Saturday, February 28, 2009

Satukan hati2 kami di atas jalan ini...



p/s : Gambar2 ini disnap sewaktu program Family Day Pemuda PAS Kota Bharu di Sudara Beach Resort hujung tahun lepas...

Thursday, February 26, 2009

EBM owh EBM...

Stok EBM yang telah berada dalam lingkungan 3 bulan terpaksa dibuat operasi pembasmian secara besar-besaran minggu ini... inilah susu-susu yang terpaksa dibuang begitu sahaja... sedihkan...



Dan sekarang ummi tengah buat stok EBM yang baru untuk nuruddin... oleh kerana ummi tak tinggalkan lama nuruddin, just area 7.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja hari bersekolah, jadi xdelah banyak sangat stok yang diperlukan nuruddin setiap hari...

Tapi ummi baru sahaja menghadapi masalah baru berkenaan EBM ni... susu yang ummi start pump 1st sekali di sekolah baru ni boleh capai dalam 8oz satu session, sama macam setiap kali pump tahun lepas di sekolah lama juga...



Dan apa yang berlaku dari hari ke hari ialah hasil susu makin berkurang.. last sekali pump cuma dapat 3 oz sahaja... ummi tak pasti apa problem dia... adakah ini semua ada kaitan dengan kehendak dan permintaan nuruddin?



Nuruddin sekarang ummi tinggalkan dengan ma tok dan atok sepanjang ummi ke sekolah... ma tok dan atok prefer untuk jaga nuruddin sebab dia menangis di rumah pengasuh hari tu, ummi suggest juga agar ajar perlahan-lahan untuk tinggalkan dia di rumah pengasuh tu, tapi atok pulak risau bila tak dengar suara nuruddin... huhu... Apapun sekarang ummi duk survey2 juga pengasuh yang rumahnya berdekatan dengan sekolah supaya mudah ummi susukan nuruddin sebelah petang in case ummi ada kelas tambahan...

Jadi mengikut laporan dari ma tok mengenai perkembangan nuruddin, jadual pemakanannya berjalan lancar dan dia gembira di rumah walaupun ummi takde... cuma sampai sekarang nuruddin memang tak suka minum susu guna botol... jadi caranya ma tok campurkan dalam nasi dan cereal beras...

Jadual makan nuruddin setiap hari ;

  • area 6.00 ke 6.30 pagi, ummi akan bagi nuruddin breastfeeding puas2 dahulu sebelum ummi gi kerja
  • area 9.00 ke 9.30 pagi, ma tok akan suapkan cereal beras sahaja stage 1 dan campurkan dengan susu ummi...
  • area 12.00 ke 12.30 tghr, ma tok akan suapkan nasi + carrot + ubi kentang + ikan bilis yang dimasak oleh abi sebelum abi gi kerja...
  • area 2.00 ke 2.30 ptg, ummi direct breastfeeding nuruddin sampai la ke malam...
Adakah disebabkan ini, iaitu permintaan nuruddin terhadap susu untuk sebelah pagi telah berkurang menyebabkan pengeluaran terhadapnya pun berkurang... logik ke teori ni? hehe...

Anyway ma tok dan atok kata tak susah jaga nuruddin... habis2 boring, main walker... nuruddin dah pandai menolak walker sendiri dan mengikut arah penerokaan yang dia nak.. kalu lama2 camni memang dia tak akan sempat belajar merangkak dan akan terus pandai berjalan... cam abi dia masa kecil2 dahulu gak... dan kalau nuruddin still boring jugak, atok atau ma tok akan bawa nuruddin main buaian kat luar... tapi sian plak kat atok dan ma tok sebab cadangannya mereka nak ke KL awal Mac ni untuk jumpa K.Yan dan buat checkup dengan Abe Ad... abah dah kata tak sure plak sebab kesiankan nuruddin...

Mun dan abe cha hanya boleh kata... a lot of thanx to ma and abah... luv u all so much!

Wednesday, February 25, 2009

Nisa Indoor Games...

Sabtu bebaru ni di Perkarangan Medan Usahawan menyaksikan pertandingan Catur Terbuka Nisa Indoor Games untuk mewakili Kelantan bagi Nisa Indoor Games di Kuala Lumpur bulan April nanti... banyak acara permainan indoor ni antaranya congkak, catur, carom, dam aji, dart dan macam-macam lagi... kami bahagikan pertandingan by kawasan... dan Nisa' Kota Bharu ditugaskan menganjur pertandingan catur...



Oleh kerana aku salah seorang AJK yang terlibat iaitu sebagai Ketua Pertandingan dan juga merangkap salah seorang peserta peringkat dewasa, jadi aku teruja untuk mencoretkan sesuatu di sini sebagai kenangan... Lebih-lebih lagi aku telah menang sebagai johan peringkat dewasa dan bakal berentap di peringkat pusat nanti...


Tahun 2006 Nisa' Malaysia telah mengajurkan Nisa' Games di Kelantan dan aku sempat mewakili negeri Pahang sebagai pasukan bola tampar.... manakala tahun 2009 ini pula Nisa' Malaysia menganjurkan Nisa Indoor Games di Kuala Lumpur dan aku dapat turut serta sebagai pemain catur pula...


Walaupun my hubby bertindak sebagai hakim pertandingan ni... namun keputusan diadili dengan saksama... main catur mana boleh ngelat-ngelat... kan abi kan.. nuruddin pun ada untuk memberi sokongan pada ummi... thanx to both of u...



Inilah antara gambar yang sempat dikongsi sepanjang program berlangsung.... tunggu Kuala Lumpur... aku akan turun ke sana bulan April nanti!!!

Sunday, February 15, 2009

1st Solid Food

Hari ni ummi ada dua berita.... satu berita baik dan satu lagi berita tak berapa buruk...

Berita baik dahulu la ek... alhamdulillah... ummi dah dapat keje sebagai guru YIK (Yayasan Islam Kelantan) di SMU (A) Maahad Tarbiah Mardziah, Pancor Kemumin, Pangkalan Chepa... erm, boleh dikatakan ini sekolah bawah kerajaan negeri kelantan la... dan ummi baru je gi amik surat kat YIK hari ni dan esok dah kena gi lapor diri di sekolah tersebut... syukur sangat ya ALlah... alhamdulillah!


Actually berita ni ummi dah tahu hari Khamis lagi sebab kerani YIK telefon maklumkan... disebabkan ummi dah tahu akan masuk kerja hari isnin iaitu esok, hari ni jugak sebelum ke YIK, ummi try la tinggalkan nuruddin ngan anak murid mengaji Ma Tok iaitu Cik Dah... ummi tinggalkan dalam pulul 10 pagi berbekalkan 2 botol susu kecil sebagai bekalan.... dan tau apa yang berlaku... jam 12.30 tghr pengasuh nuruddin dah call bagitau nuruddin menangis dengan kuatnya sampai teresak-esak... terkejut ummi sebab nuruddin tak pernah menangis sampai macam tu...
ummi dan abi terpaksa la amik nuruddin dengan tergesa2 tadi... dan bila ummi dan abi sampai je, boleh plak dia senyap dan senyum2 semula... sampai je kat rumah terus main2 macam biasa... agaknya dia rasa asing sangat dengan pengasuh dan suasana di rumah tu kot... susu yang dibekalkan pun langsung xnak diminum... aduhai nuruddin...

Dan... berita yang tak berapa buruk pulak, ummi terpaksa la untuk julung2 kalinya hari ini memberi makan makanan pejal yang pertama untuk nuruddin iaitu nasi yang dimasak bersama carrot dan kemudian diblend hingga hancur dan ditapis...


inilah rupa solid food pertama nuruddin...

Walaupun tinggal hanya lebih kurang seminggu untuk nuruddin mencapai betul-betul 6 bulan, ummi dan abi dah amik keputusan ni sebab mayb inilah caranya supaya nuruddin tak lapar sangat bila ditinggalkan ummi di rumah pengasuh nanti... ummi akan bekalkan juga susu tapi kena tukar taktik la pulak... xboleh bagi guna botol, kena guna sudu baru dia nak... nuruddin dah pandai makan... tengok la tu... bersungguh-sungguh dia makan...


nuruddin sedang menikmati solid food pertama...

Doakan agar ummi berjaya menjadi guru yang terbaik untuk anak bangsa dan agama... ameen...

Friday, February 13, 2009

BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag

Sempena annivessaries babyibu.blogspot.com, BabyIbu telah menganjurkan contest aka giveaway untuk semua pembaca BabyIbu... contestnya boleh dilihat dengan klik di sini...

Contest ini akan bermula mulai 1 Februari 2009 dan akan berakhir pada
1 Mac 2009. Ini merupakan contest pertama blog BabyIbu dan sesiapa sahaja yang berminat, boleh menyertai contest ini... Ummi pun berminat nak turut serta dalam contest ini sebab hadiahnya yang sangat menarik... iaitu baby bag dari gin & Jacqie... gin & Jacqie merupakan brand yang dimiliki oleh rakyat Malaysia kita iaitu Jacqueline Ng... gin & Jacqie juga menyediakan pelbagai jenis bag seperti beg Laptop, Baby & Me, Casual & Travel, Limited Edition, Practical Accessories and Photo Bags... gin & Jacqie dijual secara online dan juga di Isetan The Gardens and Isetan KLCC... menarik kan? sesiapa yang berminat untuk membeli beg gin & Jacqie ni boleh klik dan pilih je... sekarang gin & Jacqie sedang membuat promosi beg sempena Valentine's Day... meleleh gak tengok beg-beg yang cun-cun tu... wow!


Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:
  1. Add BabyIbu di blogroll/bloglist anda.
  2. Membuat review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag (jangan lupa link balik ke entri ini).
  3. Dalam entri anda, nyatakan baby bag gin & Jacqie pilihan anda (rujuk di bawah bahagian hadiah) dan nyatakan kenapa anda sukakannya. Boleh tambah gambar atau sebagainya mengikut kreativiti anda. Entri boleh dalam English atau Malay.
  4. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan gin & Jacqie (no link back will be disqualified).
  5. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Ini penting supaya Ibu tahu anda masuk contest ni. Dan ya..boleh hantar entri sebanyak mana yang anda hendak..hehe..
Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu..Apakah hadiah yang menanti anda?

Satu daripada produk gin & Jacqie ialah the baby bag. Yang bestnya gin & Jacqie telah sudi menaja 3 baby bags untuk reader BabyIbu iaitu:
Kalau ikutkan ummi suka semua baby beg ni sebab semuanya menarik... tapi oleh kerana penganjur (BabyIbu) minta ummi pilih satu baby bag sahaja, so pilihan ummi ialah Stylish Elaine baby bag- brown... Ummi paling suka Stylish Elaine baby bag sebab...

  • designnya yang stylish - ummi pun boleh bergaya dengan bag baby ni sebab design dia macam handbag untuk moms jugak... takde siapa yang tahu bahawa ini bag baby... huhu....
  • designnya yang praktikal - boleh letak barang-barang ummi dan jugak barang-barang nuruddin.. handbag ummi sekarang ni boleh muat pampers dan wet tissue nuruddin je selain handset dan purse ummi... sudah tentu yang ini lagi flexible...
  • multifunctional- tengok la... boleh taruk macam-macam... sukanya....
Antara reason lain yang menjadikan ummi suka Stylish Elaine baby bag ni, ianya berkualiti, ringan dan mudah untuk digunakan... Selain design yang cantik, modern dan mempunyai corak dalaman yang menawan, Stylish Elaine baby bag juga terdapat bukaan zip pada bahagian atas untuk melindungi barang di dalam bag sementara ada dua poket di luarnya... di dalamnya pula ada tiga kompartmen dan terdapat kompartmen untuk telefon dan barangan lain selain satu poket dalam yang siap berzip...

Kelebihan
Stylish Elaine baby bag lagi yang membuatkan ummi jatuh cinta, ianya mempunyai pemegang kunci dalaman untuk kunci atau beg kecil dan ada pulak dua cangkuk dalaman untuk cangkuk bag pada sroller... banyak kan... ada lagi iaitu lapisan dalaman yang boleh digulung menjadikan ianya sangat mudah untuk dibersihkan... Stylish Elaine baby bag dibuat dari material yang berkualiti iaitu nylon and faux leather, bersize 36cm x 25cm x 15cm and it's strap length is 21cm...

Wow... memang best kan? betul-betul berbaloi! Thanks gin & Jacqie kerana sudi menaja hadiah-hadiah yang best ni... dan kepada BabyIbu yang menganjurkan contest ini... apa salahnya kalau ummi mencuba kan? :)

p/s : macam pernah jumpa je yana (Ibu) ni... ex-utm gak ek? kolej KTC ke? anyway moga kita semua berjaya menjadi ibu yang terbaik dunia akhirat... ameen...

Sunday, February 8, 2009

Perasankah?

Erm... terasa begitu lama blog ini menyepi... aku kini perasan sibuk dengan kerja2 aku... kerja apa ek? erm... sekarang ni nuruddin dah agak aktif... selalu nak bermain je... walaupun diri sedang mengantuk ataupun dah lapar, main tetap main... nuruddin pun dah kurang tidur (syukur la malam tidur lama)... semua ni menyebabkan banyak masa aku diperuntukkan bersamanya... jadi aku pun dah jarang sekali dapat lepak depan pc lama2... except untuk baca berita dari malaysiakini atau ikuti perkembangan blog sahabat2... nak bukak email, layan ym, facebook dan friendster pun selalu tak sempat jer...

Jadi entry kali ini aku selitkan beberapa cerita...


Perak...


Perasaan bercampur baur (sedih yang banyak) bila berlaku peristiwa bersejarah dalam Malaysia sekarang... memang apa yang dilakukan pembangkang kini satu tindakan yang sangat berani (bahaya gak sebenarnya) ... bagi aku pakatan dah jadi macam hero Nordin Ahmad dalam cerita dulu2... "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"... walaupun dalam cerita tu dia akhirnya dibunuh juga padahal hero mana boleh mati... harapnya tiadalah tragedi diISAkan mereka2 yang berkenaan...

Aku agak malas nak cerita panjang2... sebab semua pun dah tahu situasinya... siapa yang betul dan siapa yang salah dalam hal ni masing2 mentafsir perlembagaan tersebut ikut kefahaman sendiri... jadi la macam ni... apapun sepatutnya sultan tak perlu t
ergesa2 bagi aku...kan dah jadi macam ni... sape yang susah...

Nuruddin...


Alhamdulillah masih fully breastfeeding (walaupun ada cubaan mengajar untuk dia merasa serba sedikit makanan seperti kurma, pisang, kismis, air masak... tapi belum sepenuhnya makan)... so, tinggal lagi 2 minggu lebih sebelum nuruddin dapat menikmati solid food... erm, menurut doktor nuruddin, untuk permulaan ni kena bagi satu atau dua rasa je dahulu untuk biasakan perut dia menerima contohnya bagi nasi blend dengan carrot...


Perkembangan nuruddin xde sangat, masih lagi di takat berguling-guling dan berpusing-pusing ikut putaran yang dia suka... cuma dia dah tak suka duduk... selalu nak orang buat dia berdiri je (nak berjalan kot)... oleh sebab tu atok kasi hadiah walker untuk nuruddin (terima kasih atok!)... tapi untuk waktu ni kena sendal dengan bantal sebab pinggang dia tak kuat lagi... seronok gak dia dalam tu tapi tak boleh lama... nanti dia boring sebab dia pandai menolak kaki dia je dan walker tu asyik ke belakang... tensen...haha...



Memasak...

Kek or kuih muih diberhentikan sementara kerana bekalan gula sangat terhad di rumah... adoiii... pergi la mana2 kedai or supermarket... tempat gula pasti kosong... tunggu la apa keputusan kerajaan sama ada jadi nak naikkan harga gula or tak... sementara tu sorokkanlah dulu gula2 tu ye wahai pembekal...


Tetapi oleh kerana aku yang dah perasan rajin sikit ni wat la jugak resepi yang tak pakai gula... antara yang special, spegheti krim
putih (guna gak tapi sikit je), macaroni cheese dan salad kentang... anyway macaroni cheese rupanya sangat muak sebab terlalu cheesy... lepas ni sure dah tak buat dah.. gambar pun aku lupa nak amik... tapi salad kentang terpaksa dibuat ulangan sebab best sangat....huhu..



Spegeti dibuat sebab A.Amir dan K.Na ada balik dari KL, jadi untuk mengembirakan Najmi dan adik2nya, Che De (aku) wat la spegeti krim putih kegemaran mereka ni... Abe mi makan menambah-nambah... sedap sangat katanya...hehe...



Gambar terkini...

Inilah keadaan Nuruddin yang umi paling suka sebab umi boleh relaks a.k.a. rehat... yes!



EBM...

Semua stok EBM aku terpaksa dibuang sebab dah nak lebih 3 bulan... rugi jugak rasanya tapi nak buat camna... since aku duk rumah ni memang bagi direct je lah... nak kasik kat orang lain pun sape? Apapun syukur alhamdulillah berjaya bagi sepenuhnya susu ibu untuk nuruddin selama 6 bulan penuh (insyaALLAH) walaupun cabarannya sangat besar...


Antaranya ada gak suara2 luar yang memarahi mengatakan aku menzalimi anak sebab sampai sekarang tak bagi dia makan lagi.... kesian budak tu... asalnya aku terpengaruh gak, tapi bila tanya K.Ha (Chik), nasihatnya mencukupkan 6 bulan itu penting untuk memastikan baby dapat sepenuhnya keperluan dari khasiat susu ibu... dan memang nuruddin kuat menyusu bila dia betul2 lapar dan terus tertidur... moga Allah mudahkan penerusan susu ibu sehingga 2 tahun insyaAllah... ameen...


Perkembangan aku...


Masih still housewife... tunggu gak panggilan YIK dan GSST untuk area Kelantan... YIK kekosongan setakat ni hanya untuk dinniyyah sahaja, akedemik belum ada lagi... GSST plak dah panggil 30 orang dan belum rezeki aku... katanya akan ada lagi panggilan selepas ini... mudah2an ada rezeki untuk aku... ameen... KPLI dan DPLI memang aku tak mintak sebab my hubby tak kasi keje luar kelantan...


Yang pasti aku tak rasa menyesal langsung berhenti keje sebelum sure dapat offer keje lain... satu, sebab fikiran aku lebih tenang, lapang dan gembira sekarang compare ngan waktu bekerja tahun lepas, ketensionan di tempat keje sehingga balik keje... kedua, aku dapat sepenuhnya memberi tumpuan dan menjaga nuruddin sendiri... ketiga, aku dapat fully breastfeeding nuruddin tanpa ada masalah nuruddin taknak minum guna botol... apapun syukur alhamdulillah... pasti ada hikmahnya...


Aku dan hubby sekarang tengah duk usha2 jugak untuk terlibat dengan satu bisnes pertanian... nak tanam apa? hehe... tunggu dan lihat... moga dimudahkan...

Pertandingan
...

Aku ada nak masuk satu pertandingan ni... sangat menarik...

BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

tunggu ye ibu... aku teringin benar untuk turut serta merebut hadiah beg comel tu...


Okey... itu sahaja coretanku kali ni... see you!

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers