Friday, February 13, 2009

BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag

Sempena annivessaries babyibu.blogspot.com, BabyIbu telah menganjurkan contest aka giveaway untuk semua pembaca BabyIbu... contestnya boleh dilihat dengan klik di sini...

Contest ini akan bermula mulai 1 Februari 2009 dan akan berakhir pada
1 Mac 2009. Ini merupakan contest pertama blog BabyIbu dan sesiapa sahaja yang berminat, boleh menyertai contest ini... Ummi pun berminat nak turut serta dalam contest ini sebab hadiahnya yang sangat menarik... iaitu baby bag dari gin & Jacqie... gin & Jacqie merupakan brand yang dimiliki oleh rakyat Malaysia kita iaitu Jacqueline Ng... gin & Jacqie juga menyediakan pelbagai jenis bag seperti beg Laptop, Baby & Me, Casual & Travel, Limited Edition, Practical Accessories and Photo Bags... gin & Jacqie dijual secara online dan juga di Isetan The Gardens and Isetan KLCC... menarik kan? sesiapa yang berminat untuk membeli beg gin & Jacqie ni boleh klik dan pilih je... sekarang gin & Jacqie sedang membuat promosi beg sempena Valentine's Day... meleleh gak tengok beg-beg yang cun-cun tu... wow!


Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:
  1. Add BabyIbu di blogroll/bloglist anda.
  2. Membuat review mengenai contest ini diblog anda dengan tajuk BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag (jangan lupa link balik ke entri ini).
  3. Dalam entri anda, nyatakan baby bag gin & Jacqie pilihan anda (rujuk di bawah bahagian hadiah) dan nyatakan kenapa anda sukakannya. Boleh tambah gambar atau sebagainya mengikut kreativiti anda. Entri boleh dalam English atau Malay.
  4. Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan gin & Jacqie (no link back will be disqualified).
  5. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Ini penting supaya Ibu tahu anda masuk contest ni. Dan ya..boleh hantar entri sebanyak mana yang anda hendak..hehe..
Inilah bahagian yang ditunggu-tunggu..Apakah hadiah yang menanti anda?

Satu daripada produk gin & Jacqie ialah the baby bag. Yang bestnya gin & Jacqie telah sudi menaja 3 baby bags untuk reader BabyIbu iaitu:
Kalau ikutkan ummi suka semua baby beg ni sebab semuanya menarik... tapi oleh kerana penganjur (BabyIbu) minta ummi pilih satu baby bag sahaja, so pilihan ummi ialah Stylish Elaine baby bag- brown... Ummi paling suka Stylish Elaine baby bag sebab...

  • designnya yang stylish - ummi pun boleh bergaya dengan bag baby ni sebab design dia macam handbag untuk moms jugak... takde siapa yang tahu bahawa ini bag baby... huhu....
  • designnya yang praktikal - boleh letak barang-barang ummi dan jugak barang-barang nuruddin.. handbag ummi sekarang ni boleh muat pampers dan wet tissue nuruddin je selain handset dan purse ummi... sudah tentu yang ini lagi flexible...
  • multifunctional- tengok la... boleh taruk macam-macam... sukanya....
Antara reason lain yang menjadikan ummi suka Stylish Elaine baby bag ni, ianya berkualiti, ringan dan mudah untuk digunakan... Selain design yang cantik, modern dan mempunyai corak dalaman yang menawan, Stylish Elaine baby bag juga terdapat bukaan zip pada bahagian atas untuk melindungi barang di dalam bag sementara ada dua poket di luarnya... di dalamnya pula ada tiga kompartmen dan terdapat kompartmen untuk telefon dan barangan lain selain satu poket dalam yang siap berzip...

Kelebihan
Stylish Elaine baby bag lagi yang membuatkan ummi jatuh cinta, ianya mempunyai pemegang kunci dalaman untuk kunci atau beg kecil dan ada pulak dua cangkuk dalaman untuk cangkuk bag pada sroller... banyak kan... ada lagi iaitu lapisan dalaman yang boleh digulung menjadikan ianya sangat mudah untuk dibersihkan... Stylish Elaine baby bag dibuat dari material yang berkualiti iaitu nylon and faux leather, bersize 36cm x 25cm x 15cm and it's strap length is 21cm...

Wow... memang best kan? betul-betul berbaloi! Thanks gin & Jacqie kerana sudi menaja hadiah-hadiah yang best ni... dan kepada BabyIbu yang menganjurkan contest ini... apa salahnya kalau ummi mencuba kan? :)

p/s : macam pernah jumpa je yana (Ibu) ni... ex-utm gak ek? kolej KTC ke? anyway moga kita semua berjaya menjadi ibu yang terbaik dunia akhirat... ameen...

3 comments:

Liyana Shuib said...

Salam

Ha ah..yana exutm..budak KTF tapi KTC tu tempak lepak juga le..sains komp ke?

Mun said...

yup... yana pun sains comp gak ek? cam x saya?hehe...

Liyana Shuib said...

Tengok muka familiar la..hehe..ala tak kemana pun pusing2 kat fsksm tu juga..

Mari berzikir...

2nd baby...

Lilypie Pregnancy tickers

Kondisi baby...

Lilypie Maternity tickers