Wednesday, October 28, 2015
Rumah Pertama
Teringat selepas beberapa hari akad nikah, waktu itu kami masih di Terengganu di rumah ibu dan ayahku. Suami nyatakan apabila kami pulang ke Kota Bharu kami tidak akan menyewa di mana-mana, tetapi kami akan tinggal di rumah ibubapanya di Kampung Kota, Kota Bharu.. paling kurang 5 tahun tempohnya.. Dahlah sebelum kahwin si dia dah arahkan aku berhenti kerja (masa tu kerja guru di SMI Al-Irsyad Kuantan) sebaik kami berkahwin dan mengikutnya untuk tinggal di Kelantan..
Apa???? (dalam hati) Oh tidak.. siapa sanggup duduk dengan mertua selama tempoh itu.. Namun aku berbisik dalam hati memujuk diri bahawa akan aku akan berjaya slow2 pujuk suamiku untuk duduk rumah sendiri juga nanti..
Namun lain ceritanya apabila aku dah mula menetap di sana.. 6 tahun duduk dengan mertua barulah kami berjaya membeli rumah sendiri.. Untuk keluar dari rumah itu dengan menyewa kami tiada daya dan kekuatan hujah untuk nyatakan hasrat itu terhadap ibu bapa mertuaku..
Cerita bagaimana aku menghabiskan kehidupanku, suami dan anak2 dengan mertua akan aku sharing dalam post yang lain.. tentulah sharing yang positif yang boleh diambil iktibar untuk pasangan lain juga.. Kami betul2 berpindah ke rumah baru kami ialah selepas 8 tahun berkahwin.. jadi 8 tahunlah aku berkongsi bumbung dengan mertua.. namun aku berjaya laluinya dengan memastikan hubungan kami sangat baik dan mesra sehingga ke hari ini.. nantikan tipsnya.. haha..
Ini rupa rumah kami masa baru dalam pembinaan awal tahun 2014.. November 2014 kami berjaya mendapat anak kuncinya.. alhamdulillah..
Kembali setelah 5 tahun menyepi..
Banyak la nanti stori mori trowbek akan dimainkan dalam blog ini.. hahaha..
Sebelum mulakan cerita.. belanja la sekeping gambar kami yang agak2 terkini.. :)
Thursday, January 14, 2010
Homemade Cheesecake

Atas permintaan Arwa Dina dan Hazamira yang bersungguh-sungguh nak buat cheesecake sendiri jugak, umi post la resepi cheesecake yang umi buat sempena birthday abi baru-baru ni... hopefully diorang berjaya try dan bawa ke sekolah jugak...

Bahan-bahan ( 5org )
- 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)
- 50g non-salt butter (dicairkan)
- 200g blueberry (dlm tin pon bole)
- bhn A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
- 120g creamcheese
- 30g gula halus
- 70cc (atau ml) plain yogurt
- bhn B: 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
- air perahan lemon
Cara-cara
- biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
- gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
- Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
- bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
- dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
- masukkan yogurt. Kacau rata.
- 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
- curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
- baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
- lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
- tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.
Umi tukar dari blueberry kepada strawberry... so, jadilah strawberry cheesecake..
Umi amik resepi dari sini --> www.myresipi.com/top/detail/396... tapi nape diorang tak dapat buka url ni ek... pelik pulak...
Anyway good luck friends!
Tuesday, December 22, 2009
Cuti dan belajar...
Terima kasih tak terhingga pada abi yang korbankan 10 harinya untuk bersama-sama umi di UUM. Abi bersusah payah jaga nuruddin dari 8.00 pagi sampai 6 petang setiap hari.. kadang-kadang dilanjutkan ke malam sebab umi ada discussion dan assignment... terharu umi dengan pengorbanan besar abi... thanx so much abang!
Tiada kata-kata yang lebih indah apabila kita menemui kekasih hati yang boleh bersama-sama kita dalam suka dan duka... sabar melayan kehendak dan kerenah kita yang entah apa-apa... bertolong bantu mengurus rumahtangga, memasak dan sebagainya... sangat memahami kita... berlemah lembut dengan kita... erm..cukup la tu, nanti tak mandi pulak abi... Ya ALlah berkatilah hubungan kami dan tetapkan kami dalam ikatan suci ini hingga ke syurgaMu... ameen...
Bulan ni masuk 2 tahun ikatan kami sebagai suami isteri... baru 2 tahun... masih jauh dan panjang ranjau dan duri yang menanti... entah bagaimana perjalanan yang di hadapan itu... moga ALlah permudahkan segalanya...
Ops.. cerita pasal nuruddin pulak, alhamdulillah 10 hari diasuh oleh abi, akhirnya nuruddin dah boleh terima FM... memang umi sedih jugak x dapat teruskan BF, tapi demi kebaikan anak yang kat dalam, anak yang kat luar dan kondisi umi yang dah bertambah tanggungjawab dan jadual lain, terpaksa umi korbankan dengan berat hati.... cuma kadang-kadang umi bagi jugak BF bila nuruddin nampak sedih sangat...
Di UUM, kami menetap di rumah tamu kolej, mujur ada sahabat ex-UTM yang jadi lecturer kat sana, ingat tak pada Presiden MPM 2004, Kamarul Irwan (Kem).. dia la yang menguruskan pasal penginapan.. alhamdulillah sangat selesa... thanx Kem! Abi pun ada teman 2 orang lagi suami yang turut sama mengasuh anak mereka yang sebaya nuruddin di rumah.. jadi abi taklah stress sangat sebab masih ada yang senasib dengannya... ;)
Kat Kedah, kami dapat kumpul ngan sahabat-sahabat UTM di rumah Yusuf... isteri dia masak spesial malam tu... Azrul Hisham pun sempat belanja kami di Kuala Perlis... terima kasih pada semua sahabat yang membantu dan meraikan kami di Kedah baru-baru ni... inilah fungsi nya sahabat seperjuangan... even takde family kita di mana-mana kita jatuh, insyaALlah masih ada sahabat sahabiah kita yang ALlah sediakan untuk membantu...
Tuesday, November 24, 2009
Sambung belajar... Nuruddin?
Bila belajar ni, tentu dah banyak masa cuti tidak lagi bersama Nuruddin... kalau hujung minggu sahaja, umi kena belajar dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang... kalau time cuti panjang, umi kena belajar di UUM... umi tak prepare sangat untuk tinggalkan Nuruddin... so stok EBM pun takde langsung dah sekarang... banyak direct feeding sahaja.... Nuruddin sekarang dah setahun 3 bulan...so, umi terpaksa buat keputusan untuk perlahan-lahan ajar nuruddin minum susu formula... dan hasilnya nuruddin reject susu-susu tersebut... tak tau dah nak buat macamana... kena try pelbagai susu lagi kot.. ada suggestion?
Hopefully segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALlah...
Monday, November 16, 2009
Pengasuh sebagai Murabbi
Umi sama seperti ibu-ibu lain yang bekerja juga... terpaksa membuat keputusan besar iaitu memberi kepercayaan kepada orang lain untuk mengasuh anak kita dalam tempoh kita pergi bekerja... walaupun sebenarnya jika diberi pilihan, tentulah umi akan memilih untuk menjaga, mengasuh dan mendidik sendiri anak-anak di rumah...
Isu menghantar anak di rumah pengasuh atau nurseri terpulang kepada individu untuk menilainya... Umi memilih untuk menghantar Nuruddin bermula umur 2 bulan di rumah pengasuh... Sebenarnya bukan mudah untuk mencari pengasuh yang terbaik... pengasuh yang kita suka dan yakin dengan suasana rumahnya, cara didikannya, bahasa pertuturannya, kawalannya, makanannya dan macam-macam lagi...
Alhamdulillah, sebenarnya umi sangat berpuas hati menghantar nuruddin di rumah pengasuhnya kerana dapat sebuah keluarga yang islamic, sangat menyayangi nuruddin, tak berkira bagi nuruddin makan apa-apa yang dimasak, anak-anaknya pun suka kat nuruddin, umi pun dah anggap pengasuh tu macam keluarga... memang suka dan sayang la kat pengasuh tu...
Cuma ada satu perkara yang umi tak berapa berkenan dan umi agak risau apabila setiap kali umi datang untuk ambil nuruddin, tayangan di rumahnya selalu pada channel VEE iaitu siaran Astro untuk cerita Hindustan atau Tamil... umi tak suka bila tengok Nuruddin dibiasakan melihat tarian-tarian Hindustan yang pakaian dan nyanyiannya yang ntah apa-apa tu...
Kesian Nuruddin kan...di rumah pun kami jarang sangat menonton walaupun Ma Tok awal-awal lagi dah ambil siaran kartun astro untuk nuruddin... padahal yang minat kartunnya adalah abi... huhu...
Inilah cabaran ibu-ibu yang bekerja harus tanggung apabila meletakkan anak-anak di rumah pengasuh.... Oleh itu, sama-samalah kita mencari pengasuh yang terbaik untuk anak-anak kita agar minda dan fikirannya bersih untuk pembelajaran yang lebih sihat dan bermanfaat... dan apa yang lebih penting adalah untuk membentuk peribadi dan akhlaknya yang baik... moga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan bermanfaat untuk agama insyaALlah... ameen...
Sunday, November 15, 2009
Dream, Hope & Change
Assalamu'alaikum Warahmatullah. .Salam Perjuangan..
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi..
Pemimpin datang dan pergi silih berganti, tidak pernah putus walau semusim. Yang lama pergi meninggalkan kenangan dan pengalaman, yang baru datang membawa impian dan harapan.
Meluruskan Impian
Setiap insan mempunyai impian. Ada yang mempunyai impian yang kecil, ada yang mempunyai impian yang besar. Insan yang tidak memiliki impian, adalah insan yang tiada harapan.
Impian inilah yang akan memandu jalan kehidupan. Impian inilah yang akan menentukan setiap keputusan. Sekiranya impian ini terpesong daripada landasan Islam, maka kehidupan seseorang itu juga akan terpesong dan jatuh ke lembah kesesatan.
Oleh itu, wajib bagi setiap insan meluruskan impian mereka agar selari dengan fitrah dan tujuan manusia dijadikan oleh Allah S.W.T, iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Untuk meluruskan impian ini, setiap muslim perlu bertanya kepada diri masing-masing, Apa erti saya menganut Islam?
Begitu juga impian setiap ahli sesebuah organisasi, lebih-lebih lagi sebuah jemaah Islam, perlu diluruskan. Apa tujuan saya menyertai persatuan/jemaah ini?
Meluruskan sebuah impian bukanlah suatu yang sukar, kerana impian yang lurus terhasil daripada Aqidah yang lurus. Paksi kepada Aqidah yang lurus adalah ilmu yang benar.
Ilmu yang benar adalah ilmu yang bersumberkan wahyu yang sahih. Sumber kepada wahyu ada 2, iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah (al-Hadith).
Al-Qur'an sudah dijamin oleh Allah S.W.T akan keasliannya, namun As-Sunnah tiada jaminan secara langsung daripada Allah S.W.T namun telah diilhamkan kepada para alim ulama' untuk merangka suatu sistem bagi menjamin keaslian sesuatu Sunnah itu, benar-benar ada 'asal'nya daripada Rasulullah S.A.W..Lalu lahirlah apa yang dikenali sebagai ilmu Mustholah Hadith.
Oleh itu, bagi meluruskan sebuah impian, maka perlu dipastikan ilmu yang menjadi sumber kepada impian itu adalah benar2 sahih daripada wahyu.
Menguruskan Harapan
Setiap daripada insan juga memikul harapan, sama ada harapan itu adalah daripada diri sendiri, kerabat terdekat, sahabat handai dan yang paling penting harapan daripada Sang Pencipta, Allah Azzawajalla.
Begitulah halnya juga di dalam jemaah. Setiap ahli memikul harapan. Harapan yang datang daripada segenap sudut. Harapan yang menyesakkan minda sekiranya ingin dihitung satu persatu.
Dan harapan ini harus diuruskan dengan baik agar ianya dapat dilunasi. Sabar dan teliti adalah kuncinya manakala gopoh dan cuai adalah musuhnya.
Memulakan Perubahan
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri."
Perubahan perlu dimulakan di dalam diri. Jika diri tidak berubah untuk menjadi lebih baik, maka harapan dan impian untuk mengubah orang lain mungkin tidak akan berjaya.
Sesebuah jemaah itu sendiri perlu dimantapkan organisasi dan pengurusan dalamannya, barulah segala perancangan untuk menyampaikan dakwah, mengkaderkan ahli dan membina pengaruh akan berjaya.
Pengurusan yang cincai dan caca-merba hanya akan melahirkan tindakan yang sambil lewa. Ibarat melepaskan batuk di tangga.
Objektifnya perlu jelas, Sasarannya/Mad' unya perlu tepat, Konsepnya/Pengisian nya/Aturcaranya perlu selari, Bajetnya perlu mencukupi.
Ini adalah elemen yang penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sebuah organisasi. Sekiranya elemen ini diabaikan atau dianggap karenah birokrasi yang menyusahkan, maka tunggulah sahaja saat dimana organisasi tersebut akan jatuh atau pemimpinnya akan dijatuhkan.
Kesimpulan
Seorang pemimpin adalah orang yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
Antara kunci kejayaan seorang pemimpin adalah dia faham apa tanggungjawabnya, dan dia tahu apa yang perlu dilakukannya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Saya kongsikan di bawah 21 perkara yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemimpin. Wallahua'alam.
1. KARAKTER : Anda Perlu Cekal Seperti Batu
2. KARISMATIK : Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi
3. KOMITMEN : Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan
4. KOMUNIKASI : Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri
5. KECEKAPAN : Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut
6. KEBERANIAN : Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti
7. KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan
8. FOKUS : Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda.
9. BERMURAH HATI : Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain.
10. INISIATIF : Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah.
11. MENDENGAR : Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda.
12. KEGHAIRAHAN : Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda.
13. SIKAP POSITIF : Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh.
14. MEYELESAIKAN MASALAH : Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah.
15. HUBUNGAN YANG BAIK : Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka Akan Mengikut Anda.
16. BERTANGGUNGJAWAB : Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin.
17. BERPENDIRIAN TEGUH : Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri.
18. DISIPLIN : Kecekapan Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri.
19. SEDIA BERKHIDMAT : Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain.
20. KEMAHUAN HENDAK BELAJAR : Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin.
21. VISI : Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat.
- catatan : Adib Faisal Bin Yaacob
Wednesday, November 4, 2009
Wajah baru...
Untuk pengetahuan, blog ni hanyalah sampingan untuk umi coretkan sesuatu jika ada kelapangan waktu sebagai kenangan untuk detik-detik berharga itu diimbas kembali... amatlah mahal sebuah pengalaman kerana tak semua pengalaman yang kita alami mampu untuk kita ingat kembali dengan mudah...
Oleh kerana dah lama sangat umi biarkan blog ini bersawang, jadi umi tukar template baru untuk dapatkan mood berblog semula... tapi tak pasti la mood ni tahan lama mana...huhu... mujur la abi rajin remind dan kasi semangat...
Banyak nak kongsi...
cerita pasal nuruddin yang dah besar, boleh berjalan time ramadhan baru-baru ni... dah pandai sebut nak, mi, bi, fish, dap (sedap), apa lagi ek... pandai dah salam, babai dan macam2... suka betul bermain dengan dia... sebab tu dah tak endah kat blog ni lagi... dan alhamdulillah masih fully BF...
pasal bonda yang tersayang telah kembali ke rahmatullah... al-fatihah... moga Allah tempatkan bonda bersama para solehin... sedih sangat sebab bonda pergi tiba-tiba tanpa sakit apa-apa... betul-betul rasa kehilangan...
pasal kereta yang dilanggar pelajar bermasalah di sekolah... haru sungguh!
pasal ramadhan yang penuh tragis... musibah berlaku pada kami semua ahli keluarga... namun semua itu ujian dariNYA...
pasal raya aidilfitri yang amat berbeza... sebab semua sibuk berbincang menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh orang luar terhadap keluarga kami...
pasal nuruddin yang dah nak dapat adik... alhamdulillah... tapi lambat lagi... hehe...
dan macam-macam pasal lagi...
InsyaAllah coretan-coretan tu semua hanyalah ingatan umi pada perkara-perkara penting yang telah berlaku... umi takkan cerita semuanya di sini kerana penapisan itu perlu...
Wednesday, September 9, 2009
Lamanya tak jumpa...
Alhamdulillah dipilih memasuki alam tarbiyyah di bulan Ramadhan...
Terima kasih kepada teman-teman yang sudi membuka blog bertanya khabar... maaf sebab memang lama tul x update... selain modem dan line telefon rosak, kekangan masa bersama anak juga menjadi faktor malas untuk mengupdate blog...
InsyaAllah apabila masa tenang, lapang dan rajin itu datang lagi umi akan update blog ni...
Harapnya tak jauh sangat dari tarikh hari ini - 9hb 9 2009...
Last... moga Ramadhan kali ini dapat menghapus segala dosa dan kesilapan kita yang telah lalu... ameen..
Friday, June 19, 2009
Suami, isteri dan perjuangan...
Di waktu inilah benar-benar diuji dengan praktikal apa yang kita ucap sewaktu di kampus dahulu dengan penuh tegas dan yakin dalam bait-bait usrah, meeting muslimat dan perjumpaan muslimat bahawa kitalah srikandi yang akan menjadi bukan sahaja sayap kiri perjuangan malah akan membantu sedaya mungkin untuk memastikan suami kita berada di saf hadapan dalam perjuangan...
Semasa berteori di kampus, kita merasakan dapat melaksanakan semuanya... menghantar suami ke pintu yang belum pasti waktu pulangnya... memberi semangat dan dorongan apabila dirinya hilang punca... memberi pandangan untuknya keluar dari kebuntuan... berkorban harta kita untuk perjuangan... memberi jiwa kita untuk Islam... mentarbiyah anak-anak sebagai perkaderan.. memupuk biah solehah dalam rumahtangga... memastikan baitul muslim yang dibina berjaya dunia dan akhirat...subhanallah! Namun hakikatnya itu semua bukanlah mudah...
Sebagai manusia biasa, sesungguhnya sukar sekali untuk kita melakukan sesuatu yang nafsu tidak suka... melapangkan dada untuk melepaskan suami pergi meninggalkan kita dengan sendirian mengurus rumah dan anak... ditambah lagi apabila anak tidak sihat dan pelbagai kerja rumah yang ada... perginya pula tidak menentu, dan kadang-kadang hanya dapat berjumpa sekejap sahaja dalam sehari.... di waktu ini, iman dan muhasabahlah perlu ditingkatkan... jangan sampai kita menggunakan senjata tangisan dan pujuk rayu yang boleh melemahkan mereka... jika salah seorang tidak kuat, maka sia-sialah pertarbiahan kita di kampus apabila gagal dalam peringkat amal yang kedua iaitu pembinaan baitul muslim dalam harakah Islamiyyah...
Antara cita-cita abi dan umi dalam membina baitul muslim bersama mereka yang satu fikrah dan perjuangan ini adalah untuk menetapkan hati-hati kami agar terus di atas jalan dakwah ini serta memudahkan bagi kami lalui jalan yang penuh liku dan berduri ini... di waktu inilah dapat dinilai pentingnya memilih pasangan yang boleh memahami kerja buat dan taklifan yang telah diletakkan di pundak muslimin... tetiba umi dapat sedikit jawapan tentang kebarangkalian sahabat-sahabat yang ghuyub.... nauzubillah!
Moga abi dan umi dapat bergerak dengan baik secara serentak untuk semua peringkat amal dalam konsep harakah islamiyah yang diperkenalkan oleh asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna iaitu pembinaan individu muslim, baitul muslim, mujtama' islamiyyah dan daulah islamiyyah... insyaALlah! Semoga Allah merahmati ikatan ini dan menempatkan kami bersama di syurgaMu... ameen..
Last... jom sama-sama renungkan intipati komik di bawah ni...
Sunday, June 14, 2009
Gigi dan Gigit...
mok su : "sheikh nuruddin, gigi dah berapa batang tumbuh?"
nuruddin : "ha... ni nuruddin nak tunjuk kat mok su... kira la..."

sampai terdongak nak tunjuk gigi yang kat atas tu baru tumbuh sikit... itupun tak berapa nampak sangat kan...

Kata orang, biasanya bahagian gusi yang banyak dia gunakan akan tumbuh gigi dahulu... Kadar tumbuh cepat dan lambat gigi tu tak tau pulak kenapa? ada sapa-sapa yang tahu?
Saturday, June 13, 2009
Chocolate Dipped Strawberries dan Pisang Bakar Berkeju
Nuruddin dah aktif... selalu nak merangkak je ke mana-mana dalam rumah ni.. paling dia suka tengok ikan dalam akuarium, nak main ngan kucing kat luar... kutip segala benda yang padanya menarik untuk dibawa ke mulut dan macam-macam... jadi umi kena awasinya selalu...
Walaupun masih dalam tempoh cuti sekolah umi tak sempat juga mencuba resepi- resepi baru yang menarik... creamcheese dalam freezer dah lama umi beli nak wat cheesecake tapi tak jadi-jadi juga... susu nuruddin yang umi dah lama cairkan untuk dibuat biskut juga akhirnya rosak macam tu je bila asyik tertangguh...
Tapi ada sesuatu yang wajib umi akan usahakan juga masak walaupun dah lewat malam, mengantuk dan letih iaitu bubur nasi nuruddin... umi takkan miss bekalan untuknya setiap hari di rumah pengasuh... itupun kena pantas dan siapkan dengan cepat... walaupun kadang-kadang terganggu juga dengan anakanda yang tiba-tiba terjaga dari tidur dan menangis bila uminya tiada di sebelah... betul la jadi ibu ni bukannya mudah dan kena banyak bersabar serta kuat semangat...
Itu belum masuk bab di tikar sembahyang... wirid dan doa kadang-kadang tak sempat sebab anak dah menangis... solat sunat, mengaji pun boleh miss... bukan lagi wajib everyday... lainnya dengan suasana sewaktu bujang-bujang dahulu... namun syukurlah sebagai ibu dan isteri ni, Allah telah sediakan pahala free untuk kita kutip melalui khidmat kepada mereka yang diamanahkan kepada kita... amanah kita sebagai isteri... amanah anak yang dianugerahi... amanah ibu bapa kita dan juga ibu bapa mertua... boleh dapat pahala mengembirakan hati suami... pahala melayan anak... pahala membuat kerja-kerja rumah... pendek kata, dari yang sekecil-kecil perkara hingga yang sebesar-besarnya... dari celik mata hinggalah kita tidur kembali... moga Allah memberi kekuatan kepada kita semua yang bergelar ibu... ameen...
Tetapi yang peliknya dalam sibuk-sibuk ni sempat lagi umi update blog tu...hehe... blog dan internet ni umi boleh buka dan baca dan update sikit-sikit time anakanda dah tido... bolehlah lepak depan pc kejap untuk relax... itupun kalau mata dan badan umi masih mampu bertahan...
Actually entry ni berkenaan tajuk yang umi tulis tu sebenarnya... macamana boleh jadi panjang lebar camni pulak... itula bila umi dah start menaip jadi panjang pulak ceritanya... astaghfirullah... bila la umi nak berubah ni....
Okey back to our topic, umi ada nak kongsi dua menu yang mudah, cepat dan pantas... Pisang Bakar Berkeju and Chocolate Dipped Strawberries yang umi sempat wat hari ni before abinya nuruddin berangkat ke KL pagi tadi... memang best!!! cubalah...
- resepinya mudah, umi cuma cairkan coklat bar dan celupkan dengan strawberry yang umi beli kat cameron hari tu... sedap...
Pisang Bakar Berkeju
Bahan-bahan
- 2 biji Pisang Montel
- Keju Parut
- Susu/ Krimer Manis
- Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.
- Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
- Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
- Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
- Siap...! nyum! nyum!
Thursday, June 11, 2009
Cuti Ini Dalam Sejarah...
Umi memang confident untuk drive jauh sorang diri cuma bila bersama anak kecil kita perlu consider pelbagai perkara... dek kerana umi dah tak sabar sangat nak jumpa nenek ngan tokki, abi pula masih ada program yang perlu dihandle selain kena bekerja... terpaksa la umi gagahkan diri jua...
Kami bertolak lebih kurang jam 3 petang dari KB... alhamdulillah nuruddin okey je sepanjang perjalanan sehinggalah di Besut dia merengek lapar... kami berhenti rehat di rumah Ayoh Sir jam 5.30 petang dan kereta bergerak semula jam 7.00 malam... nuruddin dah mula mengantuk dan akhirnya tidur... walaupun sebenarnya tak elok bagi anak tidur waktu Maghrib, tapi kali ni umi terpaksa biarkan kerana itulah yang terbaik untuk umi memandu dengan aman...
Nuruddin terjaga apabila kami berhenti untuk membeli keropok lekor Sukaramai di Batu rakit... dan terus terjaga dan bermain dengan gembira sehinggalah di Kuala Ibai, dekat dah nak sampai kampung nenek barulah dia mula meragam dan nangis nak umi... terpaksa la sepupu dia, abang Khuzaifah pujuk... dan akhirnya selamat juga sampai rumah nenek ngan tokki di Chendering malam tersebut... alhamdulillah!

Time pulang kami mengambil keputusan untuk melalui jalan ke Cameron Highland on d way balik ke KB... jalan-jalan seharian di Cameron memang memenatkan namun seronok sebab boleh pergi sendiri tanpa ikut rombongan... boleh drop sesuka hati kedai-kedai mana yang kita nak... rupanya bahang kepanasan yang kita rasa di bawah ini sama juga di Tanah Tinggi Cameron yang berhawa sejuk itu... bezanya angin yang bertiup di sana menyamankan jadi xde la terasa sangat panas tu...
Sepanjang di KL kamera asyik duk terperap dalam beg laptop abi dalam kereta... asyik lupa je nak bawak keluar bersama gi jalan-jalan... cuma di Cameron kami ingat nak bawa kamera... so yang boleh snapnya hanya gambar-gambar di Cameron.. so, layan je la ye...

Kehijauan daun teh...

Time ni baru sampai di Cameron Valley Bharat Tea...

Nuruddin dan abi berlatar belakangkan ladang teh...

Nuruddin dan umi di kedai bunga-bungaan... suka sungguh nuruddin boleh jalan-jalan...

nuruddin teruja melihat kecantikan bunga...

di kedai tea Bharat lagi...

pokok cactus yang indah di belakang kami... nuruddin dah penat dan tertido...
Thursday, May 28, 2009
Guru dan Daie
Alhamdulillah, umi dah berjaya selesaikan paper 1 Science from 3 untuk keenam-enam kelas iaitu lebih 200 pelajar... tinggal lagi paper 2... inilah cabaran guru... walaupun cuti, masih ada kerja yang perlu dibawa pulang ke rumah...
Tahun ini masuk tahun ke-5 umi bergelar guru... bermula dari panggilan cikgu, ustazah, muallimah dan kini teacher... pelbagai subjek dikongsi bersama pelajar... Mathematics, Ekonomi, Akhlak, English, Komputer, Sirah, ICT, Additional Mathematics, Geografi dan terkini Science...
Walaupun bukan bercita-cita sebagai guru pada awalnya, namun setelah grad umi rasakan kerjaya guru inilah yang paling sesuai dengan jiwa dan paling dekat di hati umi untuk diapply... dan ianya bukanlah last choice kerjaya... mungkin jiwa ingin berkongsi dan bekerja dengan manusia yang menjadi pilihan umi setelah 5 bulan pengalaman bekerja dengan komputer yang bisu dan ternyata sangat boring...
Sememangnya cabaran guru cukup besar, bukan hanya memenuhi credit hour di dalam kelas, apa yang perlu difikirkan juga adalah pengisian dan kefahaman yang jelas berhubung fikrah, dakwah dan kepimpinan untuk mad'u... Gurulah yang berperanan menyuluh terang segala yang kelam dan menyingkap segala yang tersirat...
Oleh kerana still on May, umi harap masih belum terlambat untuk umi wish "Selamat Hari Guru" kepada semua yang pernah menyampaikan walaupun 1 ayat....
Last... umi nak kongsi satu daripada sms Hari Guru yang umi suka baca...
" Jika hari ini Sultan membisu tak bersuara,
Jika hari ini pemimpin BN gila kuasa,
Jika hari ini Hakim buat kerja macam orang gila,
semua ini bukan salah guru mendidik mereka,
kerana guru hanyalah insan biasa..."
Happy Teacher's Day!
Monday, May 25, 2009
Tag from K.Baiti
Arahannya mudah sahaja...
1 - You have to printscreen the wallpaper you are using now..no cheating!
Ini dia wallpapernya....
2 - Tell why you love having it as your wallpaper?
Actually, wallpaper ni dari pc abi kat dalam bilik kami... dan gambar ni pun abi yang setkan jadi wallpaper... kiranya ini wallpaper pilihan abi la... dan sememangnya umi pun suka wallpaper ni sebab gambarnya cantik...Gambar ni diambil oleh Uncle Raja Arif sewaktu program reunion alumni KSPro Batch 82 UTM Skudai di Sungai Congkak, KL 1 Mei baru-baru ni... Lagi nak tengok gambar-gambar program di sini...
3- Tag 10 people..
ramainya... erm sape ek...
Dr. Faizah Hanim, bakal Dr. Nabila Hanis, Dr. Nasuha, Teacher Nabilah Mayyidin, Muallimah Raudhah, Ammar UM, Safwan KUIS, Sanaa, Muhasabiey and Ridwanto...
Sunday, May 24, 2009
Batch 82 @ Sungai Congkak..
Saturday, May 23, 2009
Laporan Nisa Indoor Games...
Walaupun mata umi lebih selesa daripadanya, lebihan papan yang dimenangi membuatkan umi kalah jua... Tak kisahlah, yang penting abi menang dua kali acara dart dan chess melalui walk in individu.. kira berbaloi juga abi teman umi ke sana... dan lebih mengembirakan bertemu sahabat-sahabat Nisa' dari Pahang, Johor, Selangor dan Terengganu yang telah lama tidak bersua...
Tag- the 6th Sense
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
dan... inilah gambarnya... nama folder gambar ni, Asbabul Nuzul..nape ntah abi pilih nama folder camtu, agaknya untuk nyatakan sebab turunnya kereta ini ke bawah kut...
Banyak sungguh jasa DR 1445 ini untuk jemaah Islam di kampus... sehinggakan saat-saat akhirnya di UTM pun hancur dalam perjalanan ke tempat program jemaah... moga Allah membalas segalanya dengan balasan yang sebaik-baiknya...
Kejadian berlaku sekitar tahun 2004... sahabat abi, Piye Nordin (bukan nama sebenar) meminjam kereta abi untuk dibawa ke program di sekitar Sedili... dalam perjalanan yang membawa 4 orang anak usrahnya itu, kereta yang dipandu terbabas dan telah menjunam ke dalam parit ... kereta terpaksa di tarik ke workshop dan didapati kerosakan teruk pada enjin dan bahagian-bahagian lain... namun syukur semua nyawa di dalam kereta tersebut selamat....
Abi tidak terlibat dalam kemalangan ini kerana hanya memberi pinjam keretanya untuk digunakan... abi telah berusaha untuk memulihkan sepenuhnya DR namun gagal... dan memandangkan keadaan DR masih lagi kurang baik walaupun setelah dibaiki, ma abah dan abi bermesyuarat untuk menjual sahaja DR tersebut... maka, saat itulah berakhirnya kelibat DR dari UTM dan juga rumah di KB ini....
Walaupun DR telah tiada, namun nama DR kekal harum di bumi UTM dan juga masih menjadi sebutan dan kenang-kenangan yang indah untuk kami kerana selain sumbangannya terhadap gerak kerja jemaah, DR jugalah yang telah membawa kepada pertemuan fillah ummi dan abi yang menjadi putik kepada Baitul Muslim yang sedang umi dan abi bina hari ini (untuk pengetahuan nuruddin)...
Itu sahajalah sedikit penerangan berkenaan gambar tersebut... dan untuk akhirnya, berikut adalah 6 orang yang ummi nak tag :
2. kak su
3. najwa
4. kak raudhah
5. kak faizah
6. mok su
Happy Mother's Day!
Wahai kaum ibu...
Alangkah lemahnya kita... kadang-kadang begitu menderita dengan ujian, kadang-kadang pula begitu bangga dengan nikmat... kadangkala terlalu berani dan kadangkala alangkah takutnya... kadang-kadang gigih dan kuat, kadang-kadang sangat malas dan jemu... kadang-kadang begitu penyayang, sering pula pemarah dan tidak sabar... kadangkala bijak membuat keputusan, namun sering jua tewas dengan kebodohan... kadang-kadang ingin sekali menjadi baik, namun tidak kuat melawan nafsu dan syaitan... alangkah lemahnya kita!
Namun ketahuilah... wanita umpama jantung di dalam rumahtangga.. jika jantung diserang penyakit, akan terganggulan kelancaran perjalanan rumahtangga... apa lagi kalau jantung itu tidak boleh berfungsi... akan pincanglah sesebuah rumahtangga...
Moga Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t sentiasa bersama kita... diampunkan segala dosa-dosa kita dan dimudahkan segala urusan hidup dan mati kita... semoga kita dan semua kaum ibu berbahagia di dunia dan di akhirat...
"Selamat Hari Ibu"...
p/s : hopefully masih belum terlambat... still dalam bulan May kan... actually umi agak berkelapangan dan mood agak baik malam ni, so ambil peluang post mana-mana entry yang umi nak di ketika anakanda sedang lena dan abinya ada program MSK di PCB 2 hari...
Malin yang jahat...

Umi ada cerita pasal pencuri masuk rumah...
Pada suatu hari, umi ditinggalkan sorang-sorang kat rumah (time ni nuruddin masih dalam perut umi)... ma, abah dan abi baru je keluar gi solat maghrib kat masjid... sambil duk lepak depan pc.. tak lama bunyi mangga diikuti pintu grill beserta sliding door dibuka... umi buat selamba sebab rasa maybe ada adik beradik yang balik rumah (walhal mereka semua jauh di KL nun)... dan akhirnya langsir bilik umi dikuak... umi just tanya tanpa tengok muka dengan jelas... "abang amir ke?" (xtau nape rasa nak sebut nama abang ipar yang paling sulung).. dan pencuri tu siap jawab..."erm..."...
Tapi lepas tu dia pergi dan umi pun terfikir... takkan lah abang amir kut... bukan time cuti pun... dan umi keluar tinjau sekejap je tapi rasa pelik dan terus kembali ke dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam... umi dah nekad untuk tunggu sehingga abi pulang dan incase dia cuba bukakkan pintu bilik, umi akan jerit kuat-kuat... bayangkan dalam rumah sebesar tu, umi berseorangan berhadapan dengan pencuri lelaki... fuh, tak dapat nak dibayangkan..
Dalam bilik umi doa banyak-banyak... tak lama, dengar lagi sekali pintu grill dibuka... dan pintu bilik umi diketuk... umi pastikan dahulu suara orang di luar, dan alhamdulillah abi dah balik... rupa-rupanya pencuri itu dah lama keluar dalam keadaan pintu sliding door dan grill masih terbuka sedikit... tiada kecurian berlaku.. kami menjangkakan dia rasa masih ada orang lain di tingkat atas kerana lampu atas dibuka... dan yang pasti Allah telah mencampakkan rasa takut dalam hatinya menyebabkan dia terus keluar semula... alhamdulillah!
Lagi kisah pencuri yang pernah umi alami dan ceritanya di sini...
Disebabkan kejadian itu, ma dan abah dah tukar mangga yang lebih besar dan sliding door juga dikunci... Moral of the story, jangan mengadap pc waktu maghrib... banyakkan beribadah dan mengaji al-Quran... dan kepada semua pencuri, insaflah kerana barang yang kamu ambil adalah haram untukmu dan takutlah kerana sudah pasti kamu akan mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak! Moga Allah memberi hidayah kepada kamu dan kepada kita semua... ameen..















