangga.
  4. Suami isteri semestinya memiliki sifat ikhlas dan jujur, sebagai teras kepada unsur lain kerana tanpa kedua sifat itu boleh mendedahkan kepada akibat buruk.
Firman Allah yang bermaksud,
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih-sayang. Sesungguhnya pada yang sedemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

(Surah al-Rum, ayat 21).


The Mirror
















I looked into the mirror I wanted to see myself, as I am nothing more and nothing less, like a sensible mirror would serve me, but I saw a distorted image, because the mirror was a bit different, and I wonder why? I went and tried to look into another mirror I found myself in this mirror, a bit funny, and a bit different from the way myself should be in the mirror, I saw my feet were a bit short and my face no longer oval,
had I changed that much? I went to another mirror, hoping to find a good reflection, not that I want to be pretty, I just want to be me. But this mirror made me looked plump, and chubby. Oh No! Not that it’s not pretty, the problem is, it’s not me! I went on, trying my best looking into mirrors upon mirrors, some make me look ugly, oh! Some did make me look pretty, sometimes prettier than I should be, I should be happy with that, only that I did not because I don’t want to be pretty, I just want to be me. I was tired but I had to find one. So I searched for another mirror to look in, and I found one. Oh, it was a tiny bit broken on the side, probably someone had not been careful before, but it showed me the real reflection my face, my eyes, my nose, everything like I know it to be. So I was satisfied, and look no more, for I found the mirror I need, to see myself so clearly....


And... the best mirror for me is... MY HUBBY... thanx a lot! ;)


Bicara Hati

Aku: Siapa yang ingin berdosa? Tidak. Jika mudah boleh memilih, pasti semua insan ingin jadi baik, ingin membahagiakan orang lain dan ingin dibahagiakan. Tapi, seringnya tetap begini. Tetap berdosa dan berdosa. Walau sudah bertaubat dan serik untuk berdosa lagi, tapi selalu tetap diulangi lagi kesalahan. Oh Tuhan, mengapa begini? Aku ingin jadi baik. Aku cemburu dengan kebaikan orang lain...tapi mengapa aku tidak dapat jadi seperti mereka?

Dia: Tanpa dosa, seseorang tidak akan boleh jadi baik. Sebab, orang yang merasa sudah baik, itulah sebenarnya orang yang tidak baik.

Aku: Tapi, bukankah dosa akan dibalas dengan Neraka?

Dia: Ya.

Aku: Habis? Aku tak mahu ke Neraka...

Dia: Laluilah jalan ke Syurga.

Aku: Aku tak mampu...aku dah cuba, tapi tetap juga masih terus berdosa.

Dia: Memang jalan kebaikan itu Allah sediakan atas segala kesusahan.

Aku: Hingga menderita?

Dia: Ya. Menderita dengan dosa, itulah pintu ke arah kebaikan.

Aku: Tapi aku mahu jadi baik...

Dia: Bukankah lebih baik merasa diri tidak baik, kerana memang hakikatnya kita tidak baik. Segala kebaikan adalah kepunyaan Allah. Seringlah bertaubat...

Aku: Jadi apa erti hidup ini?

Dia: Hidup seperti putaran roda. Hiasilah hati dengan taubat agar rasa kehambaan menjadi cermin diri, tidak lagi ujub ( hairan diri ) dengan kebaikan, tidak sombong dengan nikmat, waktu itu hidup adalah untuk Tuhan. Waktu itu orang tidak berani dan tidak terlajak dengan dosa lagi.

Namun ujian tetap ada supaya peningklatan iman boleh terus berlaku.

Aku: Jadi sekarang?

Dia: Bimbanglah jika rasa berdosa dan rasa terseksa dengan dosa ini sudah tidak ada dalam hati. Jika bimbang dengan dosa ini sudah tiada, ia pasti diganti dengan rasa berbahagia dengan kebaikan. Sedangkan, itulah pintu kepada kelalaian dan kerosakan yang maha besar...

Cermin hati...


Kita bersusah hati kerana cermin kereta yang kotor. Lantas segera saja bertindak untuk membersihkannya. Tetapi jarang pula kita bersusah hati dengan kekotoran yang melekat di cermin hati. Sedangkan cermin kereta yang kotor hanya mengaburkan pandangan, tetapi kekotoran hati membawa bencana dunia akhirat. Terhadap bencana dunia boleh dilari-larikan diri. Tetapi bencana di akhirat, negara di mana hidup adalah untuk selama-lamanya, manakah pintu jalan keluarnya? Pilih dan buatlah perhitungan dari sekarang. Hisablah diri kita di sini sebelum pegawai-pegawai tuhan menghisab diri kita di sana…

Tidak akan kamu gundah gulana....












Ambillah dua batu...lontarlah satu batu seadanya dan lontarlah satu lagi sejauh jauhnya...batu yang jauh itu adalah apa yang kita rangcang...apa yang kita cita-citakan, tetapi batu yang dekat itu adalah kehendak Tuhan ......ape saja yang kita harapkan dan rangcang, sesungguhnya ketentuan Tuhan adalah lebih dekat lagi...lalu lihat pada tangan kita...lihat pada ibu jari yang bermaksud ugama...tangan tanpa ibu jari tangan tak dapat berfungsi... lihat pada telunjuk yang bermaksud ilmu...lihat pada jari hantu yang bermaksud nafsu lalu bila diukurkan jari, didapati nafsu mendahului ilmu lalu lihat pada jari manis yang bermaksud teman (suami) yang akan mengapit nafsu....lihat pada jari anak sebagai penyeri rumah tangga maka separuh dari ugama telah selesai....maka yang separuh lagi terpulanglah........

tidak akan kita gundah gulana bila kita tahu apa yang kita cari…


Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers