Friday, December 26, 2008

Sedapnyer...

Kebosanan cuti2 sekolah ni menggamit aku mencuba bermacam2 kuih yang tak pernah aku buat sebelum ini... bermula dengan potato wedges, kuih pau, putu halba, kuih kasturi, puding kacang hijau, martabak mini, kuah roti tortilla dan apa lagi ek...

Dan masih sempat plak buat kek coklat sambil ditemani Nuruddin kat dapur malam tadi... sebenarnya dah pernah buat kek coklat b4 ni, cuma waktu tu sifu (nabila hanis) masih ada dirumah sebelum fly... sekarang mencuba sendiri tanpa sifu dan rasa berminat plak nak berkongsi resepi kek coklat lembap yang mudah ni dengan kawan2...

Actually resepi ni diambil daripada Kak Ha (Dr. Nasuha), menurut K.Ha kawannya doktor lelaki yang kasi... set2 doktor ni teror masak rupanya.... ;). So, sesiapa yang berminat boleh la mencuba ye... kek ni telah mendapat pujian dari mertua... hehe...

Bahan-bahannya:
150g yogurt
1 cup cocoa powder} mix and cool
1 cup hot watter }
250g butter
2 cups gula halus (dikisar)
2 cups self-raising flour ( ayak 2 kali bersama soda bikarbonat)
1 teaspoon soda bikarbonat
4 AA eggs

Cara membuat:
- Beat butter and sugar until smooth and creamy
- add eggs one by one
- add flour mixture, cocoa mixture and yogurt interchangeably bit by bit (selang seli sedikit-sedikit)
- bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 40 minit atau hingga masak

Toping :
- coklat masakan, marjirin dan susu pekat manis dicampur atas api dan kacau sampai masak...

Tambahan :
- almond dan walnut sebagai penambah rasa di dalam kek...


Dan... inilah hasilnya!!!


Kek yang telah siap dibakar bersama toping yang belum disapu ke atasnya...


Rupa kek yang sudah siap disapu toping...


Kelihatan abi menikmati setiap suapan kek dengan penuh berselera...
"bestnyer ummi buat..", kata abi..
"terima kasih", balas ummi..

Monday, December 22, 2008

Uwaaaaa.... susu nuruddin!!!!

Kejadian yang sedih menimpa ummi hari ni... tengah dok relax2 minum pagi ngan abi dalam kul 10.30 pagi tadi, tetiba ma tok menyapa, "aik, nape pintu peti ni tak rapat?" ummi pun gi tengok, ingatkan pintu fridge, rupa2nya freezer... dan lihatlah susu2 nuruddin yang mencair ni... uwaaaa..............

Apa yang ummi ingat, petang semalam dalam jam 6.30 petang selepas menyiapkan kuih kasturi, ummi pun simpan baki bahan mentah yang telah dibancuh ke dalam freezer, rupa2nya bekas tupperware tu tak muat dan menolak kembali pintu freezer tersebut...

Bila dibuat post morterm... kelihatan susu2 dalam bekas2 kecil tu semua mencair habis, cuma yang dalam botol susu sahaja separuh mencair... dan kami kira dalam area 16 jam bahagian freezer berkeadaan begitu...

Bila diteliti lagi, susu dan suhu peti masih sejuk cuma bukan takat beku.. mayb suhunya sekitar suhu fridge sahaja... kalau sekitar fridge maknanya susu akan tahan selama 4, 5 hari cam tu... dan ummi uji lagi dengan rasa pula, hasilnya tiada rasa masam atau basi...

Sahabat2... macamana ek status susu2 tersebut? tolong nuruddin... sian kat ummi dia...

Wednesday, December 10, 2008

Korban dan aqiqah

Episod Hari Raya Aidiladha 1429H di kampungku, Chendering Kuala Terengganu...


Bergambar di hari raya...


Suasana di pagi raya... selepas solat Eidiladha... acara makan2...che wat nasi minyak dan k.har wat nasi himpit kuah kacang... makan jangan tak makan...


Selesai makan, jom gi tengok lembu yang bakal dijadikan korban dan aqiqah untuk tahun ni... Kelihatan Tok Ki dan abi bersama lembu yang telah berjaya direbahkan...


ummi dan nuruddin pun nak tolong gak... tolong tengok dan bagi semangat kat abi...


"Owh...aku tak rela..."- adegan yang tak ingin kita lihat-


abi membersihkan perut lembu... caya la...


nuruddin berbaju melayu... hensemnyer...


petang selepas asar, majlis berzanji dan mencukur jambul beramai2 bersama sepupu (tahun ni nenek ngan tok ki dapat 5 orang cucu) dan dua pupu nuruddin (anak sabariah mok cik dan manisah cik manis)...


selepas selesai majlis...


snap gambar pemandangan on d way balik ke Kota Bharu petang raya kedua... cantik kan? Subhanallah..


Tambahan: actually ada video semasa penyembelihan lembu dan majlis berzanji.. tapi software untuk edit video sedikit ber'onar', jadi lain kali la kami upload insyaAllah...

Wednesday, December 3, 2008

1st anniversary....

2/12/2007 tarikh yang sangat bermakna dalam hidupku.... di ketika usia 25 tahun, aku selamat menjadi isteri kepada seseorang... Haji Adib Faisal Bin Haji Yaacob....

Di tarikh keramat ini, fikiran banyak mengimbau kenangan2 di mana titik mula kami bertemu...

Beliau kukenali semasa tahun kedua aku di UTM Skudai lagi... namun kenal sekadar kenal sahaja... berprogram sekali sebagai peserta... jauh sekali kami pernah berbual mesra ataupun berjumpa untuk tempoh masa yang lama... kecuali jika ada perkara rasmi seperti meeting atau usrah atau program yang melibatkan kedatangan kami berdua....

Kami satu batch dan sama umur, namun kursus kami berbeza... engineering dan komputer... Kedua2 kami pernah memegang pos yang penting sewaktu di Univesiti namun takdir tidak menentukan kami satu sesi ataupun satu port folio... kecuali hanya sempat satu waktu semasa masih junior sama2 memegang port folio tarbiah dengan mewakili kolej masing2...

Kami banyak berbeza pandangan... pernah sekali aku menegur tulisan email yang diforward kurang sopan sewaktu menumpang keretanya... alhamdulillah rupa-rupanya pemuda berjiwa pejuang ini begitu mudah menerima teguran... namun tidak pernah terfikir di fikiran ini sepanjang aku mengenali beliau bahawa pemuda ini bakal menjadi imamku suatu hari nanti...

Akhirnya aku meninggalkan UTM pada November 2004 dan membina kerjaya... kerja...kerja dan kerja... perancangan hidupku banyak meliputi kejayaan sebuah kerjaya bersama kehidupan bonda dan ayahanda tersayang...

Hinggalah pada April 2006 aku ditakdim... solat istikharah... solat hajat.... solat istikharah... solat hajat.... dan ianya mengambil masa selama seminggu untuk memastikan result sebenar keluar... alhamdulillah segalanya menjadi mudah dan kami bertaaruf serta menjaga dengan sebaiknya ikatan sementara ini agar diberkati olehNya... sehinggalah kami disatukan apabila hati kami benar2 mantap dan bersedia untuk membina BAITUL MUSLIM pada tarikh 2 Dec 2007...

Alhamdulillah sudah setahun kami melayari bahtera rumahtangga ini dan Allah telah mengurniakan seorang putera kepada kami, Adib Nuruddin, 3 months old... ummi kandungkan Nuruddin tak sampai 9 bulan rupanya... apapun syukur semuanya selamat.... moga ALlah kurniakan yang terbaik untuk kami sekeluarga dunia akhirat....

Apa yang pasti lebih manis mengenang saat bercinta selepas kahwin kerana detik2 itulah kami mula mengenali sedikit demi sedikit watak, hati dan budi masing2... dan di waktu inilah dibolehkan mencurah sepenuhnya kasih sayang kerana telah berada di landasan yang sebenarnya...

Sebagai tanda menghargai saat2 manis dan juga kegembiraan hati kami terhadap tarikh ini, kami bertiga sempat gi dinner malam tadi... walaupun asalnya nak makan kat secret recipe... di saat akhir kami terasa nak makan McD plak... jadi hanya membeli kek di secret recipe dan makan burger di McD... walaupun memilih tempat yang xde la special sangat tapi cukup untuk kami bertiga rasa bahagia dan gembira...

On da way ke tempat usrah ummi dan meeting abi sebelum dinner di KB Mall...


Kek blueberry cheese pilihan abi dan yogurt cheese pilihan ummi...


2 set McD yang diorder... set Nuruddin sekali ngan ummi... ummi tolong makan ek...


Dah selesai makan, Nuruddin pun bangun... alhamdulillah anak ummi pandai bagi can privacy untuk ummi dan abi... kat secret recipe tadi menangis je... rupanya nak tido kat McD...

p/s : terima kasih abang kerana memilih mun untuk menjadi suri hidup abang... moga kita saling melengkapi dan moga baitul muslim yang dibina ini diberkati oleh Allah.... ameen...

Mangsa Banjir...

Setelah menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa ternyata lebih sukar mencuri masa untuk mengadap pc berinternet.... pelik kan... erm... mayb disebabkan kami antara ribuan mangsa banjir yang melanda pantai timur sekarang...

Ekoran hujan lebat tak berhenti malam Isnin bebaru ni, paras air 180mm... kami sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu ke bilik atas disebabkan kebanjiran yang melanda bilik kami... sekarang masih menetap di bilik sementara memandangkan operasi mengemas sedang dilakukan beransur-ansur...

Sebenarnya mengikut cerita suami, sudah lebih 10 tahun setiap kali monsun timur laut datang, air tidak akan masuk ke dalam rumah... ujian Allah untuk kami... Alhamdulillah, di KB sekarang sudah kelihatan matahari dan paras air sudah berada di takat yang selamat....

Inilah rupa bilik kami ketika dimasuki air malam kejadian ;)...

Monday, December 1, 2008

Family Day Nisa' Kota Bharu

Pada 27 dan 28 Nov bebaru ni, kami sekeluarga sempat menyertai family day dan rehlah Nisa' Kota Bharu di Hasbullah Chalet Bachok... walaupun program di tepi pantai tetapi aktiviti mandi laut adalah dilarang sama sekali... ombak amat menakutkan waktu ini...

Walaupun program Nisa', zaujun2 yang datang ramainya di kalangan pemuda, jadi mereka dah mengenali satu sama lain menjadikan program lebih meriah dan suasana tidak janggal...

Alhamdulillah jika ramai yang memilih pasangan yang satu jemaah membawa lebih mata untuk membina baitul muslim yang terlibat dalam perjuangan... zaujah bersama Nisa' atau muslimat dan zaujun bersama pemuda...

Program 2 hari 1 malam ini cukup memberi makna pada kami semua... kepada ketua Nisa', Kak Haslinie dan barisan AJK Nisa' KB yang berusaha, buat lagi ye tahun hadapan ;)... Arigato gozaimas!

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers